loading...

Keburukan Akaun Bersama


Keburukan Akaun Bersama | Ada yang berpendapat bahawa apabila berumahtangga , suami isteri perlulah ada akaun bersama untuk perbelanjaan rumahtangga di mana suami dan isteri memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut setiap bulan .

Keburukan Akaun Bersama

Akaun Bersama


Akaun bersama atau simpanan bersama ( joint current / saving account ) merupakan akaun bank yang dibuka dengan menggunakan dua nama . Kedua-dua nama ini mempunyai hak untuk mengeluarkan sejumlah wang dari akaun tersebut tanpa persetujuan sebelah pihak .

Tujuan membuka akaun bersama ini adalah supaya kedua belah pihak ( suami / isteri ) sama - sama menyumbang dalam perbelanjaan melalui simpanan tersebut . Selain itu , mereka juga dapat menggunakan wang tersebut dengan jelas dan dimaklumi kedua-dua belah pihak . Malah mereka juga boleh menggunakan wang dalam akaun tersebut untuk kegunaan bersama seperti bercuti dan perbelanjaan ketika saat kecemasan . Yang paling penting , akaun bersama menunjukkan mereka saling mempercayai antara satu sama lain dalam pengeluaran wang .

Sebelum anda berhasrat membuka akaun bersama , banyak perkara yang perlu anda dan pasangan anda jelas tentangnya seperti
  • tujuan anda dan pasangan anda membuka akaun bersama
  • tetapkan jenis perbelanjaan untuk akaun bersama
  • jumlah wang yang anda dan pasangan perlu masukkan setiap bulan
  • siapa yang boleh keluarkan wang 
  • berapa jumlah yang boleh dikeluarkan setiap bulan 
  • keluarkan wang dengan pengetahuan pasangan anda
  • jenis kecemasan yang boleh menggunakan wang dari akaun tersebut
  • bagaimana dengan baki akaun setiap bulan
  • bila perlu kemaskini akaun
  • pengeluaran maksima yang boleh dilakukan 

Keburukan Akaun Bersama


Disebalik banyak kebaikan membuka akaun bersama , terdapat juga keburukan membuka akaun bersama yang anda perlu fikirkan apabila mmbuka akaun bersama seperti
  • apabila berlaku penceraian , bagaimana mahu membahagikan wang dalam akaun bersama
  • sebelah pihak telah menyalahgunakan wang dalam akaun 
  • tidak melakukan kemaskini akaun
  • berlaku penipuan atas nama kecemasan bagi sebelah pihak
  • sebelah pihak tidak memasukkan sejumlah wang seperti yang dipersetujui
  • jumlah wang yang dimasukkan tidak seperti yang dipersetujui

Berikut adalah kisah benar yang anda perlu fikir dan pertimbangkan jika mahu membuka akaun bersama .

Ada sebuah keluarga terdiri dari suami , isteri dan anak . Si Suami telah memasukkan sejumlah RM50,000 ke dalam akaun bersama di sebuah bank tempatan . Apabila si suami meninggal , si isteri tidak dapat ambil RM50,000 itu walaupun dia adalah pemilik akaun bersama .

Sekiranya anda tidak mahu situasi di atas berlaku kepada anda , sebelum anda membuka akaun bersama , pastikan bank anda ada terma Joint Tenancy ( this terms means one party die , the other joint party gets money automatically ) dalam perjanjian akaun bank bersama anda . Dapatkan perjanjian hitam dan putih ( black and white ) .

Satu perkara yang anda perlu tahu adalah , kebanyakan bank tempatan TIDAK ADA terma JOINT TENANCY untuk akaun bersama . 


Jadi , sila baca dan teliti semua terma akaun bersama yang pihak bank berikan sebelum menurunkan tandatangan supaya anda tidak rasa tertipu kemudian hari .




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan