Lelaki Yang Tak Boleh Masuk Syurga
Lelaki Yang Tak Boleh Masuk Syurga | Mungkin ada antara para isteri / anak perempuan yang tak perasan . Juga si suami / ayah yang sering pandang remah . Maklumlah , perkara itu perkara biasa bagi mereka . Lihat sahaja di media sosial , macam - macam gelagat dan perangai yang anda dapat lihat .
Lelaki Yang Tak Boleh Masuk Syurga
Memang mudah bagi lelaki masuk syurga kerana tidak banyak perkara yang perlu dijaga tetapi lelaki sangat mudah masuk neraka bila tidak menjaga dua perkara .
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak " lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : " IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
1- Adalah dayus bagi seorang suami bila isteri ;
Tidak menutup aurat dengan sempurna bila berada di luar rumah , bersolek ( bukan untuk suami ) , memperlihatkan bentuk tubuh bila berpakaian , menceritakan perihal rumahtangga dengan bangga , tidak menggunakan mulutnya untuk tujuan yang baik , bersama lelaki yang bukan mahramnya di luar tuntutan kerja , membiarkan lelaki lain menyentuhnya walau untuk tujuan membantu membiarkan isteri dirawat dengan bantuan doktor lelaki sedangkan boleh pilih doktro perempuan , tiada rasa cemburu bila melihat isteri bergurau senda dengan lelaki bukan mahramnya .
2- Dayus bagi seorang bapa bila membenarkan anak gadisnya ;
Tidak menutup aurat dengan sempurna , memperlihatkan bentuk badan bila berpakaian , bersembang dan bergurau senda dengan bukan mahramnya , bersosial tanpa batasan , berada dalam kenderaan bersama lelaki bukan mahram , menyertai pertandingan , realiti show yang disaksikan oleh ramai orang , bersentuhan dengan bukan mahramnya walaupun sekadar sepupu , membenarkan dirawat oleh doktor lelaki sedangkan anda boleh mendapatkan doktor wanita .
Sebenarnya banyak lagi . Maka para lelaki , syurga dan neraka itu pilihan anda sendiri . Ketahuilah wahai lelaki , wanita ini boleh membawamu ke syurga juga ke neraka . Maka , tepuklah dada , tanya iman dan hati , yang mana pilihan hati ...
Wanita , jika kamu menyanyangi lelaki kamu , permudahlanlah mereka melangkah ke syurga . Sudah tentu kamu juga akan di bawa bersama ...