Resepi Kuih Bangkit Susu Sukatan Cawan
Resepi Kuih Bangkit Susu Sukatan Cawan | Hari ini kita buat lak kuih bangkit susu guna sukatan cawan . Orang dulu buat guna santan . Kalau guna santan , tak boleh tahan lama . Simpan lama nanti tengik pula . Jadi , gantikan santan dengan susu . Lagi sedap rasanya .
Resepi Kuih Bangkit Susu Sukatan Cawan
Cawan penyukat .
Tepung ubi sebagai bahan utama .
3 cawan tepung ubi tadi sangai atas api dalam 10 minit dengan api perlahan .
2 1/2 awan tepung jagung .
1 buku butter
Langkah - langkah membuatnya :
Butter tadi campur dengan 1 1/4 cawan gula (elok gule kasar korang blend halus)
mix sampai kembang .
Tapi kalau korang nak kurang kan manis 1 cawan dah ok .
Tapi kalau korang nak kurang kan manis 1 cawan dah ok .
2 bijik kuning telur
mix gule dengan butter
dah agak-agak kembang dari kuning jadi putih cream boleh masukkn telor satu-satu
dan slow kan mixer. mix sebati .
Tips :
Masa ni siapa nak letak cheese boleh letak 1 cawan
tapi tepung kena ejas la sangai tepung ubi tu lebehkan sikit dalam 1 cawan
jadi 4 cawan tu ketepikan secawan masa ayak
satukan 3 cawan je
then masa uli kalau rasa lembek , tambah sikit-sikit dengan tepung yang diketepikan
kalau tak letak cheese , 3 cawan tepung ubi dah memadai .
4 sb susu tepung .
Satukan semua
tepung+1sk baking powder+ sikit garam+ susu tepung ayak kan
Masuk dalam adunan mix tadi siket-sikit sambil uli dan ikut keselesaan menguli la ye
kalau agak-agak lembek sangat bagi tangan korang tambah lagi tepung jagung .
Masa ni sape nak tambah kelapa , sangai dulu 1 cawan pon boleh jadi la bangkit kelapa
tapi tepung kene ejas siket
maksud nye letak separuh tepung baru letak kelapa takut terkeras nanti bile curah semua .
Tutup adunan dan rehatkan selama 30 minit .
Amik sket adunan dan canai .
terap la gune ape-apa acuan yg korang suke bentuk nye .
Sapu tray pembakar dengan butter
susun biskut .
kalau nak letak cheese , parut cheddar
sapu telur kuning dan tabur sket-sikit atas kuih .
Panas kan oven api atas bawah
suhu 170 masa 25 minit atau bergantung pada oven korang la ye .
Facebook : Azlina Ina Fans
Facebook : Azlina Ina Fans
0 comments:
Post a Comment