Resepi Lengkap Nasi Ayam Mama Yang Sangat Mudah
Resepi Lengkap Nasi Ayam Mama Yang Sangat Mudah | Cuti raya di kampung sudah habis . Ini bermakna tradisi rumah terbuka di bandar pula akan bermula . Kepada anda yang berhasrat mahu membuat rmah terbuka hari raya dan masih tercari-cari menu untuk dihidangkan kepada tetamu , apa kata anda cuba Resepi Lengkap Nasi Ayam Mama Yang Sangat Mudah kat bawah ni .
Resepi Lengkap Nasi Ayam Mama Yang Sangat Mudah
Ni bahan nak buat sup :
Halia, Bawang putih, Bawang merah, Bawang besar, Sup bunjut.
Okey ini untuk buat stok ayam :
7 cawan air ( nasi agak keras . Kalau nak lembut sikit 8 cawan)
sebab beras tadi 6 cawan, up satu cawan,
Air ayam akan digunakan untuk tanak nasi, Ayam akan digoreng. Halia jangan lupa letak.
Ok ini untuk masak nasi :
Beras yang dah dibasuh akan digoreng dengan planta,
Agak-agak boleh serata dekat semua beras tu.
6 cawan beras .
Beras yang digoreng,
gula,
garam,
daun pandan,
bunga lawang,
kulit kayu manis,
susu cair setengah cawan.
Ok ayam dah siap rebus.
Toskan ayam .
Ini air stok ayam .
Masukkan air stok ayam dalam periuk nasi ye.
Ulam : Timun, Tomato, Salad .
Siap potong, tomoto nak kerat macam mana atas you all.
Ok buat sup :
Macam biasa , guna tulang-tulang ayam,
then letak la halia, bawang besar, bunga lawang, cengkih, pelaga, sup bunjut, dan lada hitam tumbuk.
Daun sup, sup bawang.
Batang keras asing kan.
Nanti batang tu masuk terus je dalam sup yang tengah masak .
Goreng bawang kecik dan bawang putih.
Guna planta + minyak masak.
Ni untuk buat bawang goreng.
Nak masuk dalam sup nanti.
Nampak tak sup dah siap,
bawang goreng masuk kan terus, tomato kalau suka boleh letak, dan batang sup.
Garam secukup rasa
Nak buat sambal lada:
Lada besar 5-6 biji ,
cili padi 4 biji,
halia seinci,
Bawang putih seulas,
Tomato separuh,
Cuka 2 renjis,
air masak.
Blend.
Dah siap .
Untuk ayam pula :
Ayam agak-agak sekor,
Gaul dengan kicap manis, kicap masin, sos tiram, Madu satu sudu jer.
masuk dalam peti ais dulu.
Keluarkan ayam dari peti sejuk .
Goreng ayam
( pakai kuali yang bekas goreng bawang tadi just tambah minyak)
Settel goreng ayam.
Sos perap yang lebih , tuang atas ayam yang siap goreng .
Kicap cecah :
(kicap manis & masin, Then masukkan kuah sup 3 seduk)
Facebook : Engku Del Al-Idrus
0 comments:
Post a Comment