loading...

Cara Mudah Mencorak Kek


Cara Mudah Mencorak Kek | Perkara pertama yang jadikan kita sangat tak sabar nak rasa kek adalah corak pada kek tersebut . Bila corak luaran kek cantik , maka sudah tentunya corak di dalam kek juga menarik . 

Cara Mudah Mencorak Kek

Mencorak Kek


Banyak cara boleh kita lakukan untuk mencorak kek . Kerja mencorak kek jadi lebih mudah jika kita dah tentukan tema kek itu untuk majlis apa . Maka idea yang kreatif akan datang dengan mudah . Asalkan segala jenis bahan untuk mencorak kek yang diperlukan sudah tersedia .

Cara Mudah Mencorak Kek


Cantik tak corak kek kuda belang di atas ? Kalau anda berminat nak tahu bagaimana nak hasilkan corak kek kuda belang itu , berikut ada langkah - langkah untuk menghasilkan corak kek kuda belang . 


Cara Mudah Mencorak Kek

Corak Kek Kuda Belang


Sekarang , mari kita lihat bagaimana cara untuk hasilkan luaran kek seperti kuda belang sebagaimana corak kek kuda belang di atas . Untuk hasilkan corak kek kuda belang , anda perlukan coklat masakan . Coklat masakan itu perlulah anda

  • cairkan menggunakan kaedah double boiling bersama sedikit butter supaya kelihatan berkilat
  • tuang coklat cair di atas dulang 
  • ratakan coklat sehingga menjadi nipis 
  • biarkan coklat menjadi beku dan sejuk
  • potong coklat mengikut corak kuda belang 
  • lekatkan di atas kek yang sudah disapukan krim sehingga menjadi corak kuda belang



Cara Mudah Mencorak Kek

Corak Kek Marble


Bukan susah sebenarnya cara nak menghasilkan corak kek marble ni . Anda ikut sahaja panduan menghasilkan corak kek marble di bawah . Langkah - langkah yang perlu anda lakkan adalah 

  • adunan yang sudah siap , bahagikan kepada 3 bahagian
  • bahagian pertama anda tak perlu lakukan apa - apa . Biarkan saja .
  • bahagian kedua , anda masukkan pewarna merah dan gaul sebati
  • bahagian ketiga , anda masukkan coklat / serbuk koko cair . Gaul hingga sebati

Cara Mudah Mencorak Kek


Selepas semua langkah menghasilkan cora kek marbel di atas anda lakukan , anda perlu 
  • ambil loyang pembakar , sapukan butter atau letakkan kertas minyak
  • ambil satu senduk adunan yang tiada warna dan tuangkan di tengah loyang .
  • kemudain , mabil pula satu senduk adunan warna coklat dan tuangkan diatasnya perlahan - lahan .
  • selepas itu , tuangkan pula adunan berwarna merah .

Lakukan langkah di atas berulang sehingga loyang anda penuh . Selepas itu barulah dibakar . Selamat mencuba ya .







0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan