loading...

Resepi Ringkas Biskut Coklat Cip Rangup


Resepi Ringkas Biskut Coklat Cip Rangup | Raya Haji bakal menjelma . Walaupun raya haji lebih tertumpu kepada ibadah korban , bila berkumpl ramai-ramai , tentu perlu ada biskut dan kek juga selain hidangan makanan berat . Biskut juga sesuai bagi mereka yang mahu mengadakan majlis seperti enduri dan pertunangan juga selain dijadikan sebagai doorgift .



Resepi Ringkas Biskut Coklat Cip Rangup


Biskut Coklat Cip merupakan makanan kegemaran anak-anak . Kalau buat biskut coklat cip , sudah pasti cepat habisnya . Kalau membeli , rasa macam tak berbaloi je kan . Nak buat biskut coklat cip ni mudah saja . Berikut adalah bahan - bahan dan langkah - langkah membuatnya :

Crunchy Choc Chips


Bahan:


3 buku butter (250 g/ buku - biarkan pada suhu bilik)
1 cawan gula castor

1 cawan gula perang
3 biji putih telur*
1 sudu teh esen vanilla*
1 sudu teh esen coffee*


Ketiga-tiga bahan yang bertanda * ini dicampur, kacau sebati dan simpan dalam fridge semalaman atau paling kurang 2 jam sebelum digunakan.
1kg Tepung Kek
( 8 1/2 cawan tepung gandum dicampur dengan 1 1/2 cawan tepung jagung dan diayak 5 - 6 kali)

1 sudu besar (rata) serbuk koko (boleh juga digantikan dengan choc paste)
2 cawan almond ground (serbuk badam)
2 cawan nestum/ cornflakes

2 cawan almond slice (hirisan badam)
2 cawan Choc. chips

* jika gula urang manis , boleh tambah lagi .

Cara:


Butter, gula castor dan dipukul rata, mulakan dengan perlahan dan kemudian pada speed laju selama lebihkurang 10 minit.
Masukkan gula perang, pukul lagi dalam 1 minit, masukkan bahan yang disimpan semalaman (putih telur, coffee essence, vanilla essence) pukul hingga sebati.
Masukkan bahan-bahan kering, tepung kek, serbuk koko, serbuk badam dan nestum. Gaul sehingga rata, akhir sekali masukkan hirisan badm dan choc. chips. Gaul sebati.
Simpan dalam balutan plastik dan simpan semalaman dalam fridge. Untuk membakarnya, keluarkan 1 jam terlebih dahulu.
Simpan dalam balutan plastik dan simpan semalaman dalam fridge. Untuk membakarnya, keluarkan 1 jam terlebih dahulu.
Beginilah rupanya doh yang dah siap tu.. ini ada;ah doh yang dah disimpan semalaman dan hanya tunggu unutuk dibakar saja.
Panaskan oven pada suhu 160 darjah celsius. Ambil sedikit adunan (anggaran 1 sudu kecil) dan aturkan dalam dulang, jarakkan sedikit kerana apabila dibakar adunan akan sedikit leper dan memerlukan ruang. Bakar selama 30 minit.



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan