loading...

Resepi Ringkas Roti Bawang Putih Bersama Spagetti


Resepi Ringkas Roti Bawang Putih Bersama Spagetti | Menghasilkan roti walauapapun jenisnya , ramai antara anda sudah cekap melakukannya . Begitu juga spagetti . Roti dan spagetti adalah dua benda dalam keluarga yang sama iaitu karbohidrat dan ianya mengenyangkan bila dimakan . Satu yang pasti , sama ada roti juga spagetti , kedua - dua makanan ini adalah kegemaran ramai orang .


Resepi Ringkas Ramadhan - Roti Bawang Putih Bersama Spagetti

Resepi Ringkas Roti Bawang Putih Bersama Spagetti


Pernahkah anda terfikir untuk menghasilkan hidangan roti dan hidangan spagetti sekali gus ? Dengan lain perkataan , hidangan dua dalam satu ? Jika belum pernah terfikir dan belum pernah melakukannya , apa kata anda cuba resepi mudah roti bawang putih bersama spagetti sebagai mana dibawah .

Cara Membuat Roti Bawang Putih Bersama Spagetti


Untuk menghasilkan resepi mudah roti bawang putih bersama spagetti , pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah menghasilkan spagetti terlebih dahulu . Terpulang pada anda nak buat resepi spagetti jenis apa . Selepas itu barulah anda hasilkan doh roti bawang putih . Setelah selesai doh dicanai , anda hanya perlu masukkan spagetti yang sudah siap dimasak , kemudian taburkan kiub keju diatasnya . Seterusnya , tutuplah spagetti bersama keju itu dengan doh roti tersebut .

Sekiranya anda tidak dapat membayangkan bagaimana cara mudah membuat roti bawang putih bersama spagetti , anda boleh sahaja rujuk langkah - langkah di bawah . Insah Allah anda akan dapat membuatnya dengan jayannya .


Resepi Ringkas Ramadhan - Roti Bawang Putih Bersama Spagetti

Kepada yang pentingkan diet dan penjagaan makanan , roti bawang putih bersama spagetti ini tidak sesuai dimakan selalu kerana ianya adalah hidangan karbohidrat berganda . Malah jumlah kalorinya juga besar . Jika sesekali mahu mengubah selera atau juga anda malas untuk menghasilkan hidangan banyak kali , tiada salahnya anda mencuba .

Salam ceria di hari cuti dari cetusan minda .

1 comment:

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan