Tanda-tanda Kanser Serviks
Tanda-tanda Kanser Serviks | Kanser serviks hanya berlaku pada wanita . Pun begitu , tak ramai wanita diluar sana terutama yang masih muda , ambil tahu tentang penyakit kanser serviks . Apa tanda-tanda kanser serviks, bila boleh dapat kanser serviks dan bahaya kanser serviks juga diabaikan .
Kanser Serviks
Kanser servik berlaku di pangkal rahim , tempat yang membolehkan janin berkembang . Walaupun kanser servik ambil masa bertahun untuk berkembang , kita tak boleh ambil mudah . Di negara barat , anak - anak gadis mengambil ujian PAP SMEAR seawal umur 15 tahun .
Tanda-tanda Kanser Serviks
Bila anda dapati terdapat tanda-tanda berikut berlaku pada diri anda , itu bermakna anda mungkin penghidap kanser serviks .
1. Lelehen faraj berair dan berbau busuk .
2. Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks .
3. Berlaku pendarahan antara haid atau selepas melakukan hubungan seks .
4. Sebarang pendarahan dari faraj selepas putus haid .
Punca
Hakikat zaman sekarang ini , ramai anak gadis melakukan seks pada usia muda . lebih membimbangkan lagi apabila mereka melakukan seks atas dasar suka sama suka . Selain itu mereka juga melakukan seks lebih kerap dari yang sepatutnya . Situasi ini sangat mudah menjadikan mereka terdedah bukan sahaja terhadap kanser serviks , malah penyakit kelamin juga .
Walaupun melakukan bersama suami , kebarangkalian dapat kanser servik tetap tinggi . Ini boleh berlaku bila perkahwinan itu berlangsung pada usia yang muda seperti pada usia 19 tahun . Kebarangkalian kena kanser serviks lebih besar bila kerap mengadakan hubungan seks .
Selain itu , mempunyai pasangan seks yang ramai , tabiat seks , jangkitan virus ' Human Papilloma ' , tak jaga kebersihan pada alat sulit dan tabiat menghisap tembakau juga menjadi faktor penyumbang kepada kanser serviks .
Jika tanda - tanda kanser serviks di atas ada pada anda , dapatkanlah rawatan dengan segera . Jangan malu , jika tidak pasti anda yang derita nanti .