loading...

Panduan Mandi Wajib Untuk Pengantin Baru


Assalamualaikum ...

Panduan Mandi Wajib Untuk Pengantin Baru | Bismillah . Memandangkan setiap minggu ada sahaja pasangan baru yang akan melangkah ke alam perkahwinan , maka mereka perlulah mengetahui cara yang paling tepat untuk melakukan mandi wajib selepas melakukan hubungan bersama . Perkara ini sangat penting untuk anda ketahui dan amalkannya .


Panduan Mandi Wajib Untuk Pengantin Baru

Panduan Mandi Wajib


Panduan mandi wajib ini tujuannya untuk memudahkan anda yang baru memasuki gerbang perkahwinan . Panduan ini juga boleh digunakan untuk wanita selepas habis haid , nifas ( darah yang mengiringi selepas bersalin ) , wiladah ( bersalin ) , mati dan keluar air mani tanpa sengaja . Anda perlu lakukan rukun mandi wajib seperti berikut ;

1- Lafaz Niat Mandi


 Niat hendaklah dimulakan  semasa air sampai ke salah satu anggota badan .




2- Membasuh Seluruh Anggota Badan Yang Zahir


Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan termasuklah rambut , bulu - bulu yang terdapat di anggota , kulit telinga yang disebelah luar , kemaluan perempuan yang zahir pada masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir semasa membuang air besar . Rambut yang terikat hendaklah dihuraikan .

Apabila air tidak kena pada salah satu daripada anggota badan , maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya .

Cara Mandi Yang Baik .


Cara mandi yang baik adalah mandi seperti yang rasulullah s.a.w lakukan . Al - Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.h.a . meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah s.a.w. mandi dengan katanya yang bermaksud ;

" Apabila Nabi s.a.w. mandi daripada janabah , Baginda mulakan dengan membasuh kedua - dua tangannya . "
( Hadis Riwayat Muslim / 246 )


Perempuan - perempuan yang mandi kerana haid , sunat menggunakan sedikit kasturi atau benda lain yang agak wangi untuk membasuh dan membersihkan kesan - kesan darah dan bau yang tidak menyenangkan dengan cara melerakkan wangi - wangian itu di atas kapas dan dicalit ke dalam faraj ( kemaluan ) sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Ambillah sedikit kasturi kemudian bersihkan dengannya . "

 Perkara Sunat Ketika Mandi Wajib


  • membasuh kedua - dua tangan di luar daripada bekas air .
  • membasuh kemaluan dengan tangan kiri dan juga segala kekotoran yang ada pada badan .
  • berwuduk
  • menyelati rambut kepala dengan air kemudian membasuh kepala tiga kali 
  • membasuh bahagian kanan dulu kemudian kiri .
  • menggosok tubuh dan berturut - turut dalam membasuh anggota .
  • mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua - dua telinga , lipatan - lipatan perut , di dalam pusat dan juga ketiak .
  • membasuh sebanyak tiga kali sebagai kias kepada wuduk .


Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat ( ms 69-71 )





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan