9 Makanan Yang Menguatkan Dan Menyihatkan Rahim
9 Makanan Yang Menguatkan Dan Menyihatkan Rahim | Mengikut pakar kesihatan , kita perlu makan pelbagai jenis buah dan sayuran untuk mendapatkan khasiat yang banyak untuk tubuh selain sumber protien seperti daging , telur , susu dan juga makanan laut dan juga karbohidrat seperti basi , roti , kentang dan lainnya . Inilah yang mereka tekankan dalam piramid makanan seharian .
Menurut petua orang orang tua , sebenarnya tidak semua sayur , buah , sumber protein dan karbohidrat kita sesuai makan terutama untuk wanita . Ia ada kaitan dengan kesihatan dalaman untuk jangka masa yang panjang .
9 Makanan Yang Menguatkan Dan Menyihatkan Rahim
Bagi seorang wanita , rahim merupakan bahagian yang perlu di jaga dan diambil perhatian terutama bagi mereka yang masih muda . Rahim adalah erupakan tempat untuk membesarkan bayi . Oleh sebab itu , rahim perlu dijaga dengan baik .
Makanan adalah perkara yang perlu wanita jaga jika mahu rahim terjaga dengan baik . Berikut adalah 9 Makanan Yang Menguatkan Dan Menyihatkan Rahim .
1- Serat
Serat membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan lebihan estrogen dengan itu mencengah pembentukan fibroid .
Makan banyak kekacang , legum , bijirin penuh , buah dan sayur yang organik dan bebas daripada pestisid dan bahan kimia tidak diingini .
2- Sayur-sayuran
Sayur-sayuran mengandungi phytheostrogen yang dapat mengimbangi lebihan estrogen , yang dapat memperlahankan pertumbuhan fibroid dan cyst .
3- Produk Tenusu
Produk tenusu membekalkan kalsium dan Vitamin D . Kalsium membantu menguatkan tulang , menguatkan otot uterus , menguatkan urat saraf manakala vitamin D diperlukan untuk meningkatkan penyerapan kalsium .
4- Teh Hijau
Teh hijau kaya dengan anti oksidan yang mencegah pembentukan kanser dan pembentukan sel tidak normal daam uterus .
5- Omega 3
Omega 3 adalah asid lemak yang badan perlukan . Ia mesti diambil kerana badan kita tidak menghasilkannya sendiri .
Omega 3 mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita seperti estrogen dan prostaglandin . Ia melancarkan peredaran darah dan mencegah pengumpulan lemak dan kolesterol dalam organ .
6- Vitamin C
Vitamin C bukan sahaja menguatkan sistem imun dan menghalang jangkitan tapi ia juga dapat merangsang pengeluaran kolagen pada tisu penghubung untuk menguatkan otot peranakan .
7- Sayuran Hijau
Sayuran hijau bersifat alkali . Dengan itu ia mengimbangi keasidan dalam uterus . Ia juga kaya dengan mineral dan vitamin penting seperti B kompleks yang penting untuk sistem saraf yang sihat .
8- Kekacang Dan Bijian
Kekacang dan bijian penting untuk penghasilan hormon yang optimum . Ia kaya dengan Omega 3 dan kolesterol baik .
Ia dapat mencegah pembentukan fibroid dan sel kanser juga mencegah kejadian bayi pra-matang .
9- Vitamin E
Vitamin E adalah antioksian dan sangat penting untuk kesihatan organ peranakan . Ia menguatkan otot , meningkatkan tenaga seksual dan mencegah keguguran serta kematian janin dalam kandungan . Avokado adalah buah yang mengandungi vitamin E yang tinggi .
10- Protein
Protein membina sel dan tisu yang sihat seperti tisu dan otot uterus , sel telur , hormon yang berkaitan dengan kesuburan , membina sel darah , meningkatkan tenaga sel dan menggalakkan kesuburan wanita .
0 comments:
Post a Comment