loading...

Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur RomantisTak kira lah sama ada kita masih bujang atau dah nak kawin atau dah bergelar isteri , kita tetap nakkan bilik yang selesa untuk kita lelapkan mata selepas melalui satu hari yang panjang . 



Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Bilikku Syurgaku


Ungkapan bilikku syurgaku adalah yang sangat sesuai . Kenapa ? Sebab bilik tidur adalah tempat paling aman di dunia ni . Tak ada orang tau apa kita buat kan ! Di situlah kita melepaskan segala - galanya . Gembira , sedih , geram , marah malah jadi tempat yang paling sesuai untuk mencari ilham nak selesaikan masalah atau mencari inspirasi . Maka kita perlu tahu cara jadikan bilik lebih romantis dan lebih kreatif .

Cara Mudah Jadikan Bilik Tidur Romantis


Orang yang bekerja sudah tentu tidak punya banyak masa untuk menghias bilik tidur mereka . Justeru itu , mereka selalunya hanya menggunakan aksesori bilik tidur yang perlu sahaja serta perabot yang minima supaya bilik tidur mereka mudah dikemas dan ada sentuhan romantis 

Ada beberapa tipscara untuk jadikan bilik tidur lebih romantis . Antaranya :

1. Perabut yang bersesuaian .


Kalau boleh perabut tuh janganlah terlalu banyak . Kang nampak sempit lak bilik tuh . Cukuplah sekadar set bilik tidur saja . 

2. Elemen kaca


Tak kira la kat mana korang nak letak kaca tu . Kaca akan buat bilik tu nampak lebih luas . 

3. Warna yang lembut


Warna yang lembut memberi ketenangan terutama bagi orang yang selalu stress . Ada juga yang suka warna terang untuk lambangkan kegairahan mereka .

4. Pencahayaan 


Unsur cahaya dapat timbulkan suasana romantik dan tenang . Gunakan cahaya yang samar . Korang boleh guna lilin , lampu tidur atau balut jer lampu kalimantang tuh dengan warna yang korang suka . Tak digalakkan guna cahaya yang terang sebab korang akan rasa lebih tegang . 

5. Bauan


Bauan aromaterapi yang paling sesuai . Korang boleh guna pewangi penyegar dalam bentuk cecair , lilin wangi dan pot puri . Kat pasaran ada banyak pilihan . Den lebih suka bauan lemon . Korang mungkin suka ngan vanilla , mawar , lavender atau lainnya .

6. Bunga


Hiasan bunga - bungaan boleh tambahkan seri bilik korang . Tak kira la bunga palsu atau segar . Asalkan warna , vasnya dan kedudukannya sesuai dengan warna dan pilihan perabot , dah cukup menarik perhatian .

7. Muzik 


Alunan muzik dapat tenangkan jiwa selain beri ilham pada kita . Muzik juga boleh dodoikan kita yang mungkin tak boleh tidur sebab perkara - perkara yang terpaksa kita lalui / kepenatan di siang hari . 



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan