loading...

Cara Mudah Keluarkan Kahak Pada Kanak - Kanak


Cara Mudah Keluarkan Kahak Pada Kanak - Kanak | Kanak - kanak merupakan insan yang belum tahu untuk memberitahu secara spesifik / khusus tentang apa yang mereka maksudkan . Sekiranya mereka rasa sakit , mereka juga tidak tahu nak sampaikan pada si ibu secara tepat . Si ibu juga susah nak suruh mereka lakukan sesuatu seperti cara membuang kahak kerana mereka belum faham .

Cara Mudah Keluarkan Kahak Pada Kanak - Kanak

Kahak


Kahak merupakan lendir yang pekat , dikeluarkan oleh selaput mukus ( mukus membrane ) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan . Oleh sebab itu lendir boleh dikeluarkan disepanjang saluran pernafasan daripada paru - paru hingga ke rongga hidung . Lendir ini menjadi kahak apabila berkumpul , kemudian ditolak ke atas oleh ' cillia ' ( rerambut kecil ) daripada paru - paru naik ke tekak .

Cara Mudah Keluarkan Kahak Pada Kanak - Kanak


Apabia kanak - kanak batuk dan susah hendak menelan selepas itu , itu bermakna terdapat kahak ditekak kanak - kanak tersebut . Jika si ibu menyuruh si anak untuk meludahkan kahak itu , sudah tentu kanak - kanak yang berumur setahun lebih itu belum faham arahan si ibu . Justeru itu si ibu perlu gunakan cara alternatif untuk mengelurakan kahak tersebut .

Keluarkan Kahak


Antara cara mudah keluarkan kahak pada kanak - kanak adalah dengan 
  • memberi minum air suam yang dicampurkan dengan madu dan lemon  
  • masukkan sedikit serbuk kayu manis bersama madu ke dalam air suam
  • makan sup tomato bersama halia , bawag putih dan lada putih 

Lagi kerap anak anda meminumnya , lagi mudah kahak tersebut akan keluar . Semoga tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah kahak pada tekak anak anda .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan