Featured
loading...

Cara Memilih Calon Suami


Setiap orang ada kreteria tertentu bila nak cari calon suami . Bermula dengan berkawan , boy friend pastu tunang . Bertunang tu dah jadi stage terakhir menilai calon suami . Kekadang kat stage ni pun sangkut dan terpaksa dileraikan demi kebahagiaan diri.


Cara Memilih Calon Suami


Cara Memilih Calon Suami


Kat sini Chinta turunkan beberapa tips yang korang mungkin boleh gunakan untuk memilih calon suami .


1- Boleh Kerjasama


Cari calon yang boleh bekerjasama dengan korang . Ini penting sebab memang letih kalau kita kena wat atau settlekan sorang - sorang sedangkan hidup bersama .


2- Bersahaja


Kemampuan calon bersikap bersahaja kat depan korang . tak kira la dari segi penampilan , berbicara , memberi reaksi pada persekitaran atau lainnya . Jangan cari yang control macho , mulut manis dan terlalu ambil kisah segalanya / cerewet . Nanti korang yang letih nak handle dia .

3. Keikhlasan


Gunakan gerak hati untuk baca keikhlasan calon nak hidup bersama kita . Bila calon itu atau kita dapat saling baca fikiran dan dapat duga perasaan dan reaksi satu sama lain pada waktu tertentu , terutama bila sakit atau hadapi masalah , maknanya dia pasangan yang cukup serasi dengan kita .

4. Selesa


Bila kita bersamanya , kita rasa tenang , selesa dan tak de perasaan tertekan malah tak de rasa bosan walaupun sudah berjam - jam bersama dia . Ada saja cerita yang kita nak kongsi dengan dia .


5. Susah Senang Bersama


Sanggup susah senang bersama kita . Dia boleh bersama kita dalam situasi apa pun ! Malah dia boleh faham situasi dalam hati kita , baik suka ataupun duka . Adakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kita dirundung masalah dan adakah dia faham bila emosi kita terganggu ataupun dia tahu apabila kita ditimpa kesakitan atau musibah .

6. Menerima Seadanya 


Calon itu tidak kisah dengan pengalaman masa lalu korang . Maknanya dia bersedia menerima korang seadanya !

7. Berkongsi Rahsia


Calon tidak teragak - agak berkongsi apa juga rahsia nya dan juga masalahnya dengan korang . Malah dia tak teragak - agak / lebih selesa untuk bercerita tentangnya . Pastikan juga dia calon yang boleh simpan rahsia korang . Bimbang lak kalau tak jadi , keluar semua cerita buruk kat internet . Bahaya beb !

8. Berkarisma


Dia berani jumpa keluarga korang dan berani menyatakan hasrat pada keluarga korang . Malah dia juga tak kisah kenalkan korang / dedahkan identiti korang pada ahli keluarganya . Sifat berani dan berkarisma inilah yang diperlukan dalam mencari calon suami seterusnya pasangan sehidup semati !



Tips Untuk Atasi Masalah Semasa Hamil


Walaupun Chinta ni belum berkahwin , tapi rasanya benda ni perlu kita tahu . Jadi , kalau dah hamil nanti tau la apa nak buat bila terpaksa melalui semua alahan dan masalah yang timbul .


Tips Untuk Atasi Masalah Semasa Hamil

Tips Untuk Atasi Masalah Semasa Hamil 


Semasa hamil selalunya para ibu akan melalui fasa yang sangat mencabar . Fasa ini selalunya berlaku di awal kehamilan sehingga masuk bulan ke-6 . Pada ketika ini para ibu hamil akan merasai pelbagai dugaan seperti dibawah ini dan perlu bersedia untuk melaluinya .

Berikut adalah tips yang para ibu boleh gunakan untuk atasi masalah semasa hamil .


LOYA


Bila korang tak lalu makan sebab loya , makan jer roti bakar dan biskut tawar . Kalau kat Korea , diorang makan oat nak hilangkan loya ( ni la kalau jadi  peminat tegar drama korea ... hahahaaa ) . Elakkan makan makanan yang baunya kuat . Korang juga boleh makan vitamin prenatal dan zat besi tambahan , kalau doktor bagilah . Kalau dah muntah tu kerap dan teruk sangat sampai jadi longlai , pi jer jumpa doktor ya .

PEDIH ULU HATI


Pertama sekali elakkan makan makanan pedas dan berminyak . Korang perlu kerap makan hidangan kecil macam biskut , roti . Pedih ulu hati ni ada kaitan dengan gastrik . Orang yang ada gastrik memang kena kerap makan tapi dengan jumlah yang kecil atau ringan . Korang digalakkan minum antara hidangan . Masa makan lak , korang kena duduk tegak . Kalau nak baring , kena la tunggu selepas 1 jam . Tunggu selepas 2 jam lak kalau nak exercise .

SEMBELIT


Perkara biasa bagi orang yang hamil . Sesekali mesti akan sembelit . Jadi , korang digalakkan makan roti , bijirin mil penuh  , oat , sayuran dan buahan ( makanan tinggi serat ) . Korang juga boleh la makan buah prun atau minum jus prun . Mesti banyak minum air . Rajinkanlah diri tu sikit wat senaman ringan ya . Kalau rasa kat usus tu ada benda bergerak , cepatlah gi tandas ... nanti tercicir lak ... hahahaaa

DIABETES GESTASI / TOLERANS GLUKOSA TERGANGGU 


Nak elak daripada perkara kat atas berlaku , korang kena sentiasa awasi perkembangan kehamilan dan paras gula dalam darah dengan pakar sakit puan dan pakar diet . Makanlah secara sihat sebab ia dapat kawal aras glukosa dan dapat gak pastikan yang pekembangan fetus adalah normal .

HIPERTENSI AKIBAT HAMIL


Sonang jo nak settle nih . Makan jer makanan / vitamin yang ada kalsium pada jumlah yang disarankan .



Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju


Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju | Kepada peminat keju , pelbagai masakan boleh anda campurkan dengan keju . Apatah lagi jika sarapan pagi bersama roti . Keju mengandungi kalsium yang sangat berguna kepada pembinaan tulang dan menguatkan gigi . Oleh itu , keju sangat sesuai untuk sarapan anak - anak .


Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju

Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju


Resepi ringkas untuk menu sarapan juga minum petang kali ini , 
Chinta berkongsi denga anda Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju .
Cara pembuatannya sangat mudah .


Berikut adalah bahan - bahan yang diperlukan

 Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju


Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju

* roti keping
* telur
*mozarella cheese
* serbuk origano
* butter

Langkah-langkah pembuatannya :


Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju

1- Ambil sekeping roti , gunakan sudu , 
tekan dibahagian tengah roti supaya menjadi seperti kawah .

Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju

2- Taburkan origano di atas roti
3- Pecahkan sebiji telur di atasnya .

Resepi Ringkas Roti Bakar Telur Berkeju

4- Taburkan mozarella cheese di sekeliling roti .
5- letakkan sedikit butter . Biarkan cair 
6- Letakkan roti dan tutup .
7- Biarkan sehingga telur masak dan keju keperangan .




Resepi Ringkas Cheese Rolls



Resepi Ringkas Cheese Rolls | Roti adalah sarapan yang paling ringkas dan mudah . Selalunya , roti keping gardenia menjadi pilihan untuk membuat sandwich atau sekadar disapukan jem , kaya atau dicelupkan k dalam telur sepruh masak juga air susu / milo / teh / dan sebagainya . 


Resepi Ringkas Cheese Rolls

Resepi Ringkas Cheese Rolls


Apa kata , kali ini cuba buat kelainan kepada roti keping yang ada di atas meja anda . 
Gunakan roti tersebut untuk membuat cheese rolls .
Bahan - bahan Resepi Ringkas Cheese Rolls yang perlu ada juga mudah seperti 
* roti keping
*kepingan keju
*sos

Berikut adalah langkah-langkah pembuatannya :


Resepi Ringkas Cheese Rolls

1- Dapatkan roti keping , potong bahagian tepinya .

Resepi Ringkas Cheese Rolls

2- letakkan kepingan cheese diatasnya . 
3- Kemudian gulungkan .

Resepi Ringkas Cheese Rolls

4- Goreng di atas pan dengan miyak yang sedikit .

Resepi Ringkas Cheese Rolls

5 - Siap untuk dimakan bersama sos .


Cara Mudah Pikat Hati Suami


Cara Mudah Pikat Hati Suami | Suami adalah satu - satunya tempat seorang wanita bergantung harap . Suami juga adalah seorang lelaki yang dipilih oleh seorang wanita untuk menjadi imam dalam rumahtangga yang dibina bersama . Suami juga adalah tempat seorang isteri untuk berkasih sayang dan menyemai bahagia . 




Cara Mudah Pikat Hati Suami



Cara Mudah Pikat Hati Suami


Rumah tangga yang anda bina bersama suami adakalanya bahagia , adakalanya juga diuji dengan pelbagai cabaran . Pun begitu , sebagai asam garam rumah tangga , anda perlu lalui dengan cekal dan redha . Kesibukan tugas serta tekanan hidup dan melayan kerenah anak - anak menjadikan anda dan suami adakalanya tiada banyak masa untuk bermesra dan bersembang dari hati ke hati . Ada cara yang anda boleh lakukan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan bersama suami seperti :

1.  HATI YANG TULUS DAN IKHLAS



Pertama sekali anda perlu ada hati yang tulus dan ikhlas melayan kehendak suami serta berusaha dengan menyerahkan hidup untuk berbakti pada suami sambil mengharap pahala Allah .

Apabila seorang perempuan menunaikan solat , puasa , memelihara kemaluannya dan berbakti , mentaati suaminya , dia akan masuk syurga . "       
( Riwayat ai - Bazzar )

2. PENAMPILAN MENARIK



Bila keluar rumah , berfesyen dan wajah bersolek indah . Bila di rumah muka pucat itu juga yang suami hadap hari - hari . Jadi , adalah lebih baik anda berpenampilan menarik untuk tatapan suami . Coletlah sikit lipstik dan powder kat muka tu . Berfesyen bila berpakaian di hadapan suami . Dalam rumah nampak aurat dan nak seksi pun tak apa . Lagi baik untuk tatapan suami sebenarnya .

" Sebaik - baik perempuan adalah yang menyenangkanmu apabila kau memandangnya , mentaatimu apabila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu apabila engkau tidak ada di rumah . "
( Riwayat Tabrani )

3. BERUSAHA SENYUM DAN SABAR 



Seboleh mungkin jangan menyakiti hati suami . Tak kira la masa tu tension dengan keje ke , sakit hati dengan orang ker , suami marah tak tentu pasal ke , anak meragam ker , badan tak sihat ker . Walau sekadar memasamkan muka pada suami sudah dikira nusyuz , begitulah kata ustaz zawawi yusuf . Sedekahkanlah senyuman itu pada suami kerana senyuman itu pengubat duka dan resah .

Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya . " 
( Riwayat Ibnu Majah )
Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia , melainkan bidadari calon isterinya ( di akhirat ) berkata , " Janganlah engkau sakiti dia , Allah membencimu . Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu , dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami . "
( Riwayat Ahmad )

4. BERI TNDAK BALAS POSITIF DI TEMPAT TIDUR 


Di kamar tidur hanya anda dan suami sahaja , janganlah malu untuk melakukan apa saja . Melayan kemahuan suami itu satu ibadah . Isteri mendapat pahala jika menggembirakan suami di tempat tidur apatah lagi jika dapat memberi kepuasan . Maka , berilah tindak balas positif pada suami apabila dia memberi isyarat .

5. TEKNIK BERSAMA SUAMI 



Ini yang paling mahal . Janganlah malu untuk belajar . Kalau anda malu untuk bertanyakan kepada orang yang rapat dengan anda , carilah sahaja di internet . Kalau berjaya lakukannya , insha Allah suami selalu melimpahkan cinta dan sayangnya untuk anda . Teknik bersama suami adalah satu keperluan di zaman ini memandangkan suami sudah menerima banyak pendedahan . Sudah tentu suami ingin juga merasa .

Teman Hidup


Suami adalah teman hidup isteri . Ini bermakna isteri perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi dunia rumahtangga bersama suami dalam segala aspek . Jangan ada rasa malu dan takut . Jadikan suami anda sebagai sahabat , teman , kekasih dan imam dalam kehidupan anda .



Makanan Ibu Hamil Untuk Otak Bayi Jadi Bijak



Makanan Ibu Hamil Untuk Otak Bayi Jadi Bijak | Kajian menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Pemakanan amat mempengaruhi kepintaran bayi sejak dalam kandungan dan juga selepas kelahiran. Oleh itu, untuk mendapatkan anak genius, rangsangan pemakanan harus mula seawal kehamilan. 


Makanan Ibu Hamil Untuk Otak Bayi Jadi Bijak

Makanan Ibu Hamil Untuk Otak Bayi Jadi Bijak


Ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan. Ia bermula dari dalam perut kemudian tercetus si minda. Berikut, jenis-jenis makanan yang boleh merangsang otak bayi yang digalakkan oleh Islam.


1) Madu:


Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam al-Quran dan dikatakan sebagai 'syifa' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'raja ubat' yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu. Madu juga mengandungi zat galian seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin dan ia dapat memberi tenaga. Amalkan makan madu dengan minum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis:


Ia dapat membentuk anak genius kerana kismis mengandungi zat besi yang berfungsi umtuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Cara makan kismis yang afdal adalah dengan menghadap kiblat, baca bismillah dan selawat kepada nabi tiga kali serta doa penerang hati. setelah itu, ambil kismis sebanyak tujuh biji sekali dan dimakan sebanyak tiga kali sehari iaitu 21 biji setiap hari.

3) Susu Segar:


Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. sabda Rasulullah, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum susu sekurang-kurangnya segelas pagi dan malam. Mulai dengan bacaan Bismillah.

4) Telur:


Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mempunyai kandungan protein, mineral, vitamin, laksium, magnesuim, fosforus, kalium, sulfur natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstra aktif. Memakan kuning telur dapat mengatasi masalah lemah tenaga fizikal dan mental. Telur yang terbaik dimakan untuk memberi kepintaran pada anak ialah telur ayam kampung.

5) Halia:


Halia sangat mujarab merawat masalah lupa. Halia dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa dijadikan manis-manisan yang direbus dengan gula. Ia perlu dimakan sedikit sahaja di waktu pagi.


6) Limau/Oren:


Limau dapat memberi kekuatan kepada daya fikiran.

7) Buah Delima:


Buah ini boleh menjadi penerang hati, sesuai dengan sabda Rasulullah, "Barangsiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.


8) Daging Burung Merpati:


Daging burung ini mempunyai protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori yang dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak selain membantu mempercepatkan pertuturan lebih awal dari biasa.

9) Daging Ayam:


Berbanding semua jenis daging, ayam mempunyai kadar zat pemakan paling tinggi dan berkhasiat dalam meningkatkan prestasi otak.


10) Daging Biri-Biri:


Dapat memberi kekuatan ingatan dan mampu memberi daya ingatan menghafal.

11) Kekacang:


Turut memberi kekuatan kepada perkembangan genius sejak dalam kandungan lagi. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak selain mengandungi nilai protein yang tinggi.


12) Buah Badam:


Makan buah badam dapat mempertingkatkan kecerdasan.

13) Labu:


Dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda, "Makanlah labu kerana ia memberi kecerdasan kepada akal serta meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran."


14) Sayur-Sayuran:



Sayur-sayuran dan buah-buahan membantu meningkatkan daya ingatan. 



Rekaan Kek Tunang Terkini


Rekaan Kek Tunang Terkini | Bila masuk musim cuti sekolah , bukan setakat banyak majlis perkahwinan , malah ramai juga yang hendak melangsungkan pertunangan . Maka teringatlah Chinta akan majlis pertunangan my abang satu masa dahulu . Oleh sebab dah lama tak buat majlis masa tu , jadi kami fikir pihak lelaki tak perlu beri kek pertunangan kepada pengantin perempuan . Akibatnya , si pengantin perempuan merajuk sebab tak ada kek .


Rekaan Kek Tunang Terkini

Rekaan Kek Tunang Terkini


Selalunya kalau nak mudah dan cepat , beli saja kek tunang yang sudah sedia ada di kedai . Tetapi sekiranya anda mahukan kek pertunangan anda ada kelainan dan mahu mereka kek tunang sendiri , rekaan kek tunang terkini sebagaimana di bawah mungkin dapat memberi anda inspirasi untuk mencetuskan idea mereka kek tunang yang lebih menarik .


Rekaan Kek Tunang Terkini



Rekaan Kek Tunang Terkini



Rekaan Kek Tunang Terkini



Rekaan Kek Tunang Terkini




Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak



Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak | Selama ini kita tidak pernah ambil tahu jika ada kesan disetiap posisi duduk pada anak-anak kita kerana kita tak pernah nampak kesan yang negatif atau memberi impak buruk kepada mereka . 


Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak

Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak


Duduk dalam posisi W merupakan satu posisi yang anak-anak sering lakukan ketika bermain malah kita juga orang dewasa ada melakukanna . Adakah duduk posisi W ini baik kepada kesihatan anak anda ?


Bila anak anda bermain dan mereka duduk dalam posisi selain duduk-w , ianya dapat membantu dalam melatih anak-anak untuk mengawal pergerakan tubuh badan. Ini secara langsung dapat membantu anak-anak di dalam perkembangan motor halus dan juga kedominanan tangan.


Duduk-W tidak digalakkan kepada anak-anak anda. memang tidak dinafikan anak anda secara natural akan duduk dalam kedudukan w ini, namun perlu diketahui bahawa duduk dalam posisi ini secara berlebihan akan menyebabkan masalah ortopedik kepada anak-anak.

Mengapa anak anda suka duduk dalam posisi ini?


Ketika bermain, anak anda lebih suka duduk dalam keadaan duduk-W kerana mereka rasa lebih stabil di dalam mengawal permainan , mencapai dan memanipulasi mainan. Tanpa mereka risau akan keseimbangan badan mereka.

Secara ringkasnya, duduk dalam posisi W akan menyebabkan beberapa keadaan berikut.

Menyebabkan dislokasi pinggul kepada anak-anak tertamanya yang mempunyai sejarah hip displasiaJika anak-anak mempunyai 'muslce tightness' duduk dalam keadaan w ini akan memburukkan lagi keadaan anak tersebut. Menghadkan perkembangan dalam manipulasi tangan dan dominan tangan

Bagaimana cara nak elakkan anak-anak duduk dalam posisi w?


Salah satu cara efektif untuk elak anak-anak ana duduk dalam posisi W adalah dengan mengelakkan supaya ianya tidak menjadi habit kepada anak anda. Perbetulkan kedudukan anak anda setiap kali mereka melakukannya.





Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan