loading...

Resepi Ringkas ASAM PEDAS Ekor ( OXTAIL )



ASAM PEDAS Ekor ( OXTAIL )Asam pedas ini saya guna ekor kerbau. sungguh sedap! Aromanya menusuk dengan kewangian rempahannya. terhasil dari 9 jenis rempah. Oxtail ini hanya dapat dibeli disupermarket sahaja sebab ia adalah diimport dari India dibahagian sejuk beku. Selain asam pedas ini ianya juga sangai sesuai untuk dibuat Kurma dan sup ekor style siam.


Resepi Ringkas ASAM PEDAS Ekor ( OXTAIL )


Resepi ASAM PEDAS Ekor ( OXTAIL )


Bahan-bahannya :


10 ketul Ekor ( Oxtail )
bawang merah 8 ulas dimayang
bawang putih 6 ulas dimayang
halia 2 inci dimayang
lengkuas 3 hirisan nipis
serai 4 batang diketuk
bunga lawang 5 
kulit kayu manis 2 batang
biji pelaga 5
bunga cengkih 6
1/2 sudu kecil jintan manis
1/2. sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil lada putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
20 sudu cili kering mesin sendiri
kerisik 2 sudu
air 1 1/2 
belacan @ kiub daging
Gula 4 sudu
Garam 1/2 sudu
Air asam jawa pekat 3 sudu
( masam masin dan manis perlu seimbang baru keistimewaan resepi ini teserlah kesedapannya).

Cara Membuatnya :


1- tumis bawang dan halia. 

2- dah wangi masukkan serai lengkuas dan halia. biarkkan sampai baunya harum. 

3- apabila dah cantik kuningnya masukkan cili mesin.biarkan cili tu sampai pecah minyak.

4- sambil kacau. masukkan garam, gula, belacan. kacau lagi...biarkan sebati semuanya .kacau. 

5- apabila anda lihat tumisan cili menjadi warna merah yang cantik itu cepat cepat masukkan ketulan Oxtail tadi. 

6- Disebatikan dengan kuahnya selama 2 minit sambil dikacau. Anda akan dapati Oxtail itu mengeluarkan airnya sendiri.ketika ini anda masukkan air 1 1/2 cawan. biar dia didih. 

7- bila dah mendidih anda masukkan air asam jawa.

ketika ini jika anda ada pressure cooker @ periuk tekanan tinggi, bolehlah mengalihkannya ke periuk berkenaan supaya Oxtail cepat empuk dan mengeluarkan semua pati dan zat dari tulang berkenaan sebab pressure cooker mampu menghasilkan makanan yg sedap dan berkhasiat.

masak sampai periuk pressure cooker berbunyi 4 kali. dah masak. bila dah boleh buka tudungnya..anda rasailah. apa yang kurang ditambah mengikut sesedap rasa anda.

8- Langkah yg terakhir masa periok tu masih panas lg , masukkan kerisik dan kacau kacau sampai sebati semuanya.

dah siap. sedap dimakan bersama nasi panas panas. semata ni pun dah cukup sedap! pasti bertambah tambah lah nasi.


Facebook : Ida Shahida


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan