Resepi Ringkas Daging Goreng Perap Rempah
Resepi Ringkas Daging Goreng Perap Rempah | Hari ini tentu sudah ramai yang menerima daging korban . Tengah hari atau petang nanti , tentu korang nak masak daging kan . Tak perlu pening kepala , jom cuba Resepi Ringkas Daging Goreng Perap Rempah yang mudah lagi ringkas ni tapi sedap .
Bahan-bahan :
1 kilo daging( sebaiknya batang pinang)
1 sudu serbuk jintan manis
1 sudu serbuk jintan putih
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 1/2 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan(jika ada)
Gula 2 sudu
Sedikit serbuk perasa
Kicap 1/2- 3/4 cawan
Air asam jawa pekat 1/2 cawan
Cara-cara Membuatnya :
1- Daging dipotong nipis 1/2 inci tapi besar besar supaya nanti bila goreng ianya akan mudah masak dibahagian dalamnya. Cuci bersih. Sejat airnya.
2- Masukkan ke dalam bekas dan satukan kesemua bahan-bahan diatas ke dalam mangkuk daging tadi. kacau dan sebatikan dengan daging.
4- Pastu digoreng macam biasa tetapi sekali goreng 5-6 ketul sahaja. dah balik balikkan supaya masak sekata.
5- Bila nak hidang , masukkan bawang besar dan bawang merah yang telah digoreng bersama cili padi. Bawang besar dan bawang merah digoreng berasingan. Tabur atas daging. Seeeeeeedap sangat!
Tips :
Sebelum nak diperap daging tu lebih baik dirasa sedikit supaya sempurna rasanya.
Facebook : Ida Shahida
0 comments:
Post a Comment