Resepi Ringkas Muffins Berlauk
Resepi Ringkas Muffins Berlauk | Bila berada dirumah ketika cuti , para ibu akan mencari resepi yang mudah untuk hidangan santai ala kudap kudapan untuk dimakan bersama keluarga sambil menonton rancangan kegemaran anda di kaca tv . Jadinya , hari ini Chinta belanja anda semua resepi mudah membuat muffin bersama sayuran dan makanan .
Resepi Ringkas Muffins Berlauk
Lihat sahaja gambar di bawah , anda sudah dapat membayangkan apa yang anda boleh lakukan untuk menghasilkan muffin telur itu . Muffin ini tidak menggunakan adunan seperti adunan kek sebaliknya hanya menggunakan telur . Anda juga boleh mengubah bahan campuran mengikut kehendak anda dan anak - anak anda juga .
1 - Masukkan sayuran , bijirin , daging dan keju yang anda gemari dan telah di potong dadu .
2- Tuangkan telur yang sudah dipukul bersama sedikit garam .
3- Bakar dalam oven selama 10 minit mengikut suhu oven masing - masing .
0 comments:
Post a Comment