Featured
loading...

Resepi RingkasTomato Bakar Berkeju


Resepi Ringkas Tomato Bakar Berkeju | Tomato merupakan buah yang mengandungi anti oksidan yang tinggi . Kalau anda rajin minum jus tomato , anda dikatakan boleh menjadi awet muda . Selain itu , makan banyak tomato boleh menjauhkan anda dengan kanser .


Tomato Bakar Berkeju

Resepi Ringkas Tomato Bakar Berkeju


Bila baca tajuk tomato bakar berkeju tu dah rasa macam sedap je dimakan . Maka Chinta pun nak juga mencuba resepi tomato bakar berkeju yang Chinta dapatkan di SINI . Tapi sebelum Chinta mencuba resepinya , di sini Chinta kongsikan dengan anda cara nak buat tomato bakar berkeju ni yang resepinya Chinta ubah suai sedikit .

Bahan - bahannya :


Tomato
Keju Parmesan
Mayonis
Minyak Zaitun
Lada Hitam ( ditumbuk kasar )
Garam


Tomato Bakar Berkeju

Cara Membuatnya :


1- Ambil tomato dan belah dua .

2- Buang isi tomato .

3- Ambil mayonis , masukkan lada sulah , garam dan minyak zaitun dan isi tomato . Gaul sebati .

4- Masukkan mayonis yang sudah dicampurkan bahan lainnya dan masukkan ke dalam 1/2 bahagian tomato .

5- Taburkan keju parmesan diatasnya hingga penuh .


Selamat Mencuba ...





Resepi Ringkas Jejari Pai Epal


Resepi Ringkas Jejari Pai Epal | Pai adalah hidangan yang selalu ada di meja makan orang Eropah . Pai boleh dimakan sebagai sarapan , minum petang dan makan malam . Ada macam - macam jenis pai boleh dihasilkan . Selalunya pai di bakar .


Resepi Ringkas Ramadhan - Pai Epal


Resepi Ringkas Pai Epal


Resepi ringkas hari ini menyajikan pai yang dibuat menggabungkan doh bersama epal yang di kisar . Cara membuat doh pai epal sama dengan pembaca buat doh untuk karipap .



Resepi Ringkas Ramadhan - Pai Epal

Bahan - bahan yang diperlukan :


Epal
Tepung gandum
Air
Garam
Air gula
Minyak panas


Resepi Ringkas Ramadhan - Pai Epal

Cara membuatnya :

1- Kisar epal yang sudah dirandam dengan air gula . 

2- Campurkan tepung gandum , garam dan air dan minyak panas . 
Uli sehingga jadi doh .

3- Ambil satu bahagian doh , canai hingga leper . 
Ambil lagi satu bahagian dan laukan cara yang sama .

4- Letakkan kisaran epal di atas doh dan ratakan .

5- Ambil satu lagi doh , tangkupkan diatasnya .

6- Taburkan gula diatas doh .

7- Potong doh memanjang menggunakan pisau pizza .

8- Bakar dalam oven .

Mudah Dan Cepat


Membuat jejari pai epal ni lebih mudah dan cepat berbanding membuat karipap . Selain itu , anak - anak anda tentu suka bila makan untuk pertama kali .

Selamat Mencuba ...


Formula Mencari Pasangan Sempurna


Formula Mencari Pasangan Sempurna | Desember 2012 , berada di kamung halaman bersama ibunda tercinta , menikmati pagi yang cerah bersama bunyi kicauan burung , kucing yang sedang bermanja dan 4 ekor itik yang riuh berbunyi sambil menikmati secawan milo panas , menonton rancangan NASI LEMAK KOPI - O di tv9 , sungguh menyantaikan .


NASI LEMAK KOPI - O di tv9


Topik yang dibincangkan NASI LEMAK KOPI - O di tv9 hari itu agak menarik . Perantara Fizo Omar bersama tetamu jemputan artis Julia Zieglar dan panel jemputan prof. Izzi , membincangkan topik PASANGAN SEMPURNA . Usik mengusik antara tetamu dan pengacara menjadikan suasana sangat santai dan hangat .



Cara Mencari Pasangan Sempurna


Formula Mencari Pasangan Sempurna


Kenapa pasangan dulu ramai yang sempurna dan nampak ideal pada masa yang sama tetap gaduh - gaduh nakal tapi kekal tak bercerai ? 

Kata prof Izzi ; 

" orang zaman dulu redha dengan pilihan orang tua . Mereka cuma kenal pasangan dengan melihat dari jauh . Sekadar memandang secara fizikal tanpa tahu bagaimana sifat dan perangainya . " 

Maka sebab itu , wujudlah pepatah ... 

" DARI MATA TURUN KE HATI "

Dalam Islam jelas mengatakan : 

" REDHA ALLAH ITU TERLETAK PADA REDHA IBU BAPA . "


Sebab itulah orang zaman dulu boleh kekal sampai akhir hayat walaupun gaduh bagai nak gila , harta benda berderai , tetap tak cerai . Subhanallah ... betapa berkatnya redha ibu bapa ! 

Ibunda saya bercerita , semasa kecil , beliau telah di hantar oleh orang tuanya ke rumah ibu saudaranya untuk belajar membaca al - Quran . Ibu saudaranya ni sangat baran ... bawang habis di dapur pun sudah mengamuk tahap pinggan mangkuk melayang . Padahal si isteri yang tak inform pada suami bahawa bawang dah habis . Pernah satu ketika si suami menegur si isteri yang bacaan al - Qurannya tidak betul dan dia perlu belajar semula dengan si suami . Maka terbanglah selimut dan bantal ke halaman rumah . Yang hebatnya ialah si suami senyum sahaja dan si isteri pula kalau tak nampak bayang suami satu hari jer , dah jadi tak menentu . Perut pun tak laparlah walaupun berbunyi dah berjam - jam . Itulah keberkatan redha ibu bapa .


Pada zaman Rasulullah , ada seorang gadis telah dipinang oleh seorang lelaki , tetapi perempuan itu tak mahu . Maka dia bertanya Rasulullah . Rasulullah memberitahu bahawa , dia boleh menolaknya jika dia tak sukakan lelaki itu sebab itu haknya . Tapi akhirnya dia menerima lelaki itu atas asbab redha ibu bapanya

Ciri Pasangan Sempurna


Bila bercerita tentang pasangan sempurna , pembaca pun akan senyum kambing kan ! Tak kan ada pun ! Bagi Chinta , asalkan kita boleh terima kekurangannya dan menerima pasangan kita seadanya , itu sudah cukup sempurna untuk jadi pasangan Chinta . Tapi apa pula kata mereka d bawah ni ?

Kata Fizow Omar : 

" Pasangan akan jadi sempurna bila dia boleh menjadi kawan , teman , sahabat , kekasih , isteri serta ibu pada masa - masa tertentu . " 

Kata Julia Zieglar : 

" Pasangan sempurna bila dia boleh membawa kita ke JANNAH . "

Kata prof. Izzi : 

" Pasangan kita jadi sempuran bila dia jadi saling melengkapi dalam hidup kita . Kita serius - dia melawak , Kita pendiam - dia banyak cakap , kita suka roti canai + dia suka ulam = calam , kita suka memasak + dia hebat berniaga = restoran , kita suka disiplin + dia suka mendidik = anak cemerlang ... "

Sempurna Itu Subjektif


Kadangkala kita jumpa yang sempurna di mata kita , ada semua ciri - ciri yang kita nak tapi dia tak cinta kita atau dia milik orang lain . Bila seseorang cinta pada kita pula , dia tak sempurna dan banyak pul kelemahannya . Apa yang boleh kita buat ialah beri dia peluang dan ruang untuk dia berubah dan didik dia ikut landas yang betul . Ikut pemerhatian dan pengalaman selama Chinta hidup dibumi Allah ini , Bila si dia cinta gila kat kita , dia akan ikut apa saja kemahuan kita . Inilah masa yang sesuai untuk didik dia . Tapi ingat ! Jangan sesekali ambil kesempatan pula ... sesungguhnya Allah tahu apa yang ada dalam hati kita . Walaupun perbuatan kita itu sekecil hama , kifarahnya tetap ada sama ada baik ataupun buruk !



Inilah tip memilih calon yang diberikan oleh prof. Izzi :



  • terima semua kelemahan sebagai satu kelebihan . Bila ada peluang , didik dia untuk jadi lebih baik
  • cari yang boleh ngam dengan diri kita , sama minat dan hobi 
  • kalau dapat yang versus minat dan hobi , jadikanlah ia sebagai share benda baru / tambah minat baru dalam hidup
  • guna akal fikiran untuk menilai bukan perasaan . Boleh betulkan / repair mana - mana yang kurang atau tak betul .

ALLAH JADIKAN KITA ITU SEBAIK - BAIK KEJADIAN . 


Jadikan kesempurnaan yang Allah beri itu untuk mencari pasngan sempurna dalam hidup . Hidup adalah satu perjalanan . 
Masa muda , baran sebab ikut perasaan , bila dah matang kita cool jer sebab kita berfikir dulu sebelum bertindak

Itu adalah fasa yang perlu kita lakukan / ubah dalam perjalanan hidup kita .

Agama yang sempurna dan keimanan yang tinggi boleh membimbing kita melalui ranjau hidup yang Allah telah tetapkan bersama pasangan kita . Insya Allah kita akan jadi sempurna di mata pasangan kita ... aaamen .




Anak Susuan


Anak Susuan | Anak susuan merupakan anak yang diambil dari orang lain oleh sepasang suami isteri kemudian si isteri atau adik beradik si isteri atau suami menyusukan anak tersebut shingga kenyang .


Anak Susuan


Syarat Untuk Menjadi Anak Susuan


Ulama bersepakat seorang bayi boleh menjadi anak susuan apabila terdapat dua syarat utama iaitu 
  • bayi yang disusukan itu mestilah berumur bawah dua tahun . Jika bayi berkenaan masih belum berjaya disusukan hingga umurnya melebihi dua tahun , maka bayi tersebut tidak akan sama sekali dikira sebagai anak susuan .
  • Bayi tersebut mestilah disusukan sehingga lima kali kenyang dalam tempoh umur bayi tidak melebihi dua tahun .

Anak susuan yang menepati syarat akan menjadi mahram kepada keluarga dan ibu bapa susuannya . Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas yang bermaksud :

" Diharamkan daripada penyusuan sepertimana diharamkan ke atas nasab . "
( Riwayat al - Bukhari dan Muslim ) 

Berdasarkan hadis itu , ia jelas menunjukkan antara mereka mempunyai talian kekeluargaan yang sangat kukuh berasaskan penyusuan . Aurat sesama mereka adalah sama sperti anak kandung sendiri .

Hak Pewarisan


Seperti yang diketahui , hukum anak susuan adalah sama seperti anak kandung . Namun , ingin ditegaskan bahawa anak susuan tidak berhak untuk mewarisi harta daripada ibu bapa susuannya kerana hak pewarisan hanya boleh disabitkan menerusi tiga faktor iaitu :

1- penasaban dengan wujudnya hubungan keturunan dan kekeluargaan .

2- perkahwinan yang sah iaitu hubungan antara suami dan isteri 

3- wala' iaitu bermaksud hubungan antara hamba dan bekas tuannya .

Sehubungan itu , anak susuan tidak layak mewarisi harta peninggalan . Bagi menjaga hak anak susuan selepas ketiadaan ibu bapa susuannya , maka disarankan kepada penjaga menghibahkan harta mereka ketika hidup . Hibah dilakukan sebaik - baiknya berdokumen dan bersaksi supaya tidak timbul perbalahan antara adik beradik selepas ketiadaan ibu bapa .



Sumber : BERITA HARIAN 





Cara Mudah Buat Bunga Telur


Cara Mudah Buat Bunga Telur | Satu ketika dahulu , Chinta ada menghadiri majlis perkahwinan sepupu . Ketika dia sedang sibuk menghias barang hantarannya , Chinta tertarik dengan bunga telur yang dihasilkan . Maka Chinta bertanya apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan bunga telur tersebut . Chinta tak berapa ingat tentang cara membuat bunga telur itu dan apa bahannya . Pada ketika itu , bunga telur itu agak popular sebab Chinta pernah jumpa di majalah juga . Pada hari ini , Chinta menemui yang hampir sama cara pembuatannya dan nak kongsi dengan pembaca bagaimana cara mudah bunga telur itu dihasilkan .


 DIY Bunga Telur


Cara Mudah Buat Bunga Telur


DIY bunga telur ini selain menggunakan dawai lembut , pewarna kelopak bunga adalah menggunakan pewarna  kuku . Sekarang banyak warna ada di pasaran . Ini adalah alternatif yang paling sesuai untuk pasangan pengantin yang mahu menjimatkan kos . Maklumlah GST macam dah bermula gitu .


 DIY Bunga Telur


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih | Oleh sebab ada keyword carian tema warna putih untuk majlis kahwin , maka gigihlah Cynta mencari tema warna putih untuk majlis kahwin untuk dipersembahkan kepada anda sebagai rujukan .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Putih


Warna putih adalah lambang kesucian . Sebab itu ramai pasangan pengantin memilih warna putih untuk baju perkahwinan mereka . Ada juga yang menganggap warna putih membosankan kerana ramai pengantin yang memilihnya . Maka mereka memilih warna lain untuk mencari kelainan .

Berikut adalah dekorasi majlis kahwin yang boleh anda ambil sebagai contoh untuk tema warna putih untuk majlis kahwin .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih



Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Pencahayaan


Sekiranya anda suka bermain dengan pencahayaan dan mahukan suasana yang romantis pada majlis kahwin anda , anda boleh sahaja menggunakan warna tertentu pada lampu untuk memberi kesan warna yang menawan pada majlis anda . Berikut adalah cotoh yang anda boleh gunakan .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Lihatlah hasilnya bila anda menggunakan lampu berwarna pada majlis kahwin anda untuk memberi kesan suasana romantik . Cantik bukan !


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox | Air detox merupakan minuman kesihatan yang popular di masa ini . Kalau anda minum di restoran pun , ada restoran yang memberikan minuman detox percuma kepada pelanggannya . Air detox juga mudah disediakan dalam masa yang singkat sahaja .


Jenis Air Detox

Air Detox


Air detox  dikatakan boleh mengeluarkan toxin dalam badan . Malah air detox juga merupakan cara yang paling mudah membakar lemak di dalam badan . Sama ada ianya benar ataupun mitos , anda sendiri tentukan dengan cuba mengamalkannya .


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox


Ada pelbagai jenis air detox . Anda oleh menghasilkan air detox menggunakan pelbagai jenis buah , sayuran dan herba . Semuanya bergantung kepada selera anda . Berikut adalah antara contoh jenis air detox yang anda boleh hasilkan sendiri .


Jenis Air Detox

Bahan Asas


Bahan asas air detox adalah lemon , timun , halia dan daun pudina . Semua yang dinyatakan tadi merupakan bahan yang selalunya ada dalam air detox selain buah - buahan . Bahan asas air detox tersebut dikatakan dapat memecahkan lemak dalam badn selain aktif menyingkirkan toksin .


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox


Cara Mudah Mencorak Kek


Cara Mudah Mencorak Kek | Perkara pertama yang jadikan kita sangat tak sabar nak rasa kek adalah corak pada kek tersebut . Bila corak luaran kek cantik , maka sudah tentunya corak di dalam kek juga menarik . 

Cara Mudah Mencorak Kek

Mencorak Kek


Banyak cara boleh kita lakukan untuk mencorak kek . Kerja mencorak kek jadi lebih mudah jika kita dah tentukan tema kek itu untuk majlis apa . Maka idea yang kreatif akan datang dengan mudah . Asalkan segala jenis bahan untuk mencorak kek yang diperlukan sudah tersedia .

Cara Mudah Mencorak Kek


Cantik tak corak kek kuda belang di atas ? Kalau anda berminat nak tahu bagaimana nak hasilkan corak kek kuda belang itu , berikut ada langkah - langkah untuk menghasilkan corak kek kuda belang . 


Cara Mudah Mencorak Kek

Corak Kek Kuda Belang


Sekarang , mari kita lihat bagaimana cara untuk hasilkan luaran kek seperti kuda belang sebagaimana corak kek kuda belang di atas . Untuk hasilkan corak kek kuda belang , anda perlukan coklat masakan . Coklat masakan itu perlulah anda

  • cairkan menggunakan kaedah double boiling bersama sedikit butter supaya kelihatan berkilat
  • tuang coklat cair di atas dulang 
  • ratakan coklat sehingga menjadi nipis 
  • biarkan coklat menjadi beku dan sejuk
  • potong coklat mengikut corak kuda belang 
  • lekatkan di atas kek yang sudah disapukan krim sehingga menjadi corak kuda belang



Cara Mudah Mencorak Kek

Corak Kek Marble


Bukan susah sebenarnya cara nak menghasilkan corak kek marble ni . Anda ikut sahaja panduan menghasilkan corak kek marble di bawah . Langkah - langkah yang perlu anda lakkan adalah 

  • adunan yang sudah siap , bahagikan kepada 3 bahagian
  • bahagian pertama anda tak perlu lakukan apa - apa . Biarkan saja .
  • bahagian kedua , anda masukkan pewarna merah dan gaul sebati
  • bahagian ketiga , anda masukkan coklat / serbuk koko cair . Gaul hingga sebati

Cara Mudah Mencorak Kek


Selepas semua langkah menghasilkan cora kek marbel di atas anda lakukan , anda perlu 
  • ambil loyang pembakar , sapukan butter atau letakkan kertas minyak
  • ambil satu senduk adunan yang tiada warna dan tuangkan di tengah loyang .
  • kemudain , mabil pula satu senduk adunan warna coklat dan tuangkan diatasnya perlahan - lahan .
  • selepas itu , tuangkan pula adunan berwarna merah .

Lakukan langkah di atas berulang sehingga loyang anda penuh . Selepas itu barulah dibakar . Selamat mencuba ya .







Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan