Featured
loading...

Kombinasi Warna Yang Sepadan Hias Rumah


Kombinasi Warna Yang Sepadan Hias Rumah | Rumah merupakan tempat terpenting bagi semua orang . Sebab itu wujud tagline rumahku syurgaku . Di rumahlah tempat untuk kita mencari ketenangan , bergembira dan mencipta bahagia bersama keluarga juga tempat mencari ilham . Pun begitu , ada juga segelintir dari kita yang menjadikan rumah sebagai hotel kerana kesibukan bekerja .


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah

Warna


Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh kita temui bermula dari warna asas seperti hitam , putih , biru , merah , kuning dan lainnya sehinggalah warna campuran yang menghasilkan pelbagai jenis tone warna . Anda boleh sahaja memilih warna yang terang , gelap , lembut atau juga yang cair mengikut citarasa dan kesesuaian .


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Warna Yang Sepadan Hias Rumah


Apabila anda mahu menghias rumah , selain dari dekorasi rumah , kombinasi warna untuk hias rumah adalah penting untuk membangkitkan seri rumah anda . Jika anda menggunakan warna yang sama di setiap pelusuk rumah anda , ianya akan kelihatan kaku dan tak bermaya . Berikut adalah kombinasi warna yang anda boleh gunakan untuk menghias rumah anda .


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Kombinasai Warna Yang Sesuai Untuk Hias Rumah


Ruang Tamu Gaya Minimalis


Ruang tamu gaya minimalis | Ruang tamu adalah tempat kedua yang kita utamakan dan perlukan keselesaan selepas bilik tidur . Bila tetamu datang , ruang tamu adalah tempat untuk mereka dan tuan rumah beramah mesra . Ruang tamu juga merupakan jantung bagi sebuah rumah . Jika indah ruang tamunya , maka indahlah keseluruhan rumah tersebut .


Ruang Tamu Gaya Minimalis


Ruang Tamu Gaya Minimalis


Ruang Tamu gaya minimalis adalah antara seni deko yang paling digemari kebanyakan pereka hiasan dalaman juga pengguna . Gaya minimalis membawa maksud anda menggunakan perabot serta perhiasan yang sangat minima . 


Ruang Tamu Gaya Minimalis

Kelebihan Gaya Minimalis


Gaya minimalis menjadi pilihan ramai dewasa ini adalah kerana penggunaan perabot yang ringkas . Selain itu , penggunaan aksesori juga sangat sedikit . Gaya hidup moden yang mengejar masa menjadikan gaya minimalis ini adalah pilihan terbaik kerana mudah diurus . Ruang tamu rumah yang terhad menjadikan gaya minimalis ini jadikan suasana ruang tamu lebih luas dan selesa .

Ruang Tamu Gaya Minimalis


Ruang Tamu Gaya Minimalis


Ruang Tamu Gaya Minimalis


Ruang Tamu Gaya Minimalis


Ruang Tamu Gaya Minimalis


Kenaikan harga barang serta kuasa beli yang terhad menjadikan ruang tamu gaya minimalis adalah yang paling sesuai diadaptasikan diruang tamu rumah anda . Malah ruang tamu rumah bandar yang terhad sudah tentu membuat anda tiada banyak pilihan . Apa yang lebih penting adalah bagaimana anda menghias supaya ianya kelihatan lebih indah dipandang dan selesa untuk berehat .



7 Perkara Perlu Buat Bila Bercinta


7 Perkara Perlu Buat Bila Bercinta | Bercinta adalah saat indah yang setiap manusia lalui dalam hidup . Segala perkara yang dilakukan terasa indah . Jika boleh , setiap hari mahu bersama , lakukan aktiviti juga bersama .


7 Perkara Perlu Buat Bila Bercinta


7 Perkara Perlu Buat Bila Bercinta


Bila sebut bercinta , automatik kita akan berfikir tentang pasangan muda mudi atau lebih mudah pasangan yang belum berkahwin . Sebagai orang Islam , banyak perkara yang perlu dielak daripada berlaku semasa bercinta untuk mengelak dari berlakunya keterlanjuran . Antaranya :

1. JANGAN GADAI BODY 


Bila bercinta ni ibarat DUNIA NI korang yang punya . Maklumlah " CINTA ITU BUTA " . Nak buta pun biarlah mata jer , HATI tu kena buka besar - besar ya . Jangan kerana cinta , IKUT JER apa yang si dia nak . Mesti ada maruah . JANGAN SAMPAI TERGADAI BODY . Kalau betol dia sayangkan korang , CONFIRM DIA HORMAT KEPUTUSAN KORANG . TAK DE PAKSA - PAKSA .

2. JANGAN SERAH CINTA TU 100% 


Nanti kalau PUTUS TENGAH JALAN korang juga yang meraung . Simpan sikit cinta itu untuk ALLAH , IBU BAPA DAN DIRI SENDIRI . Lebih baik kalau SAYANG DIRI SENDIRI LEBIH DARIPADA SEGALANYA  sebab apa pun keputusan yang korang buat , korang tentu lebih utamakan diri sendiri dulu .

3. SIMPAN BAHAGIA UNTUK SUAMI SAHAJA 


Tak jadi masalah kalau korang nak GEMBIRA SAKAN BILA DI LAMUN CINTA  . Gembira kat sini bukan bermakna berseronok . Ish , nanti lain lak jadinya . Bahaya tau . Cukuplah suka kat si dia sebab buat kita gembira dan faham kita . Kalau jodoh tak panjang tak la terkilan sangat .

4. JANGAN TERTIPU DENGAN KEBAHAGIAAN YANG DIPAMERKAN


Bila dah kahwin nanti barulah korang tau apa sebenarnya bahagia . Sebelum kahwin tu hanyalah keseronokan sebab belum ada tanggungjawab . Hidup masa bujang tak de orang leh kawal . Bebas nak buat apa saja .

5. KORANG PERLU PANDU DIA UNTUK JADI LEBIH BAIK


Seorang suami / isteri yang hebat sebab  ADA SUAMI / ISTERI YANG HEBAT DIBELAKANGNYA . Jangan push dia untuk jadi macam mana yang korang nak . Tapi pandu dan didik lah dia untuk jadi lebih baik sesuai dengan kehendak Islam dan korang sendiri . Kalau benar dia sayang kita , insya Allah , dia akan dengar teguran kita .

6. MEMBINA KESERASIAN 


Perlu ada tolak ansur dan saling bekerjasama serta saling hormat menghormati . Kadang - kadang PENDAPAT BERCANGGAH . Memang susah nak capai kata sepakat . Asalkan perkara itu boleh DIUBAH IKUT KESESUAIAN DAN DAPAT PERSETUJUAN BERSAMA , itu dah memadai .

7. BERCINTA GUNA OTAK BUKAN GUNA PERASAAN 


Kalau bercinta guna otak , kita akan PERTIMBANGKAN SETIAP PERKARA  SEBELUM BUAT KEPUTUSAN  ATAU BERSETUJU dengan kata - kata , pandangan atau permintaan si dia . Hati kita MUDAH CAIR DAN MENGALAH bila ikut rasa cinta kita pada dia . Pada masa tu kita akan bersetuju saja tanpa banyak berfikir . Kalau tak memudaratkan / menyusahkan diri sendiri , tak mengapa . Bila dah menyusahkan diri sendiri , pasti akan susahkan orang lain juga termasuklah ibu bapa kita .


Semasa bercinta , kenalah BERPIJAK DI BUMI NYATA . Jangan ikut pepatah , MAKAN TAK KENYANG , TIDUR TAK LENA . Bimbang nanti hanyut dalam keinginan dan kebutaan hati sendiri . pada masa tu korang gak yang TERKULAI ... sob sob sob ... 



Resepi Ringkas Nutella Brownies


Resepi Ringkas Nutella BrowniesBrownies adalah makanan berasaskan coklat . Tanpa coklat tak jadilah brownies . Browies ni berasal dari Amreika Syarikat pada abad ke 19 dan dipopularkan di Amerika Syarikat dan Kanada pada pertengahan abad ke 20 .

Sejarah Brownies


Pada tahun 1893 , brownies mula diperkenalkan kepada khalayak umum dalam sebuah pameran yang dinamakan sebagai Colombian Exposition bertempat di Illinois , Chicago . Pada ketika itu , seorang tukang masak dari Hotel Palmer House telah membuat innovasi kuih . Beliau melakukan atas permintaan pemilik hotel , Bertha Palmer yang mahukan pencuci mulut untuknya juga tetamu perempuan lainnya . Kuih itu perlulah lain dari yang lain dan dipotong kecil supaya mudah di makan .

Resepi Ringkas Ramadhan - Nutella Brownies


Resepi Ringkas Nutella Brownies


Nutella merupakan jem yang biasa disapukan pada roti . Nutella juga berasaskan coklat seperti brownies . Bila Nutella ditemukan dengan brownies , maka sudah tentu kelazatan rasa coklat itu berganda di dalam mulut anda . Nutella brownies pula adalah kek cawan yang terhasil dari gabungan nutela dan coklat .


Resepi Ringkas Ramadhan - Nutella Brownies


Cara Membuat Nutella Brownies


Untuk menghasilkan Nutella brownies , anda hanya perlukan
  • 1 cawan Nutella
  • 10 sudu besar tepung
  • 2 biji telur
Setelah ketiga - tiga bahan di atas anda sediakan , campurkan kesemuanya di dalam sebuah mengkuk dan gaul hingga sebati . Selepas itu , masukkan ke dalam acuan kek cawan dan bakar . Sangat mudah bukan resepi Nutella brownies .


Resepi Ringkas Ramadhan - Nutella Brownies


Nutella Brownies Hidangan Santai


Nutella brownies boleh sahaja dihidangkan ketika makan petang juga majlis koktil atau sambutan harijadi . Penyediaannya yang ringkas serta mudah menjadikan ianya pilihan utama . Nutella brownies hidangan santai yang sesuai untuk anda bersama keluarga juga teman - teman .



Resepi Ringkas Muffin Kentang



Resepi Ringkas Muffin Kentang | Kentang merupakan makanan asasi penduduk Eropah . Sekarang , kentang sudah menjadi hidangan di merata dunia . Kentang mengandungi karbohidrat seperti juga nasi dan tepung gandum . Bagi sesiapa yang jemu makan nasi dan malas nak mengadun tepung , kentang boleh dijadikan alternatif gantian kepada sumber karbohidrat di dalam hidangan anda .


Resepi Ringkas Ramadhan - Muffin Kentang

Hidangan Kentang


Kentang merupakan sumber karbohidrat yang boleh dipelbagaikan resepi masaknnya . Jika di Eropah , kentang lecek , pai kentang , stew kentang adalah antara menu hidangan seharian mereka . Di Malaysia pula , kentang hanyalah bahan sampingan di dalam sup , karipap dan sayur goreng . Kemodenan hidup telah menyebabkan citarasa selera rakyat Malaysia juga turut berubah untuk menggemari pelbagai resepi kentang .  


Resepi Ringkas Ramadhan - Muffin Kentang

Resepi Ringkas Muffin Kentang


Hari ini , CM nak berkongsi resepi muffin kentang yang mudah untuk anda sediakan . Langkah yang perlu anda lakukan adalah :

  • merebus kentang hingga separuh masak 
  • parut kentang 
  • masukkan hirisan daun saleri , bawang besar , bawang putih , cili padi , udang , telur dan garam
  • gaul hingga sebati
  • masukkan ke dalam tray muffin
  • taburkan cheese jika suka
  • bakar hingga kekuningan .


Resepi Muffin Kentang

Hidangan Ringkas




Hindangan mufin kentang ini ringkas dan mudah untuk disediakan . Sangat sesuai untuk anda hidangkan di petang hari , ketika sarapan dan hidangan picnic di tepi pantai , di taman juga di air terjun . Malah sesuai juga dijadikan hidangan potluck dan hidangan sambutan harijadi .



Cara Memilih Isteri Menurut Islam


Cara Memilih Isteri Menurut Islam | Islam adalah panduan yang amat tepat dalam kehidupan termasuk juga perkahwinan . Jika anda menjadikan Islam sebagai landasan dalam melayari bahtera perkahwinan , insah Allah , anda tidak akan tersasar dari apa yang anda inginkan .


Cara Memilih Isteri Menurut Islam

Peranan Isteri


Peranan isteri begitu penting dalam Islam . Isteri menguruskan segala hal rumahtangga yang diamanahkan . Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya , isteri perlu menjaga kepentingan makan minum keluarga , mengandung dan mendidik anak - anak , selain menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya .

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Dunia ialah perhiasan dan sebaik - baik perhiasan ialah wanita solehah . "

Cara Memilih Isteri Menurut Islam


Justeru itu terdapat beberapa cara memilih isteri menurut Islam dan juga syarak . Antaranya :

1- Taat Pada Agama


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :

" Dinikahi perempuan itu kerana hartanya , dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya , maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan . "

Oleh itu , utamakanlah pemilihan isteri yang taat pada agama seperti suka beribadat , menutup aurat dan lain - lain melebihi yang lain seperti harta kekayaan , nasab keturunan dan rupa paras yang menawan .

2- Memiliki Akhlak Dan Dari Keturunan Yang Baik


Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik - baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah s.w.t. Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni , saling kasih mengasihi dan hormat - menghormati antara suami dan isteri .

3- Subur Dan Berpotensi Melahirkan Ramai Anak


Rasulullah s.a.w. akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertaqwa . 

Justeru itu , amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai . Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak - anak saudara perempuan dan juga saudara - saudara perempuannya yang terdekat .

4- Sekufu Dan Hampir Sekufu


Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumahtangga ialah faktor ekonomi , pelajaran dan dari segi umur . Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri . Seelok - eloknya ialah 5 tahun lelaki lebih tua dari wanita .

Namun apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi dan juga taraf ekonomi yang lebih baik , maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri pada suaminya .

5- Masih Gadis Atau Anak Dara


Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam memilih isteri daripada kalangan gadis , bukan janda , sesuai dengan nasihat Baginda s.a.w. kepada seorang sahabat , Jabir r.a. Kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua - dua belah pihak .

6- Bukan Dari Keluarga Terdekat


Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan dari kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu . Antaranya sebabnya adalah mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak .



Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak | Anak - anak walaupun masih kecil , mereka jupa perlukan hiasan dan suasana bilik yang sesuai untuk mereka rasa selesa dan seronok bila berada di dalamnya . 


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Bilik Kanak - Kanak


Bilik kanak - kanak perlukan rekaan dan hiasan yang ringkas supaya mudah si ibu mengemas . Selain itu , bilik kanak - kanak perlukan ruang kosong yang besar supaya mereka boleh bermain di dalamnya dengan selesa . Pilihan warna selalunya mengikut jantina anak dan berwarna lembut sesejuk mata memandang .


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Banyak pilihan untuk warna dan deko bilik kanak - kanak yag anda boleh fikirkan dan pilih . Anda tak perlu peningkan kepala sebab Chinta brikan beberapa contoh di bawah ini .


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Warna Dan Deko Bilik Kanak - Kanak


Prosedur Memohon Nak Angkat


Prosedur Memohon Nak AngkatRamai keluarga yang tidak mempunyai anak berhasrat mahu mengambil anak angkat . Pun begitu , pengambilan anak angkat zaman ini tidaklah semudah zaman dahulu . Zaman dahulu , ibu bapa angkat hanya perlu ambil anak tersebut daripada ibu bapanya kemudian hebahkan kepada orang kampung , sahabat handai dan saudara mara . Tujuan memperkenalkan anak angkat tersebut adalah untuk mengelakkan daripada fitnah dan umpat keji masyarakat .


Prosedur Memohon Anak Angkat

Anak Angkat


Berbeza zaman sekarang , pengambilan anak angkat perlulah mengikut prosedur memohon anak angkat yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat . Tujuannya adalah untuk memudahkan anak angkat tersebut melalui proses pendaftaran sekolah , rawatan kesihatan , insurance dan lainnya dengan adanya surat pengesahan pengambilan anak angkat .

Prosedur Memohon Anak Angkat


Tujuan kebenaran pengambilan anak angkat adalah untuk memberi peluang kepada seseorang atau pasangan suami-isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul .
Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 253) , anak angkat bermaksud : 

Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anak mereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan .

Untuk mengambil anak angkat , prosedur memohon anak angkat perlulah dilakukan . Antaranya , ibu bapa angkat perlu tahu syarat - syarat pengambilan anak angkat yang telah ditetapkan , memiliki semua dokumen yang diperlukan untuk mengambil anak angkat serta sudah bersedia secara fizikal dan mental untuk mengambil tindakan selanjutnya .

Syarat - Syarat Memohon Anak Angkat

  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia. 
  • Berusia 25 hingga 60 tahun.
  • Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas). 
  • Bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau 
  • kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga boleh dipertimbangkan permohonannya. 
  • Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia. 
  • Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur di antara pemohon dan kanak-kanak  mestilah lebih 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja. 
  • Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga. 
  • Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal. 
  • Bebas dari rekod kesalahan jenayah. 
  • Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat. 
  • Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

Dokumen Yang Diperlukan


Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk proses pengambilan anak angkat .
  1.     Gambar ukuran pasport (suami/isteri).

   2.     Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
           Sila klik untuk muat turun 

   3.     Salinan kad pengenalan (suami/isteri).

   4.     Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.

   5.     Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).

   6.     Lain-lain dokumen sokongan, contoh: laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan            sebagainya.

Setelah lengkap segala dokumen pengambilan anak angkat yang diperlukan seperti di atas , anda boleh membuat permohonan pengambilan anak angkat secara online atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermaustautin atau tinggal .

Malah lebih mudah sekiranya anda pergi terus ke Pejabat Pendaftaran Negara dengan syarat anda telah menjaga anak angkat anda selama 2 tahun atau lebih bersama bukti sijil kelahirannya .

Pejabat Kebajikan Masyarakat


Sekiranya anda berurusan dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat , permohonan pengambilan anak angkat yang telah lengkap akan diproses dan sesi temu duga akan dijalankan oleh PKMD/J.

Perkara - Perkara Yang Akan Dibincangkan Di Dalam Sesi Temuduga


 1.   Menilai latar belakang sosial pemohon. 
 2.   Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara. 
 3.   Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara. 
 4.   Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952, Adoption Ordinance (Sarawak Cap 91 (Ammendment 2002) dan The Adoption (Central Registry) Regulations 1960 serta Adoption Ordinance 1960 (Sabah No. 23 of 1960) yang mana bersesuaian . 

 Permohonan Yang Diterima Di peringkat Ibu Pejabat JKM



 1.   Permohonan anak pelihara yang diterima akan dipertimbangkan oleh Pengarah Bahagian Kanan-Kanak. 

 2.   Semua permohonan anak angkat akan dihubungi menerusi surat berhubung status permohonan mereka. 

 3.   Permohonan anak angkat yang dipertimbangkan akan didaftarkan ke dalam senarai menunggu bagi tempoh setahun (1 tahun) dari tarikh surat pertimbangan dikeluarkan. 

 4.   Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat akan menawarkan anak pelihara kepada pemohon yang telah diletakkan di dalam senarai menunggu setelah Mesyuarat Panel Penempatan  Anak Pelihara bersidang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Bahagian Kanak-Kanak
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Telefon : 03-8323 1000

Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN )


Malah lebih mudah sekiranya anda pergi terus ke Pejabat Pendaftaran Negara dengan syarat anda telah menjaga anak angkat anda selama 2 tahun atau lebih bersama bukti sijil kelahirannya .

Ada 3 jenis borang yang ada perlu isi di JPN


1- Borang Perihal Kanak - Kanak , Ibu Dan Bpa Angkat

2- Borang Penyerahan

3- Borang Penerimaan

Dokumen yang anda perlukan ketika menghantar borang permohonan ;


1- Surat beranak asal kanak-kanak dan mykid sekiranya ada 

2- Kad Pengenalan

3- Surat beranak asal kanak - kanak dan mykid sekiranya ada


Semoga semua maklumat di atas dapat membantu anda yang memerlukan / dalam proses mengambil anak angkat .





Smart Start Elak Cerai ?


Smart Start Elak Cerai ? | Penceraian merupakan perkara yang sudah lazim berlaku di zaman ini . Banyak faktor yang menyumbang kepada sebuah penceraian . Walaupun banyak cara yang boleh dilakukan untuk elak cerai , bagi pasangan yang berada di dalamnya , mereka juga ada banyak sebab untuk bercerai . Elak cerai sudah tidak boleh dilakukan lagi .


Smart Start Elak Cerai ?

Smart Start Elak Cerai ?


Atas sebab itulah , ' Smart Start '  dicadangkan supaya kadar penceraian di negara ini dapat dikurangkan . Persoalannya , mampukah smart start elak cerai ?  Untuk pengetahuan pembaca , Smart Start adalah kursus yang sudah lama dijalankan tetapi hanya dihadiri secara sukarela dan akan diwajibkan bagi semua pasangan yang ingin berkahwin selewat - lewatnya sebelum akhir tahun 2015 .

" Modul ini telah dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sejak Mei 2003 untuk semua kaum bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru berkahwin atau yang akan berkahwin . "


Sikap Dan Perangai Pasangan



Bagi Chinta , walau banyak mana pun kursus dianjurkan , walau ramai mana pun pasangan yang menghadirinya , penceraian tetap berlaku . Setiap pasangan yang akan berkahwin selalunya akan memikirkan perkara yang indah - indah bersama bakal pasangannya . Apabila memasuki alam rumahtangga , banyak perkara yang akan berbangkit terutama soal keserasian sikap dan perangai pasangan masing - masing . 

Sudah tentu akan ada banyak kejutan , percubaan untuk menerima kelemahan pasangan seadanya . Akan wujud juga antara kehendak hati dan perasaan sayang . Tetapi selalunya desakan keperluan itu melebihi perasaan cinta masa sebelum kahwin . Inilah realitinya .

Smart Start tidak akan tahu apa masalah sebenar pasangan tersebut juga rumahtangga mereka . Selalunya sikap dan perangai pasangan yang menunjangi kehendak itulah yang sukar untuk elak cerai .

Kembali Kepada Syariat Islam 


Seandainya pasanga tersebut kembali kepada syariat Islam iaitu melayari bahtera perkahwinan belandaskan syariah , insha Allah pasangan tersebut akan faham dan tahu tanggungjawab masing - masing . 

Seorang suami wajib menjadi imam kepada isteri dan menjadi pendidik kepada isteri dan anak - anak . Si isteri pula perlu tahu tanggungjawab kepada suami juga pandai mendidik anak - anak mengikut Islam dengan baik malah menjaga kehormatan rumahtangganya tanpa membuka aib sedikit pun waima sekadar memberitahu suami suka makan apa .

Masalah sekarang adalah , ramai para isteri yang membuka aib rumahtangga di media sosial . Tanpa rasa segan silu bercerita dan mengadu . Ketahuilah , di SANA nanti , anda yang akan bersoal jawab dengan Malaikat bukan para pembaca setia anda . Makin ramai yang membaca cerita dan like status anda , makin bertambahlah dosa yang anda perlu tanggung . Nampaknya Chinta dah lari dari tajuk tapi inilah sebenarnya yang Chinta nak tegur tapi tak boleh secara direct ... ermmm .





Resepi Ringkas Puding Panna Cotta


Resepi Ringkas Puding Panna Cotta | Puding adalah salah satu pencuci mulut yang mudah dan cepat dihasilkan . Pencuci mulut puding sangat segar di tekak selepas beberapa jam berada di dalam peti sejuk . Sangat sesuai dimakan di kala minum petang bersama secawan teh atau kopi .


Resepi Ringkas Ramadhan - Puding Panna Cotta


Resepi Ringkas Puding Panna Cotta


Anda pernah makan dengan pencuci mulut puding panna cotta ? Kalau belum , apa kata anda cuba resepi ringkas puding panna cotta ini untuk hidangan iftar anda bersama keluarga .

Bahan - bahan :


500 ml santan

200 ml krim pekat
1    cawan gula halus
1/2 cawan air panas
1 1/2 camca besar serbuk gelatin
1    camca teh serbuk teh hijau

**Hidang dengan strawberry dan buah - buahan kegemaran anda .



Cara Membuatnya :



1. 
Campurkan santan , krim dan 3/4 cawan gula ke dalam periuk dan masak atas api kecil . Kacau campuran untuk 2 - 3 minit hingga panas , gula cair ( jangan mendidih ) dan tutup api . Masukkan serbuk teh hijau dan kacau sampai sebati .

2. 
Masukan gelatin ke dalam air panas dan pukul dengan garfu hingga cair . Campurkan kepada campuran santan tadi .

3. 
Basahkan acuan , tuang campuran ke dalam dan sejukkan untuk 5 jam atau menjadi kental .

4. 
Terbalikkan PANNA COTTA ke atas piring dan hidangkan dengan buah - buahan .





Resepi Ringkas Puding Roti Dan Sos Vanila


ASSALAMUALAIKUM ...



Resepi Ringkas Puding Roti Dan Sos Vanila | Den suka sangat dengan pencuci mulut nih . So kalau tetiba rasa nak makan dan buat , pastu lupa lak resepi , leh la den rujuk kat blog den nih . Pada masa yang sama boleh gak share dengan korang ...


Resepi Ringkas Puding Roti Dan Sos Vanila


Resepi Ringkas Puding Roti Dan Sos Vanila



Puding  roti dan sos vanila adalah gandingan yang mantap untuk pencuci mulut . Sangat sesuai di makan di waktu petang bersama secawan air teh , air kopi dan air milo .

PUDING ROTI



Nak buat puding roti ni bukanlah susah sangat . Bahan - bahannya pun senang disediakan . Kalau korang tak percaya , ikut je langkah kat bawah ni .

Bahan - bahan 


7 - 8 keping roti putih
1 - 2 sudu mentega
1/2   cawan gula kaster
2      biji telur
1 1/2 cawan susu UHT
1/2   cawan krim putar ( whipping cream ) - jika tiada gantikan dengan susu cair
1/2   sudu kecil essen vanila
1/4   sudu kecil serbuk kulit kayu manis 
1/2   cawan sultanas  / kismis
1/4   cawan kacang badam - cincang


Cara Membuat Sos Vanilla


1. Sapukan mentega pada roti dan dadukan .
2. Letakkan roti dalam acuan pembakar mengikut bentuk yang digemari .
3. Campurkan telur , susu , krim , esen vanila dan kulit kayu manis . Kacau sehingga sebati .
4. Curah pada roti yang telah disusun dalam acuan .
5. Taburkan kismis dan kacang atas roti dan bakar roti atas dulang yang berisi air ( steam bake )dengan suhu kepanasan 180 darjah celsius selama 35 minit atau sehingga roti keperangan .


SOS VANILA



Sos vanilla bukan sahaja sangat sedap tapi juga mudah disediakan . Sos vanila ni anda boleh juga makan bersama roti , biskut , ais krim , kek dan apa sahaja pencuci mulut yang anda mahu .

Bahan - bahan sos vanila


125 ml susu UHT
125 ml krim putar
1/4  cawan gula kaster
2 biji kuning telur 
1 sudu besar tepung jagung


Cara Membuat Sos Vanila


1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga betul - betul sebati .
2. Masakkan atas api yang sederhana sehingga sedikit likat . Pastikan sentiasa dikacau semasa memasak supaya tidak berketul . Sekiranya berketul anda boleh mesinkan dengan air dan tapis .

Hikmah Kahwin Muda


Hikmah Kahwin Muda | Bismillah . Rasulullah SAW memberi wasiat supaya kita mengambil kesempatan pada zaman muda untuk melakukan sesuatu  yang berfaedah . Kerana zaman muda sangat pendek serta cepat berlepas pergi . Ia ibarat bunga - bungaan pada musim rabi' ( musim bunga ) cantik dan berseri . Jika ia ' kecut ' dan layu , tamatlah masanya . 


Hikmah Kahwin Muda



Kahwin Muda


Kahwin muda merupakan Sunnah Rasulullah s.a.w. . Rasulullah mula berkahwin pada usia 25 tahun . Ketika itu , baginda berkahwin engan Siti Khadijah yang berusia 40 tahun dan telah dikurniakan 6 orang anak . 

Hikmah Kahwin Muda


Kahwin muda memberi banyak hikmah jika anda melusurinya dengan lebih mendalam . Walaupun kewangan dan kematangan itu menjadi penghalang , jika anda meletakkan Islam dan la Quran itu sebagai panduan , segala yang sukar akan ada jalan mudahnya . Berikut adalah beberapa hikmah kahwin muda .

1. Usia muda merupakan nikmat Allah SWT yang amat bernilai . 


Uda dan dara ni macam  musim bunga , semua orang suka tengok bunga . Anda tak suka ? Memang tak de jiwa ! Cian kan ... hahahaaa . Tu lah hakikatnya . Dalam hidup setiap manusia ni musim bunga hanya berlaku untuk beberapa waktu jer tapi penuh dengan keindahan . Pada usia inilah , pembaca dapat nikmati banyak keseronokan hidup aka syurga dunia .

2. Zaman bertenaga penuh dengan kekuatan , kelakian dan kejaguhan .


Energy anda masa nih memang umph ! Otak pun ada kat tahap sangat cergas . Cuma kurang pengalaman . Darah muda anda menyebabkan anda kurang pertimbangan . Tetapi menepati selera dan menjamu keinginan hubungan kelamin yang sedang membara .

3. Berkahwin dapat elakkan uda dan dara daripada terjerumus ke lembah maksiat , pergaulan bebas . Ia dapat merendahkan penglihatan serta menjaga kemaluan 


Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda : 

" Wahai kaum pemuda ! Sesiapa yang mampu berkahwin antara kamu , hendaklah dia kahwin . Kerana kahwin itu lebih membantu untuk menjaga mata dan memelihara kemaluan . Namun sesiapa yang tidak mampu , hendaklah ia berpuasa kerana berpuasa itu boleh meredakan runtunan nafsu syahwat . "   ( Riwayat Imam al - Bukhari )

4. Kahwin awal boleh menambah generasi / umat Islam di dunia .


Kahwin muda bermakna dapat zuriat / keturunan  awal dan dapat lahirkan anak ramai hingga tempoh tertentu . Bila usia memasuki 35 dan keatas , untuk hamil adalah sukar kerana faktor kesuburan .


Pada para pemuda yang mahu berkahwin muda , anda perlu pertimbangkan banyak faktor . Antaranya :
  • Kewangan  mesti stabil  
  • dapat sediakan keperluan asas ( rumah , kenderaaan , keperluan isi rumah ) 
  • dapat kawal emosi , 
  • dapat harungi masalah yang bakal wujud , 
  • bersedia membesarkan anak dalam dunia serba mencabar dan canggih , 

Dr. Muhammad Syamat juga ada berkata : 
" Allah swt telah mengurniakan kebahagiaan kepada  manusia sama ada pada tubuh badannya atau rohaninya dengan tidak mengazab tubuh badan demi mendapat kebahagiaan akhirat . "

Rekaan Hantaran Terkini


Rekaan Hantaran Terkini  | Selepas entry Bilik Tidur Pengantin yang mendapat sambutan serta dilayari setiap hari , maka saya lanjutkan dengan entri yang berkaitan iaitu rekaan hantaran terkini . Sesiapa juga yang bakal menjadi raja sehari akan mencari rekaan hantaran menarik untuk terutama yang mendekonya sendiri .

Rekaan Hantaran Terkini


Jika anda mencari rekaan hantaran terkini di internet , terlalu banyak contoh yang anda jumpa . Anda tidak perlu peningkan kepala . Anda cuma perlu pilih tema apa yang anda hendak guna untuk barang hantaran anda . 

Bakul Bertangkai


Penggunaan bakul bertangkai untuk hantaran amat menarik jika anda pandai menghiasnya . Hiasan untuk barang hantaran itu tak perlulah terlalu penuh . Memadai dengan sedikit rosset dan ribbon sahaja . Malah bakul bertangkai untuk hantaran juga mudah untuk dijinjing .


Rekaan Hantaran Terkini


Rekaan Hantaran Terkini


Rekaan Hantaran Terkini


 Rekaan Hantaran Terkini


Kotak 


Penggunaan kotak untuk hantaran sama ada bertutup atau tidak juga sangat sesuai . Anda perlu pastikan objek hantaran itu lebih menonjol berbanding hiasannya . Maka , anda perlu minimakan hiasan hantaran disekelilingnya .


Rekaan Hantaran Terkini


Rekaan Hantaran Terkini


 Rekaan Hantaran Terkini


Rekaan Hantaran Terkini

Pinggan / Piring


Jangan memandang remeh penggunaan pinggan / piring hantaran . Ianya mungkin sesuatu yang baru tapi menarik jika anda pandai menggayakannya . Anda hanya perlu meletakkan sedikit hiasan bunga untuk menaikkan seri rekaan hantaran . Ianya boleh anda jadikan hadiah juga kepada pihak keluarga pengantin .


Rekaan Hantaran Terkini


Rekaan Hantaran Terkini

Rekaan Eksklusif 


Ada antara anda gemarkan rekaan hantaran yang kelihatan mewah . Mewah melambangkan status , kerjaya mungkin juga maruah anda . Mungkin contoh dibawah sangat menarik untuk anda cuba .


Rekaan Hantaran Terkini


Rekaan Hantaran Terkini


Rekaan Hantaran Terkini


* NOTA :

Banyak idea boleh anda gunakan asalkan anda kreatif dan peka dengan apa yang ada di sekeliling .






Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan