Cuaca panas atau fenomena ekuinoks yang sedang melanda negara sekarang ini sangat memerlukan kita untuk minum banyak air selain elakkan diri terdedah di bawah terik mentari dalam jangkamasa yang lama . Ini kerana ianya boleh mendatangkan strok haba , demam dan penyakit lain yang berkaitan .
Susu Kopi Ais
Di kala cuaca panas begini , ais adalah sesuatu yang anda cari untuk melegakan tekak . Apatah lagi ketika hari cuti yang mana anda boleh membuka peti sejuk pada bila - bila masa saja yang anda mahu .
Bagi penggemar kopi , apa kata air kopi sarapan anda yang berbaki itu , anda bekukan di dalam bekas kuib ais .
Jadi , bolehlah anda bersama keluarga menikmati minum petang dengan segelas susu bersama kuib kopi ais . Sudah tentu ianya menjadi minuman susu kopi ais yang segar anda bersama seisi keluarga
No comments:
Post a Comment