loading...

Tips Untuk Atasi Masalah Semasa Hamil


Walaupun Chinta ni belum berkahwin , tapi rasanya benda ni perlu kita tahu . Jadi , kalau dah hamil nanti tau la apa nak buat bila terpaksa melalui semua alahan dan masalah yang timbul .


Tips Untuk Atasi Masalah Semasa Hamil

Tips Untuk Atasi Masalah Semasa Hamil 


Semasa hamil selalunya para ibu akan melalui fasa yang sangat mencabar . Fasa ini selalunya berlaku di awal kehamilan sehingga masuk bulan ke-6 . Pada ketika ini para ibu hamil akan merasai pelbagai dugaan seperti dibawah ini dan perlu bersedia untuk melaluinya .

Berikut adalah tips yang para ibu boleh gunakan untuk atasi masalah semasa hamil .


LOYA


Bila korang tak lalu makan sebab loya , makan jer roti bakar dan biskut tawar . Kalau kat Korea , diorang makan oat nak hilangkan loya ( ni la kalau jadi  peminat tegar drama korea ... hahahaaa ) . Elakkan makan makanan yang baunya kuat . Korang juga boleh makan vitamin prenatal dan zat besi tambahan , kalau doktor bagilah . Kalau dah muntah tu kerap dan teruk sangat sampai jadi longlai , pi jer jumpa doktor ya .

PEDIH ULU HATI


Pertama sekali elakkan makan makanan pedas dan berminyak . Korang perlu kerap makan hidangan kecil macam biskut , roti . Pedih ulu hati ni ada kaitan dengan gastrik . Orang yang ada gastrik memang kena kerap makan tapi dengan jumlah yang kecil atau ringan . Korang digalakkan minum antara hidangan . Masa makan lak , korang kena duduk tegak . Kalau nak baring , kena la tunggu selepas 1 jam . Tunggu selepas 2 jam lak kalau nak exercise .

SEMBELIT


Perkara biasa bagi orang yang hamil . Sesekali mesti akan sembelit . Jadi , korang digalakkan makan roti , bijirin mil penuh  , oat , sayuran dan buahan ( makanan tinggi serat ) . Korang juga boleh la makan buah prun atau minum jus prun . Mesti banyak minum air . Rajinkanlah diri tu sikit wat senaman ringan ya . Kalau rasa kat usus tu ada benda bergerak , cepatlah gi tandas ... nanti tercicir lak ... hahahaaa

DIABETES GESTASI / TOLERANS GLUKOSA TERGANGGU 


Nak elak daripada perkara kat atas berlaku , korang kena sentiasa awasi perkembangan kehamilan dan paras gula dalam darah dengan pakar sakit puan dan pakar diet . Makanlah secara sihat sebab ia dapat kawal aras glukosa dan dapat gak pastikan yang pekembangan fetus adalah normal .

HIPERTENSI AKIBAT HAMIL


Sonang jo nak settle nih . Makan jer makanan / vitamin yang ada kalsium pada jumlah yang disarankan .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan