loading...

Bilik Tidur Pengantin Yang Menawan


Bilik Tidur Pengantin Yang Menawan | Bismillah . Pengantin memang sinonim dengan bilik tidur pengantin selain pelamin . Boleh jadi sakit kepala bila nak menghias bilik tidur pengantin yang menawan dalam masa yang singkat sahaja . Internet adalah tempat yang paling mudah untuk membuat rujukan .


Bilik Tidur Pengantin

Bilik Tidur Pengantin Yang Menawan


Bilik tidur pengantin merupakan satu - satunya tempat yang tetamu akan teruja untuk melihatnya selain dari pelamin . Chinta juga pasti mahu melihat hiasan bilik pengantin bila menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat . Bilik tidur pengantin dianggap sebagai satu simbolik kepada bermulanya sebuah kehidupan baru bagi pasangan pengantin . Oleh itu , untuk menghasilkan Bilik Tidur Pengantin yang menawan bukanlah sesuatu yang mudah .


Bilik Tidur Pengantin

Fokus Utama 


Apabila anda menghias bilik tidur pengantin yang menawan , perkara utama yang perlu anda fokuskan adalah apa yang tetamu atau anda sendiri akan lihat bila pintu bilik dibuka . Fokus utama sudah tentu pada katil pengantin dan kepala katil pengantin itu sendiri . Chinta cadangkan anda fokuskan hiasan pada kepala katil . Hiasan kepala katil pengantin pula mestilah lebih menarik berbanding di tempat lainnya .


Bilik Tidur Pengantin

Pilihan Warna


Pilihan warna untuk bilik pengantin yang menawan , kalau boleh harus ada warna putih . Kerana warna putih itu melambangkan kesucian . Malah warna putih dapat menaikkan lagi seri bilik pengantin anda apabila dikombinasikan dengan warna lainnya . Bagi warna lainnya , terpulanglah kepada citarasa anda . Kalau anda mahukan bilik pengantin anda kelihatan lebih menawan , gunakan hanya dua warna sahaja iaitu warna putih dan warna lain yang anda suka . Warna itu anda aplikasikan sama ada pada cadar , kepala katil dan juga tingkap . Elakkan penggunaan lebih dari tiga warna .


Bilik Tidur Pengantin

Penggunaan Aksessori


Lampu adalah elemen yang penting untuk mewujudkan cahaya atau suasana yang romantik . Tetapi lampu di bilik pengantin janganlah terlalu terang cahayanya . Perlu ada cahaya yang samar  - samar walau apa pun warna cahaya itu . Penggunaan bunga untuk bilik pengantin yang menawan pula biarlah yang ringkas atau tidak berlebiha - lebihan . Tidak dapat dinafikan , kewujudan bunga sebagai hiasan akan dapat menyuntik elemen seri kepada bilik pengantin itu sendiri . Pilihan warna bunga pula haruslah tidak lari dari tema serta warna yang anda pilih untuk bilik pengantin yang menawan .



Bilik Tidur Pengantin


Antara DIY dan Menyewa


Chinta lebih suka jika membuatnya sendiri ( DIY ) kerana itu lebih menjimatkan berbanding menyewa . Sejak dulu , sama ada kakak atau abang berkahwin , kami membuatnya sendiri kerana ianya mudah dan cepat apatah lagi dengan bantuan ramai adik beradik . Hasilnya bukan sekadar memusakan hati malah bilik tidur pengantin kelihatan lebih menawan .

DIY ( Do It Yourself )

  • anda perlu mencari segala materialnya sendiri 
  • merujuk kepada internet untuk mencari rekaan
  • memerlukan bantuan dari ahli keluarga
  • menjimatkan kos 
  • anda boleh gunakan selama mana anda mahukan walaupun berbulan - bulan .

Menempah / Menyewa

  • anda hanya perlu menyediakan RM
  • anda hanya boleh gunakan selama 2 hari 1 malam
  • RM anda terbang hanya untuk 2 hari 1 malam
  • selepas menyewa , anda hanya tidur dibilik biasa walaupun anda masih berstatus berbulan madu .

Bilik Tidur Pengantin


Antara kedua - dua cara itu , Chinta cadangkan anda buat sahaja sendiri untuk dapatkan ( DIY hiasan bilik pengantin yang menawan . Bukan sahaja lebih menjimatkan , anda boleh buat ikut rekaan yang anda mahukan , malah anda boleh gunakannya selama mana anda inginkan walaupun mungkin menjangkau setahun .

Sekiranya majlis kahwin diadakan dirumah ibu bapa dan selepas majlis , anda tinggal dirumah anda sendiri , anda boleh buka segala material itu dan aplikasikan dibilik tidur rumah anda sendiri . 

Maka bolehlah anda bersama pasangan menikmati bilik tidur pengantin yang menawan selama yang boleh . Anda juga digalakkan menjadikan bilik tidur anda sama seperti bilik tidur pengantin yang menawan untuk bangkitkan suasana " bilikku syurgaku " .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan