Featured
loading...

Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Anzalna Nasir



Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Anzalna Nasir | Kecoh di media sosial tentang majlis resepsi artis Anzalna Nasir . Kecoh bukan kerana majlis resepsi perkahwin Anzalna Nasir tak menjadi atau berlaku gangguan tetapi kecoh sebab busana pengantin indah yang digayakan oleh Anzalna sendiri .

Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Anzalna Nasir

Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Anzalna Nasir 


Semalam telah berlangsung majlis resepsi Anzalna Nasir dan Hanif Zaki di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur . Majlis resepsi perkahwinan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki berkonsepkan British / fairytale .

Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Anzalna Nasir

Pada hari tersebut ,  Anzalna Nasir telah menggayakan busana pengantin yang sangat indah di majlis resepsinya . Busana pengantin artis Anzalna Nasir adalah hasil tangan Cosry yang dihasilkan berilhamkan baju fairytale Barbie Mariposa .

Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Anzalna Nasir

Keanggunan Anzalna bak Barbie Mariposa terselah apabila beliau menuruni tangga menuju ke dewan utama . Anzalna mengungguli majlis perkahwinan artis untuk 2016 ini dengan konsep fairytale

Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Anzalna Nasir


Majlis Resepsi Perkahwinan Artis Anzalna Nasir


Selepas ini , pasti ramai bakal pengantin diluar sana yang juga mengidamkan busana ala Barbie Mariposa atau pun cinderella itu .









Resepi Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah


Resepi Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah | Kanak-kanak sukakan Fishcake . Fishcake bukan sekadar menjadi campuran di dalam mee goreng , sup serta masakan lainnya , malah ada juga kanak-kanak yang suka makan fishcake goreng dengan sos sahaja .


Resepi Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah

Resepi Mudah Buat Fishcake Sendiri Di Rumah


Jika anda mahu mencuba menghasilkan fishcake sendiri di rumah , berikut adalah resepi fishcake  mudah dan sedap yang paling sesuai untuk anda mencuba .

Bahan-bahan :

500gm isi ikan tenggiri segar

3 sudu kecik (menggunung) tepung jagung
1 sudu kecil garam (nanti masa dah siap blend , cuba rasa . jangan masin sangat ye seabb nanti time sejuk lagi masin)
sedikit serbuk pati ikan bilis  (terpulang nak isi atau tidak)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 cup air sejuk (dr air batu)


** anda boleh menggantikan dengan fish fillet tapi abaikan/jangan taruk air ye sebab dalam fillet tu dah ada kandungan air dah... so abaikan sukatan air tu .

caranya membuatnya :


1- isi ikan tenggiri diambil . kulit tak mau ye dan diblend halus . saya guna food prosessor

2- kemudian masukkan sedikit air ais . kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih (siapa yang nak taruk serbuk ikan bilis, taruk sikit) . kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi..

3- sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi . loyang tu biarlah boleh masuk dalam periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas .
4- masukkan adunan ikan tadi dalam bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak keluarkannya. (mcm buat serimuka) ratakan ia serta padatkannya menggunakan minyak yang disapu dijari anda untuk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak dalam 15 minit atau sehingga masak
5- terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..
6- panaskan minyak agak sampai terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan..
7- angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah.

Resepi Ringkas Puding Cendol


Resepi Ringkas Puding Cendol | Ketika cuaca panas begini , memakan puding yang diambil dari dalam peti sejuk memang mengghairahkan . Boleh habis makan seorang diri sambil menonton tv tanpa mempelawa sesiapa sahaj yang ada di sisi .


Resepi Ringkas Puding Cendol

Resepi Ringkas Puding Cendol


Nak makan puding cendol yang sedap dan sejuk , sebelum itu anda perlulah tahu macam mana nak membuat puding cendol sendiri di rumah . Cara nak membuatnya , ada ditunjukkan di bawah ini .

Lapisan Cendol

500 ml air
170 gm gula halus
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm )
250 ml santan ~ ita guna santan KARA ( santan KARA ni ita campur air jadikan 250 ml )
secubit garam
30 gm tepung jagung
500 gm cendol

Cara Membuatnya :


  • Panaskan 500 ml air dengan gula halus hingga gula larut
  • Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan dalam adunan gula, masak hingga agar-agar larut
  • Satukan santan, tepung jagung dan garam, kacau rata hingga tepung tidak berbintil
  • Tapis, dan tuangkan dalam adunan agar-agar
  • Bila didih, tutup api
  • Biar suam sikit baru masukkan cendol.
  • Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inc
  • Basahkan dengan air
  • Tuangkan agar-agar cendol
  • Biarkan ia mengeras
  • Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan lapisan gula Melaka

Lapisan Gula Melaka


200 gm gula Melaka
500 ml air
2 helai daun pandan di simpul
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm)
250 ml santan pekat ~ ita guna KARA
secubit garam

Cara membuatnya :


  • Panaskan 500 ml air bersama dengan gula Melaka dan daun pandan
  • Bila gula dah larut, angkat dan tapis
  • Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar serbuk dan masak hingga agar-agar larut
  • Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis
  • Tuangkan juga santan dan secubit garam
  • Kacau senantiasa supaya santan tak pecah


* Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti. Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka . Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.


Tips dan panduan

Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila adunan santan telah suam. Kacau rata baru tuang dalam loyang.

Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan ( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di tuang. Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak tertanggal



FACEBOOK




Resepi Laksa Lemak Kedah


Resepi Laksa Lemak Kedah | Laksa Penang kita dah selalu jumpa , dengan dan makan . Laksa Sarawak pula , ramai yang belum pernah merasa kecuali sudah tahu membuatnya atau terjumpa pes laksa segera Sarawak . Manakala laksam pula walaupun namanya berlainan sedikit , tetapi cara pembuatan laksam sama sahaja seperti laksa kecuali ditambah dengan santan dan menggunakan mee yang dibuat sendiri .


Resepi Laksa Lemak Kedah

Resepi Laksa Lemak Kedah


Pernahkah anda mendengar laksa lemak kedah ? Kalau anda tidak pernah denar apatah lagi merasa laksa lemak kedah , berikut adalah resepi ringkas dan mudah laksa lemak kedah yang anda boleh cuba sendiri dirumah .

Bahan utama :

1 paket laksa direbus hingga lembut ( saya guna Laksa Bihun Mak Siti yang kecil tu)

Bahan-bahan sampingan:


Timun-di hiris nipis
Pucuk gajus
Taugeh
Telur rebus
Limau kasturi
Cili padi


Bahan-bahan untuk kuah:


1 kilo ikan selayang/sardin-direbus, diambil isinya sahaja dan dikisar sedikit
2 cawan santan
3 cawan air rebusan ikan
2-3 sudu besar serbuk kari ikan
1 batang bunga kantan
2 sudu besar serbuk kari-bancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kesum
3 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 ulas bawang merah-dimayang
1 ulas bawang putih
Daun kari
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :

1- Panaskan minyak, tumis bawang merah , bawang putih dan daun kari hingga layu.

2- Masukkan pes serbuk kari . Tumis hingga pecah minyak. Gunakan api sederhana .

3- Masukkan isi ikan, air rebusan dan santan.

4- Masukkan asam gelugor, daun kesom dan bunga kantan.

5- Masak kuah hingga mendidih. Tambah air jika kuah terlalu pekat.

6- Perasakan dengan garam dan gula. Rasa dan jika ok boleh tutup api . Sudah sedia dihidangkan.

Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran


Majlis Perkahwinan Artis Anzalna Nasir | Artis Anzalna Nasir pernah mempanaskan dunia hiburan di awal kemunculannya apabila dia bertelingkah denagn Neelofa . Atas sebab apa , tidaklah Chinta ketahui . Bertelingkahan yang hangat itu hampir dibawa ke mahkamah dan berhadapan tindakan saman dari Neelofa . Tetapi akhirnya mereka menyelesaikan dimeja rundingan .

Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran

Majlis Nikah


Artis Anzalna Nasir sudah menamatkan zaman bujangnya bersama dengan cinta hatinya , Hanif Zaki pada hujung minggu lepas . Majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Seri Pacific , Kuala Lumpur telah dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat . 

 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran

Anzalna Nasir dan Haniff Zaki telah selamat dinikahkan oleh bapa Anzalna sendiri iaitu Prof. Madya Dr. Md. Nasir Ibrahim hanya dengan sekali lafaz .

 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran

Barang Hantaran


Dalam majlis yang cukup bersejarah itu, pihak pengantin perempuan telah menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 selain menerima 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan.
 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
Majlis Perkahwinan Artis Anzalna Nasir
 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
 Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
Majlis Pernikahan Artis Anzalna Nasir Dan Barang Hantaran
Sementara itu, majlis resepsi mereka akan diadakan pada 27 Februari di Grand Ballroom, Grand Hyatt Kuala Lumpur dan seterusnya akan diadakan di Dewan Perdana Felda pada 3 April depan.
TAHNIAH! Semoga perkahwinan yang dibina Anzalna Nasir dan Haniff Zaki berkekalan hingga ke jannah. Cepat-cepat timang cahaya mata tau.

Cantik Cara Islam


ASSALAMUALAIKUM ...

Cantik Cara Islam | Kita semua nak cantik dan suka cantik . Islam pun ada cara nak jadi cantik . Bukan setakat guna produk kecantikan jer kita boleh cantik . Macam mana nak jadi cantik , kat bawah ni ada caranya :

Cantik Cara Islam


Kalau nak wajah selalu segar , berseri - seri dan cantik , cucilah muka minima lima kali sehari dengan air wudhuk . Jangan langsung di keringkan , biarkan menitis dan kering sendiri . Pastu , ambillah sejadah , solat , berzikir dan berdoa .

Untuk menghilang stress perbanyaklah " olahraga " . Cukup dengan perbanyakkan solat . Ketika solat , kita menggerakkan seluruh tubuh . Lepas tu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa .

Untuk pelembab , nak awet muda , gunakanlah senyuman . Senyuman itu kan sedakah . Bukan saja kat bibir , tapi juga kat hati .

Jangan lupa bisikkan ' kata kunci ' , 

Cantik Cara Islam


Untuk dapat bibir yang cantik , bisikkan kalimat - kalimat  Allah , tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain , tidak menyombongkan diri atau takabur .

Nak tubuh langsing , mulus ? Diet yang teratur dengan berpuasa hari Isnin dan Khamsi setiap minggu . Kalau kuat , lagi bagus puasa Nabi Daud a.s. contoh selang satu hari . Makanlah makanan halal , banyakkan sayuran , buahan , air kosong madu , kurma dan kismis .

Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan . Cara ni dapat bantu kita dikenali dan disayangi orang ... insya Allah .

Product Kecantikan Mengandungi Merkuri


Product Kecantikan Mengandungi Merkuri  | Bila sebut saja untuk kecantikan , jaga kecantikan , ramai orang terutama wanita akan tertarik dengannya . Kerana kecantikan juga , ramai orang sanggup berhabis RM hanya semata - mata untuk dapatkan produk kecantikan yang mereka inginkan . Tapi tahukah anda bahawa produk itu mungkin mengandungi merkuri yang berbahaya ?


alt image tag

Chinta terjumpa imej kat atas ni di facebook page . Maka Chinta teringatkan sembang - sembang Chinta bersama sepupu lelaki lebih 5 tahun dulu ketika berkunjung di Hari Raya . Pada satu ketika dulu , sepupu saya ni ada production house yang diusahakan bersama abang angkatnya . Sudah tentulah sosial lifenya dikelilingi artis . 

Kisah Kosmetik



Nak dijadikan cerita , kami bersembang pasal kosmetik . Ketika itu ramai artis yang menghasilkan produk kecantikan sendiri . Dengan selamba jer my sepupu kata : 


" dia orang tu bukannya buat sendiri produk tu . Dia orang pergi ke Indonesia , beli krim yang dah siap berkilo - kilo pastu bawa balik sini dan packkan dalam bekas . Tampal lah sticker jenama dia . Pastu jual dengan harga berkali ganda lagi . Kesannya memang cepat tapi banyak bahan kimia . Ko ingat artis tu muka cantik sebab pakai produk kecantikan dia ker ... haram ! " 



Adakah produk yang ada di pasaran benar - benar berkesan dan selamat , pembaca fikirkan sendiri . Malah Chinta juga pernah tertipu dengan produk keluaran tempatan berasaskan minyak kelapa dara yang Chinta beli secara online . Chinta pernah ceritakan di SINI  .


Tanda - Tanda Dalam Tubuh Anda Ada Merkuri ;


  • letih , kadangkala terlalu penat
  • pening , menggigil 
  • hilang ingatan
  • keluar peluh lebih banyak dari biasa
  • degupan jantung bertambah laju 
  • tekanan darah menjadi tinggi 

Kesan Merkuri Pada Tubuh ;


  • jangka masa panjang akan menyebabkan kerosakan saraf terutama pada tangan dan ginjal .
  • rasa gatal dan terbakar pada kulit .
  • tubuh berasa lemah .
  • emosi tidak stabil dan masalah daya ingatan yang kurang baik .
  • kulit muka bertukar menjadi pudar dan mengelupas . Kadangkala kulit berwarna kelabu .

Cara Mengesan Merkuri


Merkuri selalunya digunakan dalam produk pemutihan . Sesetengah produk pemutihan tidak menyenaraikan merkuri didalam senarai bahan - bahannya . Untuk mengetahui sama ada produk yang pembaca guna mengandungi merkuri atau tidak , pembaca hanya perlu :

Ambil sedikit  krim dan sapukan ke atas tapak tangan . Kemudian , sapukan pada cincin atau barang kemas lainnya . Sekiranya warna krim itu kelabu , maknanya produk itu mengandungi merkuri . Jika warna krim tersebut bertambah gelap , bermakna krim tersebut mengandungi merkuri yang tinggi .


alt image tag




Pembaca juga boleh mendapatkan maklumat terkini tentang kosmetik yang diharamkan oleh KKM di SINI .


Nasihat Chinta, jangan terlalu taksub dengan produk kecantikan yang ada di pasaran . Maklumlah , produk kosmetik di Malaysia ini seperti cendawan baru tumbuh selepas hujan . Kena berhati - hati sebelum tertipu dan menjadikan anda merana .


Warna Tema Majlis Perkahwinan 2016 : Pink


Warna Tema Majlis Perkahwinan 2016 : Pink | Pink adalah pilihan warna lembut yang sangat sesuai untuk warna tema majlis perkahwinan . Selalunya , yang gemarkan warna pink ni adalah pengantin perempuan . 

Berikut adalah contoh combinasi warna yang sesuai digandingkan dengan warna pink untuk warna tema perkahwinan pilihan anda .


blush and rose wedding color combo ideas for spring summer weddings

blush and green wedding color ideas with tulle bridesmaid dresses

sand pink bridesmaid dress for spring summer wedding ideas

pink and dusty blue wedding color palette ideas and trends

simon and gold wedding color ideas for season 2015

dusty pink sorbe wedding color ideas and single shoulder bridesmaid dresses

pink sorbet wedding color ideas and long chiffon bridesmaid dress 2015


Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan


Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan | musim perkahwinan menjelang lagi . Juga ramai yang sedang merancang pertunangan. Maka, barang hantaran adalah satu keperluan . Kali ini saya akan fokus pada hantaran buah - buahan . Untuk menghasilkan hantaran buah - buahan yang menarik , anda perlukan bekas yang sesuai untuk menampungnya . Antara bekas - bekas yang sesuai yang anda boleh gunakan adalah seperti di bawah .


Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan



Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan

Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan

Di atas adalah antara hantaran buah - bauahan yang saya dapat di carian Google . Ada beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan hantaran yang menarik .


Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan


Buah Tidak Berlebihan

Tidak kira apa jenis buah yang anda gunakan , cuba pastikan ianya tidak terlalu berlebihan dari bekasnya kerana ianya hanya akan membuat hantaran buah - buahan anda kelihatan semak .


Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan



Buah Tidak Sedikit


Jika anda gunakan buah - buahan dengan jumlah minima dari bekasnya , hantaran anda akan kelihatan agak ' cacat ' . Nanti orang akan kata anda lokek pula . Justeru itu biarlah jumlah buah - buahan itu berpatutan dan sedap mata memandang .


Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan


Tips Gubahan Hantaran Buah-buahan


Hiasan Yang Simple


Dari sudut hiasan , bagi saya , hiasan yang simple lebih kelihatan menarik . Jika berlebihan ianya kelihatan seperti buah di dalam taman bunga pula . Maka objek buah itu akan jadi tenggelam dek kerana hiasan yang berlebihan .

Saya harap tips - tips di atas dapat membantu anda menghasilkan hataran buah - buahan menjelang hari bahagia anda nanti .

Persediaan Sebelum Ke Alam Perkahwinan


Persediaan Sebelum Ke Alam Perkahwinan | Perkahwinan merupakan satu perkara yang sangat luas makna juga tanggungjawabnya . Untuk melaluinya bukanlah mudah . Pelbagai persediaan perlu dilakukan untuk memastikan perkhwinan itu berjalan dengan baik menurut syariah . Persediaan sebelum ke alam perkahwinan membantu anda menjadikannya lebih mudah kerana apa yang anda lakukan pada permulaan itu adalah sangat penting untuk perjalanan seterusnya .

Persediaan Sebelum Ke Alam Perkahwinan


Persediaan sebelum menuju ke alam perkahwinan , anda perlu tahu beberapa amalan doa malam pertama untuk anda juga pasangan . Ini supaya malam pertama perkahwinan anda lebih barakah di mata Allah juga menurut syariah . Malah dapat menghindarkan hubungan suami isteri di ganggu oleh syaitan yang sangat suka memecahbelahkan rumahtangga  .

1- Doa Pengantin .



 Selangkah Ke Alam Perkahwinan

2- Doa Berjimak


 Selangkah Ke Alam Perkahwinan


3. Doa Mandi Junub


 Selangkah Ke Alam Perkahwinan



Tiga doa diatas adalah asas yang perlu anda tahu sebelum ke alam perkahwinan / akad nikah atau bergelar suami serta isteri Semoga perkahwinan anda nanti akan menjadi syurga bagi anda dan pasangan dan memperolehi zuriat yang beriman , bijak dah hormat kepada orang disekelilingnya .


Warna Tema Majlis Perkahwinan 2016 : Hijau


Warna Tema Majlis Perkahwinan 2016 : Hijau | Hijau adalah antara warna tema majlis perkahwinan yang dicari oleh ramai pengantin . Trend masa kini , kebanyakan warna tema majlis perkahwinan adalah berwarna lembut . 

Warna tema majlis perkahwinan warna hijau ada pelbagai tona warna . Bila anda lihat warna tema majlis kahwin di bawah ini , pasti anda terpesona dengan semua tona warna yang ada .


mint and pink wedding color ideas with long chiffon bridesmaid dress

mint and peach wedding color inspiration ideas

trending mint and blue wedding color ideas for spring summer wedding 2016


Resepi Ringkas Yee Me Sizling Black Pepper Hot Plate


Resepi Ringkas Yee Me Sizling Black Pepper Hot Plate | Mee merupakan hidangan ringkas yang ramai orang suka sama ada di makan semasa sarapan atau makan malam . Ada banyak jenis mee dan resepi mee . Kalau di rumah , kuat dah biasa dengan mee kuning dan mee hoon .


Resepi Ringkas Yee Me Sizling Plack Pepper Hot Plate


Bila anda sudah bosan masak mee menggunakan mee kuning dan mee hoon , maka lebih baik anda mencuba resepi ye mee sizling black papper hot plate pula . 

Bahan-bahan untuk sos dan cara membuat yee mee sizling adalah seperti berikut :

Bahan - bahan A :


  • Bawang putih di ketuk kasar
  • Halia di ketuk kasar
  • Cili kering dikisar
  • Lada hitam di tumbuk kasar
  • Kiub pati ayam
  • Sedikit minyak bijan
  • Kicap manis
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Air

Bahan B :

  • Cendawan shitake
  • Tepung ubi sebagai pemekat kuah / sup
  • Sayur sawi
  • Ayam


Cara memasaknya :


1- Masak air secukup hingga mendidih .

2- Masukan semua bahan A di atas , kacau sebati . 


3- Bila sudah mendidih , masukkan ayam dan cendawan .


4- Apabila dah masak , masukkan bancuhan tepung ubi . Kacau sampai pekat . Tutup api .

5- Di kuali  yang lain , celur yee mee hingga lembut dan sayur sawi  (sekadar layu je ) .


6- Hidupkan semula api , didhkan sos , masukkan (5) ke atas kuah , pecahkan telur . Biarkan kuning telur separuh masak macam kat gambar . 

7- Tutup api . Dah boleh dihidangkan .

Tepung ubi digunakan menggantikan tepung jagung supaya dapat kuah yang berkilat .



Resepi Ringkas Buat Sos Yong Tau Foo Yang Sedap


Resepi Ringkas Buat Sos Yong Tau Foo Yang Sedap | Yong Tau Foo merupakan makanan orang cina . Untuk menyediakan Yong Tau Foo , perlu ada sayur kangkung dicelur , tauhu goreng , telur rebus , fish ball , solok lada , kacang bendi sumbat dans sebagainya . 

Disebalik semua bahan -bahan campuran dalam Yong Tau Foo ,  Yong Tau Foo jadi tak sedap jika sos yong tau foo yang dicurahkan diatas bahan-bahan campuran itu tidak sedap rasanya . 

Sebenarnya , ada sos yong tau foo segera atau yang dijual dalam paket dipasaran . Tetapi , membuat sos yong tau foo dengan tangan sendiri itu lebih memuaskan sebab kita dapat kawal rasa sos yong tau foo ikut citarasa lidah kita .

Resepi Ringkas Buat Sos Young Tau Foo Yang Sedap


Resepi Ringkas Buat Sos Yong Tau Foo Yang Sedap


Untuk dapatkan resepi asal cara membuat sos yong tau foo yang sedap , berikut Chinta kongsikan bersama anda . Semoga dapat bantu anda hasilkan sos yong tau foo yang sedap nanti .


Bahan-bahan yang diperlukan :


1 kg sos cili Kimball
4 sudu sos tiram
4  sudu otak udang
8sudu gula
Kicap mee dan kicap Jalen botol oren (agak-agak je)

Cara membuatnya :


Masukkan semua bahan sekaligus. Buka api perlahan dan kacau sentiasa. Tambah air sedikit agak tak pekat sangat. Agak-agak dah menggelegak tu , rasa sikit sedap ke tak. Kalau ada yang kurang boleh adjust.




LIHAT JUGA :

Resepi Pes Tom Yam Asli

Resepi Pes Laksa Sarawak

Resepi Sos Steamboat


Resepi Ringkas Susu Kopi Ais


Cuaca panas atau fenomena ekuinoks yang sedang melanda negara sekarang ini sangat memerlukan kita untuk minum banyak air selain elakkan diri terdedah di bawah terik mentari dalam jangkamasa yang lama . Ini kerana ianya boleh mendatangkan  strok haba , demam dan penyakit lain yang berkaitan .


Susu Kopi Ais


Susu Kopi Ais


Di kala cuaca panas begini , ais adalah sesuatu yang anda cari untuk melegakan tekak . Apatah lagi ketika hari cuti yang mana anda boleh membuka peti sejuk pada bila - bila masa saja yang anda mahu . 

Bagi penggemar kopi , apa kata air kopi sarapan anda yang berbaki itu , anda bekukan di dalam bekas kuib ais . 

Jadi , bolehlah anda bersama keluarga menikmati minum petang dengan segelas susu bersama kuib kopi ais . Sudah tentu ianya menjadi minuman susu kopi ais yang segar anda bersama seisi keluarga


Tema Warna Perkahwinan 2016 : Biru


Tema Warna Perkahwinan 2016 : Biru | Biru merupakan warna tema pengantin yang menjadi kegemaran ramai bakal pengantin . Tone warna biru yang pelbagai menjadikan warna biru menarik untuk dijadikan tema majlis resepsi terutamanya yang berkonsepkan garden wedding .

Berikut adalah Tema Warna Perkahwinan 2016 : Biru yang pelbagai tone warna supaya mudah bakal raja sehari pilih untuk dijadikan wana pilihan untuk busana pengantin 2016 juga pengiring dan ahli keluarga terdekat .

dusty pale blue wedding color ideas and bridesmaid trend 2015

sky blue and pink wedding color combination ideas

mint blue and peach wedding color palette and tulle bridesmaid dress

seafoam short brideesmaid dresses for summer beach weddings


Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan