Featured
loading...

Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging


Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging | Roti burger adalah antara makanan segera yang disukai ramai . Bermacam jenis roti burger yang ada di pasaran . Yang sinonim dengan anda adalah burger McD dan Burger King . Bagi kalangan orang tempatan , Burger Bakar sudah mula popular . 

Roti Burger Berinti 3 Sekawan

Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging


Roti burger , jika anda beli dan hasilkan sendiri , anda boleh isi pelbagai jenis inti mengikut cita rasa anda sendiri . Selalunya anda akan meletakkan telur , daging dan daging ayam sebagai inti kerana itu adalah kegemaran utama anak - anak . Apa kata anda cuba meletakkan bahan inti lebih dari itu .

Langkah Menghasilkan Roti Burger Berinti


Untuk menghasilkan roti burger berinti , terlebih dahulu anda perlulah 
  • mengeluarkan isi di bahagian tengah broti burger sebagaimana yang ditunjukkan oleh gambar di bawah .

Roti Burger Berinti 3 Sekawan

  • masukkan daging / daging ayam / ham
  • masukkan telur
  • taburkan cheese
  • taburkan daun parsley 
  • atau apa sahaja bahan yang anda gemari


Roti Burger Berinti 3 Sekawan

  • tutup roti burger dan bunkus dengan kerajang aluminium
  • bakar pada suhu 180C selama 10 hingga 15 minit .

Mudah Dan Ringkas


Roti burger berinti ini jadi mudah kerana anda boleh dapatkan roti itu di pasaraya . Apabila anda boleh meletakkan apa sahaja bahan di dalamnya , maka terhasillah roti burger berinti yang ringkas untuk hidangan seisi keluarga .

RESEPI RINGKAS MOCHA ICE BLENDED


RESEPI RINGKAS MOCHA ICE BLENDED | Selalunya kita cuma minum mocha ais blended di restoran sahaja . Maklumlah , bab makanan orang barat ni selalunya kita tak ambil tahu cara nak buat sendiri di rumah . 


RESEPI RINGKAS MOCHA ICE BLENDED

RESEPI RINGKAS MOCHA ICE BLENDED


Hari ini Chinta nak kongsi resepi ringkas mocha ice blended untuk anda cuba sendiri di rumah . Bahan-bahan membuat mocha ice blended dan cara membuat mocha ice blended adalah seperti berikut :

Bahan-bahannya :


● 2 scop ais krim perisa coklat
● 1 sudu besar nescafe

● 4 sudu besar susu pekat manis
● 2 sudu besar milo
● Sedikit air masak
● Air gula secukupnya (jika perlu)
● Ais kiub secukupnya


Cara-caranya :


Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar. Kisar hingga hancur. Siap unutk dihidang.


Mudah sahaja cara membuat mocha ice blended bukan ? Pejam mata pun boleh buat kan . Selamat mencuba bagi pecinta mocha ice blended .



Pelajari Keinginan Lelaki


Setiap isteri mempunyai satu keinginan yang kuat iaitu untuk merasai dirinya dicintai . Apabila keinginan itu dipenuhi , mereka akan merasa bahagia . Setiap suami mempunyai satu keinginan yang kuat iaitu untuk merasai dirinya dihormati . Apabila keinginan itu dipenuhi , mereka akan merasa bahagia . Apabila salah satu daripada keinginan atau keperluan ini tidak dapat dipenuhi , keadaan perhubungan akan menjadi tidak tenteram . Tidak ada kefahaman tentang rasa cinta dan rasa hormat menjadikan pasangan bertindak secara negatif antara satu sama lain . Memahami tentang rasa cinta dan rasa hormat membolehkan pasangan menangani konflik . "                                                                 
Dr. Emerson Eggerichs , " Love And Respect "

Pelajari Keinginan Lelaki








Pelajari Keinginan Lelaki


Kalau cinta dan sayang tu bahasa perempuan , maka rasa dihormati adalah bahasa lelaki . Kaum lelaki akan merasa dirinya dihormati apabila 6 perkara di bawah ni dapat dipenuhi .

1. Ingin menguasai , mahu kerja keras dan pencapaiannya dihargai .


Mereka nak perempuan memahami pentingnya erti pekerjaan yang ingin dilakukan , tanggungjawab yang ingin ditunjukkan serta sumbangan yang ingin diberikan . Maka para perempuan , berilah galakan dan sokongan ya.

2. Mahu memainkan peranan menyediakan dan memberi perlindungan .


Sekiranya terpaksa bergantung pada perempuan ,  lelaki sejati akan merasa dirinya lemah , dayus , dan rendah harga diri .

3. Mahukan autoriti untuk memimpin dan berkhidmat .


Di dalam perhubungan , rasa hormat itulah yang diinginkan lelaki untuk menyenangkan hatinya memimpin dan berkhidmat .

4. Mahu terlibat , mengambil tahu dan mahu pendapatnya diterima .


Rasa tanggungjawab menjadikan lelaki mahu melibatkan diri dalam hal - hal yang dia boleh membantu . Ajaklah lelaki berbincang . Mereka mahu mengambil bahagian , bekerjasama memainkan peranan dan sama - sama terlibat memegang tanggungjawab .

5. Berkongsi minat dan aktiviti .


Di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri seorang perempuan dibelakangnya . Perempuan yang selalu di sisi berkongsi minat , memberi sokongan moral dan galakan , menolaknya dari belakang untuk lelaki terus maju ke depan akan menjadikan lelaki itu lebih hebat .

6. Dahagakan kemesraan dan layanan .


Lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang memberi layanan mesra ( kerana rasa dihormati ) walaupun terhadap perempuan yang tidak dicintainya . Lelaki akan setia dalam cintanya apabila merasa dihargai . Kesetiaan itu akan kekal selamanya kerana sebenarnya lelaki dahagakan kemesraan dan layanan  perempuan .

Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur


Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur | Bilik tidur adalah syurga . Maka untuk mewujudkan syurga terutama untuk berdua bersama pasangan , anda perlukan sentuhan warna serta kombinasi yang sesuai di samping aksesori hiasan pada bilik anda .


Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur

Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur


Bagi pecinta warna biru untuk bilik tidur , anda tentu sedang mencari-cari kombinasi serta eksesori warna biru yang sesuai untuk bilik tidur rumah anda . Untuk menyulam cinta dan berasmara , suasana romantik bilik tidur berwarna biru adalah sangt membantu . Berikut adalah conth yang anda boleh gunakan .


Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur

Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur

Idea Warna Biru Untuk Bilik Tidur


Cara Pakai Bra Penyebab Kanser


Cara Pakai Bra Penyebab Kanser | Sebelum ni Chinta tak terfikir lak kalau bra yang kita pakai setiap hari tu boleh sebabkan kanser Cuma Chinta ada baca , bila kita tidur tak digalakkan pakai bra sebab akan beri kesan sampingan . Itu lah yang Chinta amalkan .

Cara Pakai Bra Penyebab Kanser


Cara Pakai Bra Penyebab Kanser


Grismaijer , dalam kajiannya telah mendapatkan sebuah statistik singkat tentang berapa lama wanita memakai bra dalam sehari ;
  • 3 dari 4 wanita memakai bra 24 jam per hari 
  • 1 dari 7 wanita memakai bra lebih dari 12 jam per hari tetapi tak menggunakannya ketika tidur .
  • 1 dari 152 wanita memakai bra kurang dari 12 jam per hari 
  • 1 dari 168 wanita jarang atau bahkan yang tidak pernah memakai bra sama sekali .

Kesimpulan dari statistik di atas , wanita yang memakai bra selama 24 jam sehari berisiko 125 kali lebih besar terkena kanser payudara berbanding mereka yang jarang memakai bra .

~ Dressed To Kill : The Link Between Breast Cancer and Bras ~ 

" Tidur adalah masa untuk rehatkan payudara . Sebaiknya jangan tidur dengan bra ."Grismaijer .- laman duniafitnes 

Berita baik bagi para ibu . Menyusukan anak dapat menurunkan risiko kanser payudara kerana limfatik pada payudara hanya berkembang secara optimum ketika kehamilan dan juga menyusukan anak .

Jadinya , wanita yang memakai bra terlalu lama malah tak menyusukan anak , juga wanita yang memakai bra dengan saiz yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama berisiko lebih tinggi untuk dapat kanser payudara !

Bra yang sempit boleh meningkatkan suhu dan menghalang aliran getah bening di kawasan payudara . Getah bening berfungsi untuk membersihkan sisa dan racun penyebab kanser serta menjauhkannya dari payudara .



Risiko Asma Kepada Ibu Hamil



Risiko Asma Kepada Ibu Hamil | Hari ini Chinta nak kongsikan sedikit maklumat tentang risiko asma kepada ibu hamil . 

Risiko Asma Kepada Ibu Hamil

Asma berlaku apabila saluran pernafasan kecil di dalam paru - paru menjadi lebih sempit sehingga mengganggu peredaran oksigen yang dibekalkan kepada tubuh badan . Penyempitan saluran pernafasan ini adalah disebabkan oleh otot - otot pada saluran pernafasan mengecut serta banyak lendir yang dihasilkan di dalam saluran pernafasan . Apabila keadaan ini berlaku , seseorang itu akan menjadi sukar untuk bernafas serta pernafasannya berbunyi  dan mengalami batuk .

Tanda Seseorang Mengalami Serangan Asma Yang Tidak Terkawal



1- Mengalami serangan asma teruk melebihi dua kali dalam seminggu ( memerlukan bantuan nebulizer atau inhaler ) melebihi dua kali dalam seminggu .
2- Batuk berlendir sehingga mengganggu tidur pada awal pagi ( sebelum subuh ) atau tengah malam melebihi dua kali seminggu .
3- Terpaksa menggunakan pil - pil steroid (prednisolone) melebihi dua kali dalam setahun .

Asma boleh menyerang ibu hamil sama ada mereka tiada asma atau memang sudah menghidapi asma . Kajian menunjukkan bahawa asma akan menyerang ibu hamil ketika kandungan berusia antara 24 hingga 36 minggu . Sekiranya tiada gangguan asma di usia awal kelahiran ( kurang 13 minggu ) , berkemungkinan ibu hamil akan bebas dari serangan asma sepanjang kehamilan .

Risiko Asma Kepada Ibu Hamil


Dalam satu kajian yang dilakukan di American College of Obstetricians and Gynecologists pada tahun 2008 mendapati bahawa asma yang tidak terkawal akan memberikan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil seterusnya mewujudkan masalah preeclampsia iaitu tekanan darah terlalu tinggi ketika hamil sehingga menyebabkan kerosakan pada uri , buah pinggang , hati dan otak . 

Apabila asma menyerang ibu hamil , maka si anak di dalam kandungan akan mendapat kurang oksigen . Keadaan ini akan menjejaskan bayi seperti perkembangan fizikal bayi dalam rahim yang terencat intrauterine growth retardation ) di mana bayi yang dilahirkan bersaiz kecil dan mempunyai berat badan yang kurang dari 2500 gm , berlaku kelahiran pramatang ( belum mencapai 37 minggu ) dan risiko kematian bayi semasa dan selepas dilahirkan .



Rawatan Asma Dan Pencegahan


Sekiranya ibu hamil mendapati ada tanda - tanda serangan asma seperti batuk teruk di waktu malam atau di awal pagi , rasa ketat pada dada dan sukar untuk bernafas , ibu hamil dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan doktor dengan segera .


Tahukah anda bahawa rasa loya dan kerap muntah - muntah pada awal kehamilan juga boleh menyebabkan asma menyerang menjadi lebih teruk  . Sekiranya perkara ini berlaku , maka doktor akan mencadangkan pemeriksaan pergerakan bayi dalam rahim dilakukan setiap hari selepas usia kehamilan 28 minggu .


Ibu hamil dinasihatkan supaya tidak berada dekat dengan orang yang sedang merokok , tidak mendekati binatang peliharaan , elak dari berpanas atau terlalu sejuk , menjaga kebersihan rumah dari habuk dan elak berbaring di karpet supaya dapat menghindarkan diri dari mendapat serangan asma .


Selebihnya , berserah kepada Allah , banyakkan berdoa minta dijauhkan dari segala jenis penyakit dan bayi berada dalam keadaan baik dan sihat sehingga saat melahirkan dandilahirkan serta rajinkan diri membaca al - Quran  .


Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll



Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll | Ramai anak-anak anda yang suka makan cheese . malah ibu bapa juga ramai yang suka makan cheese . Jadinya , kalau buat hidangan sarapan / makan petang menggunakan cheese sebagai bahan sampuran , mesti ramai yang akan suka memakannya .

Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll

Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll  


Untuk menghasilkan Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll , anda perlukan bahan - bahan berikut seperti :


Bahan-bahan :

1 biji telur
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak sayuran
5 oz @1 1/4 cawan parutan cheese (parmesan@ pecorino)
1/4 sudu besar baking powder
1sud kecil garam
1 1/2 cawan tepung ubi / tepung kanji (boleh pakai tepung jagung 3/4 cawan sahaja)

Cheese Bread / Brazillian Cheese Roll

Cara-cara membuatnya :


■Panaskan oven 190°c selama 10-15 minit

■Blend telur + susu segar + minyak

■Masukkan cheese. blend lagi

■seterusnya , masukkan baking powder + garam

■masukn tepung ubi sedikit-sedikit sehingga habis

■Griskan acuan muffin. tuang adunan

■optional saya tabur oregano (resepi asal tak ada)

■ bakar suhu 190°c selama 20 minit @ sehingga masak bergantung pada oven masing-masing . (permukaan kekuningan coklat)

* Facebook


Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu


Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu | Ayam adalah makanan kegemaran ramai orang . Nak beralih kepada cara hidangan makanan yang sihat , ayam kukus dan ayam panggang adalah caranya . Ayam panggang satay sudah biasa . Ayam percik juga sudah biasa malah ada kandungan santan . Apa kata kita cuba resepi baru .

Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu


Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu


Resepi ringkas hari ini , Chinta hidangkan kepada anda ayam BBQ madu hasil tangan ieda fareeda . Untuk menghasilkan ayam BBQ madu , berikut adaah bahan-bahan ayam BBQ madu yang perlu anda sediakan dan cara-cara membuatnya .

Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu

bahan-bahannya :

Bawang putih
Garam
Kiub ikan bilis
Sedikit kari
Serbuk cili
Gula
Madu

Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu

Cara-cara membuatnya :


1- basuh ayam , toskan .

Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu

2- tumbuk 3-4 ulas bawang putih ( seekor ayam )

Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu

3- Gaul bersama bawang putih, garam secukup rasa, kiub ikan bilis, gula 1/2 kg (untuk seekor ayam) boleh kurangkan ikut kesesuaian. Masukkan juga kari satu sudu dan madu (lebihkan jika nak lagi sedap tp kurangkan gula) nnt terlebih manis pulak

Resepi Ringkas Ayam BBQ Madu

4- Akhir sekali gaulkan dengan serbuk cili. 
Untuk seekor ayam sucup dengan sepacket kecik serbuk cili babas.

5- Perap semalaman atau sekurang-kurangnya lebih dari 10 jam .


Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik



Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik | Majlis perkahwinan tak akan lengkap tanpa bilik tidur pengantin . Malam pertama merupakan malam terpenting kepada pasangan pengantin kerana pada malam tersebut adalah merupakan malam pertama mereka tidur bersama . Justeru itu , bilik tidur pengantin mestilah romantik .


Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik

Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik


Sekiranya bakal pengantin di luar sana masih tercari - cari idea untuk menghias bilik pengantin agar kelihatan romantik , mungkin gambar-gambar dibawah dapat memberi anda inspirasi untuk menghasilkan bilik tidur pengantin romantik .


Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik



Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik

Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik

Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik

Idea Bilik Tidur Pengantin Romantik







Warna Tema Perkahwinan 2016


Warna Tema Perkahwinan 2016 | Walaupun tahun ini adalah tahun yang paling sesuai untuk menyimpan duit , jika tarikh perkahwinan sudah ditentukan , maka majlis perlu juga dijalankan . Perkara utama yang selalu memeningkan pengantin adalah warna tema baju pengantin , ahli keluarga serta hiasan majlis perkahwin termasuk pelamin dan bilik tidur pengantin .


Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016 


Warna Tema Perkahwinan 2016 tak banyak lari dari warna tema perkahwinan tahun 2015 yang lebih kepada warna-warna pastel ataupun warna-warna lembut . Berikut adalah 10 warna tema perkahwinan 2016 yang paling popular .


Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016


Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016

Warna Tema Perkahwinan 2016


Awesome Ideas Wall Decorations For CNY



Awesome Ideas Wall Decorations For CNY | Dinding di ruang tamu merupakan tumpuan utama bila anda berehat juga bila tetamu datang berkunjung . Justeru itu , sudah tentu anda mahukan suasana yang menarik pada ruang tamu rumah anda . Malah ianya juga boleh menjadi terapi ketika anda stress .

Idea Menghias Dinding Yang Owesome

Awesome Ideas Wall Decorations For CNY


Sekiranya anda seorang yang kreatif dan suka mencubanya sendiri seperti melakukan DIY , anda mungkin boleh mencuba mendekorasi dinding rumah anda sebagaimana gambar di bawah . Walaupn nampak ringkas , Idea Menghias Dinding itu kelihatan menarik . Anda hanya perlu menggunakan dua warna serta lampu untuk memberi kesan yang lebih menarik .


Idea Menghias Dinding Yang Owesome


Idea Menghias Dinding Yang Owesome

Cara Mudah Sendawakan Bayi



Cara Mudah Sendawakan BayiBayi baharu lahir perlu bersendawa selepas menyusu. Perlukah bayi sendawa? Jawapannya ya! Mengapa? Ini kerana sendawa dapat mengelakkan perut bayi kembung atau kolik. Kembung perut berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis. Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkan bayi berasa tidak selesa.


Cara Mudah Sendawakan Bayi

Cara Mudah Sendawakan Bayi




Sendawa adalah salah satu 'alat bantu' untuk mengelakkan bayi mengalami kembung perut. Berikut adalah cara mudah sendawakan bayi .



1. Bersandar pada bahu


Cuba dukung bayi menggunakan sebelah tangan dan meletakkan kepala bayi bersandar pada bahu anda. Tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi sehingga bayi sendawa. Posisi ini dilakukan secara berdiri atau duduk di kerusi. Bagi mungkin akan jeluak atau termuntah susu, jadi jangan lupa alas bahu anda dengan sapu tangan kecil.

2. Duduk posisi tepi atas riba


Pegang dan baringkan bayi secara meniarap atas perutnya dengan posisi melintang dengan kedudukannya atas paha anda. Pegang bahagian dada bayi dengan sebelah tangan. Pastikan kedudukan kepala bayi sedikit tinggi daripada badannya. Sebelah tangan lagi, perlahan-lahan menepuk belakang bayi atau urut pun boleh dalam cara usap naik dan turun.

3. Bayi duduk


Pegang bayi dan ribanya dalam posisi duduk menghadap ke depan. Semasa bayi di pangkuan anda, pegang bahagian dadanya supaya mudah anda menggerakkan paha anda perlahan-lahan. Gerakkan ini akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Jika masih belum berjaya, usap dengan sebelah tangan bahagian belakang bayi.

4. Dukung bayi


Pelbagai posisi dilakukan supaya bayi sendawa, namun anda masih belum berjaya. Mungkin anda boleh menggunakan cara dukung bayi. Mudah sangat untuk dipraktikkan. Hanya perlu dukung bayi dan goyang-goyangkan badan kita kanan ke kiri akan membuatkan bayi sendawa sendiri. Sambil itu, anda boleh usap bahagian belakang bayi dengan berjalan-jalan di sekitar rumah anda.



Resepi Ringkas Puding Roti Nutella


Resepi Ringkas Puding Roti NutellaRamai yang suka denagn Nutella ni kan . Jem nutella n kalau sapukan pada roti memang walla ! Nutella kalau dicalitkan pada jari kemudian masukkan ke dalam mulut , juga lazat . Malah anak-anak tidak enolak jika diberikan nutella .


Resepi Ringkas Puding Roti Nutella

Resepi Ringkas Puding Roti Nutella


Oleh kerana ramai yang suka dengan nutella ni apa kata kita buat satu hidangan menggunakan nutella . Chinta nak kongsi resepi ringks dan mudah serta cepat siap dibuat iaitu Resepi Ringkas Puding Roti Nutella .


Resepi Ringkas Puding Roti Nutella

Berikut adalah bahan-bahannya :


1 bungkus roti Gardenia jumbo (boleh juga guna French Loaf)

3 cawan susu segar
1/4 cawan krim (boleh guna brand Anchor)
1 cawan gula
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil serbuk kopi segera (Nescafe)
1 sudu besar ekstrak vanilla
6 biji telur dipukul sedikit
8 oz dark chocolate compound
1/4 cawan + 2 sudu besar Nutella



Resepi Ringkas Puding Roti Nutella

Langkah-langkah:



1. Panaskan oven pada suhu 170 degC.

2. Roti dipotong dadu besar.

3. Griskan loyang dengan sedikit mentega dan masukkan roti yang telah dipotong ke dalam loyang.

4. Di dalam sebuah mangkuk, gaulkan krim dan susu segar sehingga sebati. 

5. Di dalam mangkuk yang lain, gaulkan gula, gula perang, serbuk koko dan serbuk kopi segera sehingga sebati dan kemudian masukkan ke dalam mangkuk berisi susu dan krim. Gaulkan sehingga sebati. 

6. Pukulkan telur bersama vanilla dalam mangkuk kecil dan kemudian, campurkannya ke dalam mangkuk berisi campuran susu dan gula. Gaul sehingga sebati.


Resepi Ringkas Puding Roti Nutella

7. Masukkan dark chocolate compound.

8. Cairkan 1/4 cawan Nutella di dalam sebuah periuk kecil dengan menggunakan api kecil (boleh juga guna microwave) sehingga ianya boleh dituang. Setelah Nutella cair, campurkannya ke dalam campuran susu tadi. Gaul sehingga sebati.

9. Tuangkan bahan basah tadi ke atas roti di dalam loyang. Biarkan terendam selama lebih kurang 20 minit atau sehingga kesemua roti telah menyerap campuran telur tadi.

10. Bakarkan di dalam oven selama 1 jam atau apabila dicucuk dengan lidi, lidi adalah bersih apabila dikeluarkan.

11. Siap untuk dihidangkan panas ataupun sejuk.




Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali


Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali | Ayam dimasak cara panggang dapat mengurangkan lemak yang akan masuk ke dalam perut kita . Malah ayam yang dimasak dengan cara panggang lebih sihat kerana tidak menggunakan bahan yang menambahkan lemak dalam badan .

Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali

Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali


Dah selalu panggang ayam guna stail ayam percik , satay , kebab dan menggunakan madu . 
Kali ini , kita panggang ayam ala itali pula .
Sedap ke panggang ayam ala itali ?
Kena cuba Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali baru tahu sedap ke tidak .
Jom tengok bahan dan langkah pembuatan ayam panggang ala itali di bawah .


Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali

Bahan-bahan:




1) Bawang putih*
2) Italian Herb*
3) Season All (McCormick)*
4) Lada Hitam*
5) Garam*
6) Lemon
7) Ayam 
8) Potato
9) Daun Ketumbar
10) Olive oil




*Bahan yang ditumbuk



Cara Membuatnya :


Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali

1- tumbuk bawang putih , italian herb , season all , lada hitam dan garam .


Resepi Ringkas Ayam Panggang Ala Itali

2- Lumurkan bahan tumbuk .

3- Perahkan lemon .

3- Gaul semua bahan pada ayam hingga mesra .

4- Perap semalaman . Boleh juga perap dalam sejam .

5- Grill dalam oven selama 1 1/2 jam dengan suhu 200 - 220 .

6- Balikkan ayam selepas 45 minit supaya ayam masak sekata .

7- taburkan  daun ketumbar sebelum dihidangkan .


Ayam panggang ala itali sedap dimakan bersama kentang panggang juga salad sayuran campur .
Selamat mencuba !





Bolehkah Wanita Memakai Minyak Wangi ?


Assalamualaikum ...

Bolehkah Wanita Memakai Minyak Wangi ? | Bismillah . Minyak wangi merupakan haruman yang digemari ramai . Selain boleh menutup bau peluh , keharuman minyak wangi dapat menjadikan orang yang ada disisi kita menjadi lebih selesa . Malah keharuman itu boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang ada berdekatan dengan kita .


Bolehkah Wanita Memakai Minyak Wangi ?


Bolehkah Wanita Memakai Minyak Wangi ?


Untuk mengupas lebih lanjut tentang Bolehkah Wanita Memakai Minyak Wangi ini , CM sertakan ulasan yang dilakukan oleh - Al-Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat hafidzahullah untuk dikongsikan bersama pembaca CM .

Hadis Pertama :


من عرض عليه طيب فلا يرد ه فإ نه خفيف المحمل و طيب الرائحة 
Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah)

Hadis Kedua :



حبب الي من دنيا كم : النساء و الطيب ، وجعلت قرة عيني فى الصلا ة 
Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.”  (Shahih riwayat ahmad, Nasa’i, Hakim dan Baihaqi dari jalan Anas bin Malik)

Hadits Ketiga :


أطيب الطيب المسك 
Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah : misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari jalan Abi Sa’id al Khudriy)

Hadits Keempat :


إذ ا شهدت احد ا كن العشاء فلا تمس طيبا 
Apabila salah seorang dari kamu (kaum wanita) menghadiri (sholat) isya’ (dimasjid) maka janganlah dia memakai wangi-wangian.” (Shahih riwayat Muslim, Ahmad, Nasa’I dari jalan Zainab)

Hadits Kelima :


أيما امرأ ة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخر ة 
Siapa sahaja perempuan yang memakai harum-haruman, maka janganlah dia menghadiri (sholat) isya’ di (masjid) bersama kami.”  (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud dan Nasa’I dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Keenam :




إذ ا خرجت المرأ ة إلى المسجد فلتغتسل من الطيب كماتغسل من الجنابة 
Apabila seseorang perempuan keluar ke masjid, maka hendaklah dia mandi (membersihkan diri) daripada wangi-wangian sebagaimana dia mandi daripada janabat.”  (Shahih riwayat Nasa’i dari jalan Abi Hurairah)

Hadits Ketujuh :


أيما امرأ ة تطيبت ثم خرجت إلى المسجد ، لم تقبل لها صلا ة حتى تغتسل 
Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima sholatnya sehingga dia mandi terlebih dahulu (membersihkan dirinya daripada wangi-wangian tersebut).” (Shahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Hadits Kelapan :


أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية 
Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”  (Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa). 

Keterangan :


1. Hadits ke-1, 2 dan 3 itu dengan jelas menyatakan : 


Sangat disukainya kita memakai harum-haruman/wangi-wangian. Dan hukum ini bersifat umum, yakni ia jatuh kepada kaum lelaki dan wanita, ini kerana di dalam hadits-hadits itu tidak dibezakan sama sekali antara lelaki dan wanita. Bahkan dihadits ke-1 itu ada larangan menolak pemberian harum-haruman. Sedangkan hadits ke-2 itu menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ’alaihi wa sallam amat menyukai wangi-wangian. Padahal telah kita maklumi daripada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا 
” Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah.”  ( Al Ahzab : 21 )
Nabi s.a.w menjadi suri tauladan (uswatun hasanah) bagi kaum muslimin dan muslimat. Sedangkan hadits ke-3 itu menyatakan bahawa misk/kasturi adalah harum-haruman yang paling baik buat kita pakai. Demikian keterangan Nabi s.a.w.

2. Hadits ke-4 dan 5 itu menegaskan : 


Haram hukumnya bagi kaum wanita keluar ke masjid untuk menghadiri sholat isya’ dengan memakai harum-haruman. Disebutnya sholat isya’ disini tidak bererti menghadiri sholat-sholat lainnya diperbolehkan. Tidak sekali-kali demikian ! Ini kerana hadits ke-6 dan 7 bersifat umum mencakupi seluruh macam sholat, baik sholat fardhu mahupun sholat-sholat sunat ( seperti sholat tarawih dan sholat hari raya ). Disebutkan sholat isya’ dihadits ke-4 dan 5 itu boleh jadi kerana fitnahnya lebih besar kerana sholat isya itu dikerjakan di waktu malam.

3. Hadits ke-6 itu menunjukkan : 


Wajib hukumnya bagi kaum wanita yang hendak keluar ke masjid membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebagaimana halnya dia mandi janabat.

4. Hadits ke-7 itu mengandungi hukum : 


Siapa sahaja perempuan yang keluar ke masjid dengan memakai wangi-wangian, maka sholatnya tidak diterima oleh Allah Azza wa Jalla. Demikianlah dzahirnya sabda Nabi s.a.w. Hendaklah hadits tersebut diambil perhatian betul-betul, ini kerana telah kita saksikan kebiasaannya kaum wanita di masa kita sekarang ini apabila mereka keluar ke tanah lapang untuk sholat hari raya mereka memakai wangi-wangian yang baunya tersebar kemana-mana. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un !

5. Dari hadits ke- 4, 5, 6, dan 7 serta keterangan-keterangan dapatlah dengan mudah kita ketahui : 


Apabila ’keluar’ ke tempat-tempat ibadah sahaja dilarang keras bagi kaum wanita memakai wangi-wangian, apalagi ke tempat-tempat lain seperti pergi ke pesta perkahwinan dan lain-lain. Sudah barang tentu larangannya lebih keras lagi. Sebagai contoh :

وَقَضَى رَبُّكَ أَلا تَعْبُدُوا إِلا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاهُمَا فَلا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلا كَرِيمًا 

” Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya Perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka Perkataan yang mulia.” ( Al Israa’ : 23 )

Dalam ayat diatas kita dilarang berkata ’ah’ terhadap kedua orang tua. Sudah tentu mencaci maki keduanya lebih keras lagi larangannya. Dan memukul keduanya akan lebih keras lagi larangannya dan begitulah seterusnya.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 
Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah Menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.  " ( An Nuur : 30-31 )

Allah Azza wa Jalla perintahkan kaum mu’minin dan mu’minat supaya menundukkan pandangan-pandangan mereka. Ini tentu menunjukkan bahawa pandangan-pandangan mata, berdekat-dekatan, berpegang-pegangan, berciuman, tari-menari akan lebih keras lagi larangannya.

Kalau bagi kaum wanita telah dilarang keluar dengan memakai wangi-wangian meskipun bukan untuk orang lain mendapat baunya, tentu keluar dengan maksud menyebarkan bau supaya orang-orang mencium baunya lebih keras lagi larangannya. Dan perempuan yang demikian Nabi s.a.w. kita menamakannya sebagai perempuan zina ( lihat hadits ke-8 , dan hadits ke-8 itu bersifat umum yakni keluar kemana sahaja baik ke masjid mahupun ke tempat-tempat lainnya.)


Kesimpulan :


1. Perempuan dibolehkan bahkan sangat disukai memakai wangi-wangian didalam rumahnya khususnya untuk suami (jika ada).

2. Perempuan yang hendak keluar rumah, maka wajib hukumnya membersihkan dirinya daripada wangi-wangian sebersih mungkin.

3. Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi/harum-haruman/wangi-wangian.

Kemudian datang satu pertanyaan daripada saudara kita, ” Apakah hukum di atas terkena juga kepada perempuan-perempuan yang keluar rumah dengan memakai ’sesuatu ubat’ (seperti deodoron) untuk menghilangkan bau badannya yang tidak enak?”

Saya jawab, kalau ’sesuatu ubat’ yang dimaksudkan itu tidak menyebarkan bau wangi, maka tidaklah terlarang, bahkan mesti dipakai untuk menghindari rasa jijik orang-orang yang sering membuakant perempuan-perempuan rendah diri. Kalau ’sesuatu ubat’ itu menyebarkan bau wangi, maka tetap hukumnya terlarang. Akan tetapi kalau ’sesuatu ubat’ itu hanya sebentar sahaja menyebarkan bau harum/wanginya. Hendaklah ditunggu sehingga hilang (baunya), kemudian baru boleh keluar rumah. 

Demikianlah jawapan saya.




Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan