Makanan Untuk Tambah Berat Bayi
Makanan Untuk Tambah Berat Bayi | Bayi apabila lahir sahaja perlukan susu sama ada sus badan mahu pun susu tepung untuk terus membesar . Ada bayi yang membesar dengan sihat tapi ada juga bayi yang sihat tapi berat hanya bertambah sedikit sahaja setiap bulan .
Makanan Untuk Tambah Berat Bayi
Bagi para ibu yang menghadapi masalah bayi yang tidak naik berat badannya walaupun sudah diberikan susu yang terbaik dan menyusu secara kerap , mungkin anda boleh cuba Makanan Untuk Tambah Berat Bayi seperti berikut :
1- Ubi Keledek
Selain rasanya enak dan manis , ubi keledek juga sesuai sebagai makanan penambah berat badan bayi . Ubi mengandungi kadar lemak yang rendah , serat , magnesium , kalium , vitamin A , C dan mengandungi kadar vitamin B6 yang tinggi . Kalori yang terkandung juga sangat tinggi dan padat .
2- Susu
Susu formula dapat menjadi makanan tambahan bagi bayi berumur 6 bulan ke atas . Setelah usia anak melebihi 6 bulan , teruskan mengamalkan susu formula sebagai makanan tambahan utuk menambah berat badan bayi anda .
3- Minyak Zaitun
Bagi ibu bapa yang sudah memberi bayi mereka makanan campuran seperti bubur dari sayur dan daging , anda boleh menambah 1-2 sudu minyak dalam masakan tersebut . Minyak yang mengandungi lemak yang baik untuk menambah berat badan bayi . Pilihlah minyak seperti minyak zaitun atau minyak bijan .
4- Daging Ayam
Berikan daging ayam setelah bayi anda mencapai usia 8 bulan . Daging ayam dapat menjadi makanan penambah berat badan untuk bayi kerana tinggi kandungan niasin , magnesium , vitamin B6 , vitamin B12 , protein dan kolesterol sihat . Untuk usia bayi yang lebih kecil , ayam dapat diberikan dalam bentuk sup .
5- Aprikot
Sama seperti pisang , aprikot juga merupakan salah satu makanan untuk menambah berat badan bayi . Selain itu , aprikot juga kaya dengan serat yang baik untuk pencernaan bayi . Cara terbaik untuk memberi aprikot kepada bayi seperti berusia 6 bulan ke atas adalah dalam bentuk bubur lembut .
6- Telur
Jika bayi anda sudah mencapai usia 8 bulan , berikan telur kerana telur kaya dengan protein yang tinggi pada putih telur dan kolesterol yang tinggi pada kuning telur . Namun begitu , ibu bapa harus berhati-hati kerana ada sesetengah bayi yang mengalami masalah alahan pada telur .
7- Mentega Kacang
Selain rasanya yang sedap , mentega kacang juga merupakan salah satu makanan yang baik untuk menambah berta badan bayi kerana mengandungi tinggi kolesterol dan protein . Apabila bayi anda sudah mencecah usia 1 tahun , berilah mentega kacang bersama roti kepada bayi anda .
8- Pisang
Pisang boleh mula diberi setelah usia bayi berumur 6 bulan dan ke atas . Pisang kaya dengan serat , kalium , vitamin C , vitamin B6 dan mengandungi kalori yang padat . Untuk bayi usia 6-8 bulan , berikan pisang dalam bentuk bubur sehinggalah usia 8 bulan ke atas , barulah diberikan dalam bentuk buah .
0 comments:
Post a Comment