Cara Mudah Pikat Hati Suami
Cara Mudah Pikat Hati Suami | Suami adalah satu - satunya tempat seorang wanita bergantung harap . Suami juga adalah seorang lelaki yang dipilih oleh seorang wanita untuk menjadi imam dalam rumahtangga yang dibina bersama . Suami juga adalah tempat seorang isteri untuk berkasih sayang dan menyemai bahagia .
Cara Mudah Pikat Hati Suami
Rumah tangga yang anda bina bersama suami adakalanya bahagia , adakalanya juga diuji dengan pelbagai cabaran . Pun begitu , sebagai asam garam rumah tangga , anda perlu lalui dengan cekal dan redha . Kesibukan tugas serta tekanan hidup dan melayan kerenah anak - anak menjadikan anda dan suami adakalanya tiada banyak masa untuk bermesra dan bersembang dari hati ke hati . Ada cara yang anda boleh lakukan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan bersama suami seperti :
1. HATI YANG TULUS DAN IKHLAS
Pertama sekali anda perlu ada hati yang tulus dan ikhlas melayan kehendak suami serta berusaha dengan menyerahkan hidup untuk berbakti pada suami sambil mengharap pahala Allah .
( Riwayat ai - Bazzar )" Apabila seorang perempuan menunaikan solat , puasa , memelihara kemaluannya dan berbakti , mentaati suaminya , dia akan masuk syurga . "
2. PENAMPILAN MENARIK
Bila keluar rumah , berfesyen dan wajah bersolek indah . Bila di rumah muka pucat itu juga yang suami hadap hari - hari . Jadi , adalah lebih baik anda berpenampilan menarik untuk tatapan suami . Coletlah sikit lipstik dan powder kat muka tu . Berfesyen bila berpakaian di hadapan suami . Dalam rumah nampak aurat dan nak seksi pun tak apa . Lagi baik untuk tatapan suami sebenarnya .
( Riwayat Tabrani )" Sebaik - baik perempuan adalah yang menyenangkanmu apabila kau memandangnya , mentaatimu apabila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu apabila engkau tidak ada di rumah . "
3. BERUSAHA SENYUM DAN SABAR
Seboleh mungkin jangan menyakiti hati suami . Tak kira la masa tu tension dengan keje ke , sakit hati dengan orang ker , suami marah tak tentu pasal ke , anak meragam ker , badan tak sihat ker . Walau sekadar memasamkan muka pada suami sudah dikira nusyuz , begitulah kata ustaz zawawi yusuf . Sedekahkanlah senyuman itu pada suami kerana senyuman itu pengubat duka dan resah .
( Riwayat Ibnu Majah )" Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya . "
( Riwayat Ahmad )" Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia , melainkan bidadari calon isterinya ( di akhirat ) berkata , " Janganlah engkau sakiti dia , Allah membencimu . Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu , dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami . "
4. BERI TNDAK BALAS POSITIF DI TEMPAT TIDUR
Di kamar tidur hanya anda dan suami sahaja , janganlah malu untuk melakukan apa saja . Melayan kemahuan suami itu satu ibadah . Isteri mendapat pahala jika menggembirakan suami di tempat tidur apatah lagi jika dapat memberi kepuasan . Maka , berilah tindak balas positif pada suami apabila dia memberi isyarat .
5. TEKNIK BERSAMA SUAMI
Ini yang paling mahal . Janganlah malu untuk belajar . Kalau anda malu untuk bertanyakan kepada orang yang rapat dengan anda , carilah sahaja di internet . Kalau berjaya lakukannya , insha Allah suami selalu melimpahkan cinta dan sayangnya untuk anda . Teknik bersama suami adalah satu keperluan di zaman ini memandangkan suami sudah menerima banyak pendedahan . Sudah tentu suami ingin juga merasa .
Teman Hidup
Suami adalah teman hidup isteri . Ini bermakna isteri perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi dunia rumahtangga bersama suami dalam segala aspek . Jangan ada rasa malu dan takut . Jadikan suami anda sebagai sahabat , teman , kekasih dan imam dalam kehidupan anda .
0 comments:
Post a Comment