loading...

Resepi Ringkas Yee Me Sizling Black Pepper Hot Plate


Resepi Ringkas Yee Me Sizling Black Pepper Hot Plate | Mee merupakan hidangan ringkas yang ramai orang suka sama ada di makan semasa sarapan atau makan malam . Ada banyak jenis mee dan resepi mee . Kalau di rumah , kuat dah biasa dengan mee kuning dan mee hoon .


Resepi Ringkas Yee Me Sizling Plack Pepper Hot Plate


Bila anda sudah bosan masak mee menggunakan mee kuning dan mee hoon , maka lebih baik anda mencuba resepi ye mee sizling black papper hot plate pula . 

Bahan-bahan untuk sos dan cara membuat yee mee sizling adalah seperti berikut :

Bahan - bahan A :


  • Bawang putih di ketuk kasar
  • Halia di ketuk kasar
  • Cili kering dikisar
  • Lada hitam di tumbuk kasar
  • Kiub pati ayam
  • Sedikit minyak bijan
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Air

Bahan B :

  • Cendawan shitake
  • Tepung ubi sebagai pemekat kuah / sup
  • Sayur sawi
  • Ayam


Cara memasaknya :


1- Masak air secukup hingga mendidih .

2- Masukan semua bahan A di atas , kacau sebati . 


3- Bila sudah mendidih , masukkan ayam dan cendawan .


4- Apabila dah masak , masukkan bancuhan tepung ubi . Kacau sampai pekat . Tutup api .

5- Di kuali  yang lain , celur yee mee hingga lembut dan sayur sawi  (sekadar layu je ) .


6- Hidupkan semula api , didhkan sos , masukkan (5) ke atas kuah , pecahkan telur . Biarkan kuning telur separuh masak macam kat gambar . 

7- Tutup api . Dah boleh dihidangkan .

Tepung ubi digunakan menggantikan tepung jagung supaya dapat kuah yang berkilat .



1 comment:

  1. Sedap ni. Boleh la masak sendiri nanti. Thanks share resipi.

    ReplyDelete

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan