loading...

Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak



Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak | Selama ini kita tidak pernah ambil tahu jika ada kesan disetiap posisi duduk pada anak-anak kita kerana kita tak pernah nampak kesan yang negatif atau memberi impak buruk kepada mereka . 


Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak

Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak


Duduk dalam posisi W merupakan satu posisi yang anak-anak sering lakukan ketika bermain malah kita juga orang dewasa ada melakukanna . Adakah duduk posisi W ini baik kepada kesihatan anak anda ?


Bila anak anda bermain dan mereka duduk dalam posisi selain duduk-w , ianya dapat membantu dalam melatih anak-anak untuk mengawal pergerakan tubuh badan. Ini secara langsung dapat membantu anak-anak di dalam perkembangan motor halus dan juga kedominanan tangan.


Duduk-W tidak digalakkan kepada anak-anak anda. memang tidak dinafikan anak anda secara natural akan duduk dalam kedudukan w ini, namun perlu diketahui bahawa duduk dalam posisi ini secara berlebihan akan menyebabkan masalah ortopedik kepada anak-anak.

Mengapa anak anda suka duduk dalam posisi ini?


Ketika bermain, anak anda lebih suka duduk dalam keadaan duduk-W kerana mereka rasa lebih stabil di dalam mengawal permainan , mencapai dan memanipulasi mainan. Tanpa mereka risau akan keseimbangan badan mereka.

Secara ringkasnya, duduk dalam posisi W akan menyebabkan beberapa keadaan berikut.

Menyebabkan dislokasi pinggul kepada anak-anak tertamanya yang mempunyai sejarah hip displasiaJika anak-anak mempunyai 'muslce tightness' duduk dalam keadaan w ini akan memburukkan lagi keadaan anak tersebut. Menghadkan perkembangan dalam manipulasi tangan dan dominan tangan

Bagaimana cara nak elakkan anak-anak duduk dalam posisi w?


Salah satu cara efektif untuk elak anak-anak ana duduk dalam posisi W adalah dengan mengelakkan supaya ianya tidak menjadi habit kepada anak anda. Perbetulkan kedudukan anak anda setiap kali mereka melakukannya.





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan