Featured
loading...

Anak Ramai Kurang Risiko Kanser Ovari


Anak Ramai Kurang Risiko Kanser Ovari | Orang zaman dulu kebanyakannya ramai anak . Ini disebabkan tiada mengamalkan perancangan keluarga , tiada aktiviti lain di waktu malam selain bekerja sendiri menyebabkan mereka banyak waktu senggang / berehat .

Pun begitu , mereka jarang merungut susah untuk membesarkan anak kerana di zaman itu , anak - anak patuh pada ibu bapa dan sudah terbiasa hidup dalam kesederhanaan sama ada dari segi makanan , pakaian dan tempat tinggal .


Anak Ramai Kurang Risiko Kanser Ovari


Baru - bari ini , ahli akademik di Universiti Oxford mendapati bahawa ibu yang melahirkan ramai anak mempunyai kurang risiko menghidapi kanser ovari . Apabila seseorang ibu itu melahirkan anak kedua dan seterusnya , kadar risiko kanser ovari menurun kepada 8 % bagi setiap kelahiran .

Ahli akademik berpendapat ianya ada kaitan dengan hormon estrogen yang dikeluarkan oleh ibu tersebut . Hormon estrogen boleh menyebabkan ketumbuhan . Bila seseorang ibu itu mengandung beberapa orang anak , hormon estrogen ini makin berkurangan .

Kajian terhadap beberapa wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas , pakar mendapati apabila seorang wanita memiliki seorang anak , akan mengurangkan risiko kanser ovari kepada 20 %  . Namun begitu , risiko kanser ovari berkurangan menjadi 40 % untuk dua jenis penyakit utama iaitu ketumbuhan endometriosis dan sel nyata .

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan memberi susu ibu serta mengambil pil pencegah kehmilan , mengurangkan risiko mendapat kanser ovari kerana kedua - duanya menyekat penghasilan estrogen .

Pembunuh Senyap


Kanser ovari dianggap sebagai pembunuh senyap kerana sering dapat dikesan pada peringat akhir ataupun tahap 3 . Ini disebabkan kekeliruan pesakit yang merasakan sakit tersebut disebabkan oleh sindrom usus semasa kedatangan haid ataupun menopaus .




Cara Mudah Buat Rainbow Rolls Cake


Assalamualaikum ...

Cara Mudah Buat Rainbow Rolls Cake  | Hari cuti hujung minggu di hujung tahun , banyak aktiviti yang akan anda serta ahli keluarga lakukan . Selain menghadiri majli perkahwinan , pulang kekampung halaman bercuti bersama keluarga , melakukan aktiviti luar , anda juga boleh melakukan aktiviti di dapur bersama anak - anak anda . Menghasilkan rainbow rolls cake adalah antara aktiviti yang anda dan anak - anak anda boleh lakukan .


Rainbow Rolls Cake


Rainbow Rolls Cake



Rainbow Rolls Cake


Cara Mudah Buat Rainbow Rolls Cake


Bila melihat pada gambar - gambar rainbow rolls cake di atas , kita rasa seolah - olah sukar nak menghasilkan . Mungkin juga ada yang bertanya bagaimana mahu menghasilkannya . Malah pilihan warnanya kelihatan sempurna dan menarik bila dilihat . Rainbow rolls cake ni sesuai dihasilkan untuk majlis santai juga untuk menyambut tetamu .


Rainbow Rolls Cake


Kat bawah ni ada cara - cara bagaimana nak hasilkan rainbow rolls cake . Kalau anda ikut setiap langkah yang diberikan , insha Allah anda akan dapat hasilkan sebagaimana yang tertera di gambar . Anda hanya perlu asingkan adunan mengikut warna sebelum anda aturkan adunan itu bersebelahan di dalam dulang pembakar . Mudah saja kan !


Rainbow Rolls Cake



Rainbow Rolls Cake



Selamat mencuba bagi anda yang rajin ke dapur dan menghasilkan kek untuk seisi keluarga . Sungguh lazat dimakan semasa panas bersama air teh atau kopi di kala hujan turun membasahi bumi . Malah boleh juga dihasilkan untuk tujuan perniagaan .



Resepi Ringkas Nasi Cendawan


Resepi Ringkas Nasi Cendawan | Cendawan merupakan sejenis kulat yang tumbuh diatas tanah dan menjadikan tanah sebagai sumber nutrisinya . Kerana sumber nutrisi semulajdinya itulah , cendawan menjadi herba yang berguna kepada kehidupan manusia . Cendawan yang biasa anda lihat di pasaran seperti cendawan tiram , cendawan telinga , cendawan shitake , cendawan butang , cendawan enoki , cendawan kukur , cendawan jarum emas , cendawan kukur dan sebagainya . Tapi awas , ada cendawan yang beracun !

Khasiat Cendawan


Kajian menunjukkan bahawa cendawan dapat mengurangkan gula serta menambah insulin dalam darah . Selain itu , cendawan dikatakan juga dapat membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit . Jika anda gemar makan cendawan , ianya dapat menghalang anda dari menghidapi penyakit kanser .


Nasi Cendawan

Nasi Cendawan 


Orang Jepun sangat popular dengan hidangan nasi cendawan . Mereka menggunakan cendawan matsutake sebagai bahan utamanya . Apa kata anda juga cuba memasak nasi cendawan sebagai hidangan pilihan anda hari ini .


Nasi Cendawan

Cara Menyediakan Nasi Cendawan


Langkah untuk menyediakan nasi cendawan , sudah tentu anda perlukan cendawan . Anda boleh gunakan apa sahaja jenis cendawan yang ada di pasaran mengikut selera anda . Bahan yang perlu anda gunakan selain adalah ;
  • cendawan
  • beras
  • air
  • sedikit butter cair
  • bawang putih
  • bawang besar
  • kiub ayam
  • daun bawang

Kesemua bahan diatas kecuali daun bawang dan cendawan , hendaklah campurkan dalam periuk . Bagi cendawan pula , anda hanya perlu taburkan di atas beras . Apabila nasi sudah masak , taburkan daun bawang dan gaul hingga mesra . Mudah sahaja caranya dan ianya adalah makanan yang sihat .


Diet Mudah



Cendawan adalah berkalori rendah tetapi dapat membekalkan tenaga sama seperti daging . Oleh itu cendawan dapat menjadi diet yang berkesan dalam mengurangkan tenaga dan pengambilan lemak . Hanya dengan memakan cendawan , ianya boleh mengenyangkan anda .




5 Jenis Cinta Yang Barakah


5 Jenis Cinta Yang BarakahAda tak sesiapa yang bosan bila cakap pasal cinta ? Rasanya lebih ramai yang suka daripada benci kan ! Persoalan cinta memang sentiasa seronok dibicarakan sebab lahir jer ke dunia , kita dah kenal cinta . Bila remaja , suka lelaki jer dah jatuh cinta . Bila dewasa lak , jatuh cinta jer terus nak kahwin . Bila tua lak , kita dapat cinta dari anak - anak dan cucu .


5 Jenis Cinta Yang Agung


Cinta


Ada orang kata , bila cinta kita okey , hidup kita pun okey juga . Tapi sebenarnya bila cinta kita okey , pelajaran akan terabai terutama kat sekolah menengah la , kerjaya terbarai hingga produktiviti menurun . Mana tak nya , kita sentiasa berusaha untuk menggembirakan dan memenuhi kehendak si dia walaupun sibuk dan memang tak de masa serta penat melalui tugas seharian .

Sebenarnya bila kita bercinta , kita kena letak di pertengahan . So kalau tak menjadi , tak lah membenci dan hati taklah sakit sangat . Jadi kita terselamat dari menzalimi diri sendiri .

5 Jenis Cinta Yang Barakah


Ada pelbagai jenis cinta yang kita temui dan jalani sepanjang perjalanan hidup kita ini . Jenis cinta ini , kalau kita tanganinya dengan baik , maka hidup kita akan jadi sempurna .

CINTA boleh dibahagikan kepada 5 cabang :

1. Cinta pada Allah


Orang yang bercinta kerana Allah , akan mengambil keputusan sebagai hamba Allah berdasarkan hukum  dan nilai - nilai yang ditetapkan melalui Quran . Bila timbul masalah , mereka kan serahkan kepada Allah , pasrah , redha dan mengharapkan Allah membantunya meneguhkan iman dalam mengharungi cabaran cintanya. Maka dia akan cemerlang dalam cintanya . Sekurang - kurangnya tak la jadi gila ... heheheee

2. Cinta pada Nabi 


Menjadikan sunnah Rasulullah dan hadis nabi sebagai sandaran dan juga panduan dalam melalui ranjau percintaaan demi membina sebuah perkahwinan yang bahagia . Kehidupan Baginda bersama para isterinya adalah sebaik - baik contoh dan rujukan .

3. Cinta pada Ilmu


Bila korang berilmu , korang dapat selesaikan masalah percintaan dengan lebih bijak . Tak kira lah guna kaedah psikologi , al - Quran dan hadith . Bijak mencari punca dan kaedah penyelesaian , pandai berdiplomasi , bertolak ansur . Wujudkan komunikasi yang berkesan untuk handle perbincangan . Bijak kawal emosi dan tahu bila perlu mengalah dan bertegas dengan keputusan yang di buat . Yang penting jangan pentingkan diri sendir dan panas baran ... emmm memang hancur lah semuanya nanti .

4. Cinta pada Ibubapa


Ibubapa boleh menjadi penasihat yang baik berdasarkan pengalaman hidup mereka . Mereka juga ada petua dan tips macam mana nak kekalkan cinta nih . Apa tanggungjawab suami / isteri dalam sesebuah rumahtangga . Malah Islam menggalakan mereka menjadi perunding bila perkahwinan anaknya menghadapi masalah .

5. Cinta pada Sesama Makhluk 


Kalau kita boleh sayangkan binatang , maka kita adalah pencinta yang agung . Berkongsi makanan  / rezeki dengan yang lebih memerlukan bermakna dalam diri kita penuh rasa cinta . Mereka ini tidak akan bunuh diri kerana cinta . Kerana dia berkongsi cintanya dengan makhluk lain .


Cinta yang betul akan semarakkan lagi kerjaya , cinta yang songsang akan terpengaruh dengan pelbagai agenda syaitan . Ramai yang hilang masa depan kerana cinta . Bila ada masalah , unsur - unsur di atas akan menyumbang dalam mengembalikan kestabilannya . 


Bercintalah seadanya sewaktu di alam percintaan dan bercintalah sepenuhnya bila sudah berkahwin . Cinta itu untuk dinikmati bukan ditangisi . Adanya cinta , perkara yang mustahil akan jadi mungkin .




Cara Tafsir Lelaki


Semalam saya menonton program reality show favourite say yang bertajuk PERFECT MATCH di ntv7 jam 6.30 pm setiap Ahad . Program ni membariskan 24 jelitawan dari golongan profesional atau biasa . Mereka memilih calon suami yang sesuai dengan kriteria yang mereka tetapkan . Pembaca boleh gak tengok kat YouTube , tapi tak de la subtitle Bahasa Melayu 
    
Bila tetamu lelaki naik ke pentas , merek akan memperkenalkan diri . Pastu lelaki berkenaan akan diberi peluang memilih wanita mana yang dia berkenan tapi 24 jelitawan tak tau sapa yang dia pilih . Pas tu 24 jelitawan di beri peluang mentafsir lelaki ini selama 1 minit sebelum memilih nak off kan lampu ( menolak lelaki ini ) selepas melihat penampilannya atau nak terus menyalakan lampu .


Cara Tafsir Lelaki



Cara Tafsir Lelaki


Dalam program Perfect Match ini dapatlah saya simpulkan beberapa ciri yang wanita lihat bila tafsir lelaki melalui pandangan pertama . Antaranya :

1. Keterampilan fizikal .


Satu minit yang diberi adalah first impression dari jelitawan terhadap lelaki berdasarkan pengenalan diri dan fizikal . Ada yang off lampu hanya kerana tak suka dengan fesyen rambut lelaki tersebut . Sebab lain , perut buncit , dressing tak menarik , ketinggian , cakap terlalu laju masa kenalkan diri , umur , saiz fizikal , ekpressi muka dan banyak lagi . 

2. Cara berkomunikasi 


Selepas tu jelitawan akan bertanya apa saja soalan berdasarkan keterampilan lelaki itu di atas pentas . Pada tahap ni , tetamu lelaki sebenarnya diuji cara dia berkomunikas dengan menjawab soalan . Ada yang ekpresi wajahnya tenang , ada yang gelabah , ada yang cakap macam kena kejar harimau ...


3. Latar belakang / kerjaya


Tayangan video tentang pekerjaan dan sedikit latar belakang tetamu lelaki . Jelitawan akan bertanya lebih lanjut tentang kerjaya ,  keluarga dan tempat tinggal . Sekiranya tak boleh memenuhi kehendak , mereka akan off lampu .

4. Penetapan kriteria dan ciri - ciri wanita pilihan


Ramai jelitawan akan off lampu pada tahap nih . Ye la kalau syarat nak yang cantik , pandai bergaya , kerjaya yang mantap , boleh jaga ibubapanya , pandai masak , dari keluarga yang ada nama , boleh bersosial mengikut statusnya dan segala macam lah . Lagi cerewet lelaki tu , lagi banyaklah lampu yang off .

5. Komen dari kawan - kawan dan ahli keluarga tentang dirinya yang sebenar 


Lampu jelitawan akan off semua bila rakan dan ahli keluarga menceritakan semua sifat / kegemaran buruk mereka . Komen membunuh ! . Ada yang kaki clubbing / karaoke sampai lewat malam , suka beli loteri , pentingkan keluarga lebih segalanya , malas kemas rumah , suka tengok perempuan cantik , tak boleh lupa bekas teman wanita , tak boleh buat keputusan segera , pemboros , suka ikut kata hati , pentingkan diri , terlalu pemurah / baik hati , perasan dirinya bagus , tak dengar nasihat orang lain , panas baran dan macam - macam lagilah . Sekurang - kurangnya jelitawan akan kenal siapa lelaki itu sebenarnya sebelum buat keputusan untuk memilih lelaki itu atau tidak .

Wanita Pilihan Lelaki


Tetamu lelaki yang dapat bawa balik jelitawan pilihan selalunya memilih yang simple dressing , tak cerewet memilih , berwajah tenang , bijak berkomunikas / menjawab soalan , berdiplomasi dan sporting .

Ada gak jelitawan pilihan lelaki itu yang menjadi orang pertama memuji , bertanya soalan seolah - olah nak terus bercouple dan terus nyalakan lampu sampai akhir . Ada satu episod tuh pengacaranya secara berseloroh mengatakan : " macam mereka berdua jer la yang ada kat studio ni . " dan jelitawan yang lain off lampu semata - mata nak bagi peluang kat perempuan tuh .  Inilah yang dikatakan jodoh . Sebab naluri mereka sama . Memang hebat !

NTV7 pernah buat program ni versi Malaysia , tapi tak best dan tak menjadi sebab banyak ubah dari versi yang asal . Kalau penerbit wat ikut konsep asal / asli , rasanya tak de masalah kot . Cuma ada halangan agama dan budaya jer . Heheheee ... nak wat camna ... 

" Dan kahwinkanlah orang - orang bujang ( lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan . Jika mereka miskin , Allah SWT akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah SWT Maha Luas ( rahmatNya dan limpah kurniaNya ) lagi Maha Mengetahui . "      
( Surah An - Nuur : 32 )

Pesanan Kepada Bakal Pengantin


Assalamualaikum ...


Pengantin memang sinonim dengan musim cuti . Tak kiralah sama ada musim cuti perayaan ataupun musim cuti sekolah . Itu dulu . Sekarang pula , hampir setiap minggu ada majlis kahwin . Cuma bila masuk musim cuti sekolah , majlis kahwin makin rancak dan lebih banyak dari sebelumnya . 


Pesanan Kepada Bakal Pengantin


Pesanan Kepada Bakal Pengantin



Wahai bakal pengantin ( dah macam menyeru gayanya ) , usahakanlah atau jadikanlah perkahwinan kamu itu adalah perkahwinan yang dibina berlandaskan al - Quran dan Sunnah Rasulullah atau dipermudahkan sebutan sebagai Pengantin Al - Quran . Dalam melayari bahtera perkahwinan , senjata paling kuat adalah doa serta solat . Disitulah Allah membantu kita selesaikan masalah .

Saya ada mengikuti program Halaqah di tv9 satu masa dulu ( tak lah lama sangat pun ) , ustaz yang menjadi panel ada berpesan kepada bakal pengantin ;


" bila baru kahwin , isteri masak tak sedap jangan cakap ; ' tak macam mak I masaklah ! ' Sebaliknya , minta si isteri belajar dengan ibunya . Jangan pula si suami baran ya ! Malah suami juga boleh masak sekali sekala . ' "

Perkahwinan paling ideal yang pembaca boleh jadikan contoh adalah perkahwinan Rasulullah dengan Khadijah . Kehidupan baginda sangat mawaddah , kegembiraan penuh kasih sayang .

Ketika Rasulullah berkahwin dengan Khadijah , Khadijah berusia 40 tahun . Tapi dapat melahirkan anak seramai 6 orang ( kalau tak silap saya ) dan Rasulullah bersama Khadijah sehingga Khadijah wafat . Selepas itu barulah baginda menikah lagi .



Pesan ustaz lagi :

1- Sebenarnya , suami perlulah melayan isteri dengan lemah lembut , bergurau senda , geletek sana sini , cakar harimau pun boleh macam ustazah Nor Bahyah cadangkan malah berkejaran seperti Rasulullah lakukan bersama Aisyah juga merupakan nafkah batin !
2- Bukan sukar sebenarnya untuk bahagia , walau bukan kerana cinta , asalkan ada restu dari ibu bapa , juga redha Allah dan ikhlas kerana Allah , insha Allah dipermudahkan urusannya .
3- Andai kita tak rasa bahagia , minta ibu doakan , insha Allah , mustajab doanya !
4- Seeloknya , selepas selesai akad nikah , isteri turut serta bersama suami melakukan sujud syukur , doa minta dipermudahkan perjalanan bahtera perkahwinan .
5- Bila " Bersama " sama ada isteri mahupun suami perlu berdoa supaya janin yang terhasil itu menjadi soleh dan solehah .
6- Seorang suami perlu menjadi imam solat pada keluarganya , supaya wujud rasa hormat , patuh dan lebih mesra serta dapat elak diganggu syaitan .
7- Suami perlu ada wibawa / keupayaan supaya dapat memimpin isteri serta anak di dunia juga menuju akhirat .


8- Jadikan suasana rumah itu , rumahku syurgaku . Syurga bagi isteri dan anak - anak !

Perkahwinan Berlandaskan Al Quran Dan Sunnah



Makanya , pengantin yang mengikut Al - Quran dan Sunnah , melakukan ibadah solat dan puasa bersama , mendidik anak sehingga jadi soleh dan solehah , adalah perkahwinan yang paling ideal .


Ustaz juga mencadangkan supaya pasangan pengantin mendalami maksud surah al - Furqan juga al - Baqarah kerana didalamnya lengkap dengan semua permasalahan serta kasih sayang Allah .


Sesungguhnya , Al - Quran itu wahyu daripada Allah ! Jangan sekali - kali dipandang sepi ...

Rupanya ada sebahagian negeri menjalankan khatam Quran dan ustaz tu ada mention Johor . Saya suka dengan perkembangan terbaru ni ...



Firman Allah yang bermaksud :


" Dan di antara tanda - tanda kekuasaan - Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri - isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan jadikan - Nya di antaramu rasa kasih dan sayang . Sesungguhny pada yang demikian itu benar - benar terdapat tanda - tanda bagi kaum yang berfikir . " ( QS : 30 : 21 )


" Bila selesai saja akad nikah, maka ujian pun bermula . Bermulanya ujian kesabaran , ujian kasih sayang , ujian dengan mertua serta ipar duai , ujian dengan ibu bapa serta adik beradik , ujian dengan duit , ujian dengan sifat pasangan . Berapa ramai yang tak boleh sembahyang , tak tahu mandi junub dan tak boleh baca al Quran . Masa bujang tak ada siapa ambil tahu sebab dia dok dalam bilik . Orang tak ada orang nampak . Lepas kawin ada orang peluk, berapa ramai yang boleh buang pelukan itu waktu subuh . Agak - agak berapa ramai yang boleh buang tangan kat dada tu pergi sembahyang suboh jemaah ? Hah , berapa ramai tak boleh buang tabit tu ? ' Abang nak kemana bang ? ' Sembahyang suboh dah pukul enam dah. Awal lagi bang. Awal apa dah pukul enam . Abang ni tok imam. Kang abang tak pergi, tak sembahyang diorang tau. '' Abang , kan tok bilal ada . Abang sms je cakap sakit perut ke, tau le orang tua tu buat . Abang kena bagi kepercayaan pada bilal bang. Sampai bila abang nak jadi imam. Bilal tu biar dia berlatih buat pulak. Sampai bila nak harapkan abang.' ' Iyer tak ya juge. Hanpon abang mana ?' ... Hah ! itulah ujian pertama tuan-tuan. "

-UKE-


* NOTA :


Bila akad nikah , ada syaitan yang menangis . Selepas itu datang pula syaitan berpangkat Jeneral 

Itulah ujian ...







Perkara Yang Suami / Ayah Perlu Elakkan Di Rumah


Perkara Yang SUami / Ayah Perlu Elakkan Di Rumah | Bukan mudah malah bukan sukar juga bagi seorang lelaki untuk memainkan peranan mereka . Peranan sebagai seorang suami dan ayah pada masa yang sama perlu mencari pendapatan demi menampung keperluan keluarga . Tanggungjawab itu , sampai mati pun tetap terpikul di bahu mereka . Pun begitu , meluangkan masa bersama keluarga adalah perlu untuk mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan anak - anak dan isteri . 


Pesanan Kepada Suami / Ayah


Perkara Yang Suami / Ayah Perlu Elakkan Di Rumah


Kesibukan ibu bapa bekerja , menyebabkan anak - anak / isteri terabai . Bapa  keluar seawal pagi , anak - anak juga begitu untuk ke sekolah . Masing masing sibuk mengejar masa sebelum punch card merah dan dapat warning . Masa yang ada untuk beramah mesra hanyalah seawal petang juga malam . Kehidupan yang serba moden di zaman ini menjadikan manusia lebih suka menyendiri . Pesanan kepada suami / ayah , untuk mengeratkan hubungan kasih sayang sesama ahli keluarga , anda perlu sekurang - kurangnya melakukan ini :

1- Simpan tablet / smartphone


Malam adalah masa yang suami / ayah ada di waktu hari bekerja . Maka , simpan saja tablet / smartphone anda dan bersembanglah bersama ahli keluarga sekurang - kurangnya sehingga 10 malam untuk mendengar keluh kesah dan kongsi cerita gembira mereka sambil menonton program tv kegemaran bersama .

2- Elakkan Keluar Malam


Selagi tak ada urusan penting berkaitan kerja yang harus suami / ayah hadiri di waktu malam , elakkan keluar malam . Nikmati sahaja makam malam yang meriah bersama keluarga . Melayan karenah anak - anak anda di meja makan dengan penuh perhatian .

3- Peruntukkan Masa Walaupun Sibuk


Sama ada suami / ayah sibuk dengan tuntutan kerja , cari juga masa yang membolehkan anda menikmati masa bersama keluarga . Lakukan aktiviti yang boleh menjadikan waktu terhad itu berkualiti kepada keluarga anda .

4- Jangan Hidup Bertuankan Duit


Anda kena ingat bahawa semakin anda mengejar duit , semakin anda rakus , semakin anda akan rasa tidak cukup . Kenapa kerana apa ? Kerana semakin banyak duit yang anda ada , semakin besar kemahuan anda pada material dan keselesan hidup . Pada ketika itu , mungkin isteri dan anak anda sudah hidup dalam dunia mereka sendiri . Maka jiwa anda juga akan merasa kosong tanpa kasih sayang dan perhatian mereka . 

5- Biasakan Memeluk Dan Mencium Mereka 


Ketahuilah bahawa setiap pelukan itu memberi pahala . Dapat juga menggugurkan dosa - dosa dan mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga . Ciuman itu menandakan anda menyayangi mereka dari lubuk hati yang dalam . Kita juga tidak tahu sama ada pelukan dan ciuman itu adalah yang terakhir buat mereka .

6- Sentiasa Telefon Isteri


Kenapa anda perlu selalu telefon isteri ? Sebab anda tidak tahu bila anda akan mati . Sekurang - kurangnya isteri dan anak - anak anda tahu di mana anda berada dan apa aktiviti anda . Sekiranya sesuatu berlaku pada anda , isteri dan anak - anak dapat mengetahuinya dengan segera . 

7- Lihat Baju Anak / Isteri Anda 


Sebelum keluar , pastikan anda tahu baju apakah yang mereka pakai . Sudah tentu ramai yang tidak ambil berat tetang ini . Sekurang - kurangnya kalau ada sesuatu berlaku dihadapan anda , anda akan tahu mereka adalah ahli keluarga anda dengan melihat baju mangsa .

8- Anda Wajib Mencari / Memberi Nafkah 


Walaupun isteri anda turut bekerja dan mungkin lebih banyak pendapatannya daripada anda , di akhirat nanti malaikat akan tetap bertanya pada anda juga . Adakah anda beri nafkah kepada keluarga dengan sempurna ? Jangan sesekali mengambil mudah tentang nafkah hanya kerana isteri anda tak kisah dengan pendapatannya yang melebihi anda . 


Apa yang Chinta kemukakan di atas adalah satu keperluan kepada seorang suami / ayah dalam kehidupan berkeluarga . Kerana anda adalah pemimpin , ketua , nakhoda dan kapten dalam sebuah rumahtangga , maka keperluan itu haruslah anda laksanakan demi rumahku syurgaku .






Resepi RingkasTomato Bakar Berkeju


Resepi Ringkas Tomato Bakar Berkeju | Tomato merupakan buah yang mengandungi anti oksidan yang tinggi . Kalau anda rajin minum jus tomato , anda dikatakan boleh menjadi awet muda . Selain itu , makan banyak tomato boleh menjauhkan anda dengan kanser .


Tomato Bakar Berkeju

Resepi Ringkas Tomato Bakar Berkeju


Bila baca tajuk tomato bakar berkeju tu dah rasa macam sedap je dimakan . Maka Chinta pun nak juga mencuba resepi tomato bakar berkeju yang Chinta dapatkan di SINI . Tapi sebelum Chinta mencuba resepinya , di sini Chinta kongsikan dengan anda cara nak buat tomato bakar berkeju ni yang resepinya Chinta ubah suai sedikit .

Bahan - bahannya :


Tomato
Keju Parmesan
Mayonis
Minyak Zaitun
Lada Hitam ( ditumbuk kasar )
Garam


Tomato Bakar Berkeju

Cara Membuatnya :


1- Ambil tomato dan belah dua .

2- Buang isi tomato .

3- Ambil mayonis , masukkan lada sulah , garam dan minyak zaitun dan isi tomato . Gaul sebati .

4- Masukkan mayonis yang sudah dicampurkan bahan lainnya dan masukkan ke dalam 1/2 bahagian tomato .

5- Taburkan keju parmesan diatasnya hingga penuh .


Selamat Mencuba ...





Resepi Ringkas Jejari Pai Epal


Resepi Ringkas Jejari Pai Epal | Pai adalah hidangan yang selalu ada di meja makan orang Eropah . Pai boleh dimakan sebagai sarapan , minum petang dan makan malam . Ada macam - macam jenis pai boleh dihasilkan . Selalunya pai di bakar .


Resepi Ringkas Ramadhan - Pai Epal


Resepi Ringkas Pai Epal


Resepi ringkas hari ini menyajikan pai yang dibuat menggabungkan doh bersama epal yang di kisar . Cara membuat doh pai epal sama dengan pembaca buat doh untuk karipap .



Resepi Ringkas Ramadhan - Pai Epal

Bahan - bahan yang diperlukan :


Epal
Tepung gandum
Air
Garam
Air gula
Minyak panas


Resepi Ringkas Ramadhan - Pai Epal

Cara membuatnya :

1- Kisar epal yang sudah dirandam dengan air gula . 

2- Campurkan tepung gandum , garam dan air dan minyak panas . 
Uli sehingga jadi doh .

3- Ambil satu bahagian doh , canai hingga leper . 
Ambil lagi satu bahagian dan laukan cara yang sama .

4- Letakkan kisaran epal di atas doh dan ratakan .

5- Ambil satu lagi doh , tangkupkan diatasnya .

6- Taburkan gula diatas doh .

7- Potong doh memanjang menggunakan pisau pizza .

8- Bakar dalam oven .

Mudah Dan Cepat


Membuat jejari pai epal ni lebih mudah dan cepat berbanding membuat karipap . Selain itu , anak - anak anda tentu suka bila makan untuk pertama kali .

Selamat Mencuba ...


Formula Mencari Pasangan Sempurna


Formula Mencari Pasangan Sempurna | Desember 2012 , berada di kamung halaman bersama ibunda tercinta , menikmati pagi yang cerah bersama bunyi kicauan burung , kucing yang sedang bermanja dan 4 ekor itik yang riuh berbunyi sambil menikmati secawan milo panas , menonton rancangan NASI LEMAK KOPI - O di tv9 , sungguh menyantaikan .


NASI LEMAK KOPI - O di tv9


Topik yang dibincangkan NASI LEMAK KOPI - O di tv9 hari itu agak menarik . Perantara Fizo Omar bersama tetamu jemputan artis Julia Zieglar dan panel jemputan prof. Izzi , membincangkan topik PASANGAN SEMPURNA . Usik mengusik antara tetamu dan pengacara menjadikan suasana sangat santai dan hangat .



Cara Mencari Pasangan Sempurna


Formula Mencari Pasangan Sempurna


Kenapa pasangan dulu ramai yang sempurna dan nampak ideal pada masa yang sama tetap gaduh - gaduh nakal tapi kekal tak bercerai ? 

Kata prof Izzi ; 

" orang zaman dulu redha dengan pilihan orang tua . Mereka cuma kenal pasangan dengan melihat dari jauh . Sekadar memandang secara fizikal tanpa tahu bagaimana sifat dan perangainya . " 

Maka sebab itu , wujudlah pepatah ... 

" DARI MATA TURUN KE HATI "

Dalam Islam jelas mengatakan : 

" REDHA ALLAH ITU TERLETAK PADA REDHA IBU BAPA . "


Sebab itulah orang zaman dulu boleh kekal sampai akhir hayat walaupun gaduh bagai nak gila , harta benda berderai , tetap tak cerai . Subhanallah ... betapa berkatnya redha ibu bapa ! 

Ibunda saya bercerita , semasa kecil , beliau telah di hantar oleh orang tuanya ke rumah ibu saudaranya untuk belajar membaca al - Quran . Ibu saudaranya ni sangat baran ... bawang habis di dapur pun sudah mengamuk tahap pinggan mangkuk melayang . Padahal si isteri yang tak inform pada suami bahawa bawang dah habis . Pernah satu ketika si suami menegur si isteri yang bacaan al - Qurannya tidak betul dan dia perlu belajar semula dengan si suami . Maka terbanglah selimut dan bantal ke halaman rumah . Yang hebatnya ialah si suami senyum sahaja dan si isteri pula kalau tak nampak bayang suami satu hari jer , dah jadi tak menentu . Perut pun tak laparlah walaupun berbunyi dah berjam - jam . Itulah keberkatan redha ibu bapa .


Pada zaman Rasulullah , ada seorang gadis telah dipinang oleh seorang lelaki , tetapi perempuan itu tak mahu . Maka dia bertanya Rasulullah . Rasulullah memberitahu bahawa , dia boleh menolaknya jika dia tak sukakan lelaki itu sebab itu haknya . Tapi akhirnya dia menerima lelaki itu atas asbab redha ibu bapanya

Ciri Pasangan Sempurna


Bila bercerita tentang pasangan sempurna , pembaca pun akan senyum kambing kan ! Tak kan ada pun ! Bagi Chinta , asalkan kita boleh terima kekurangannya dan menerima pasangan kita seadanya , itu sudah cukup sempurna untuk jadi pasangan Chinta . Tapi apa pula kata mereka d bawah ni ?

Kata Fizow Omar : 

" Pasangan akan jadi sempurna bila dia boleh menjadi kawan , teman , sahabat , kekasih , isteri serta ibu pada masa - masa tertentu . " 

Kata Julia Zieglar : 

" Pasangan sempurna bila dia boleh membawa kita ke JANNAH . "

Kata prof. Izzi : 

" Pasangan kita jadi sempuran bila dia jadi saling melengkapi dalam hidup kita . Kita serius - dia melawak , Kita pendiam - dia banyak cakap , kita suka roti canai + dia suka ulam = calam , kita suka memasak + dia hebat berniaga = restoran , kita suka disiplin + dia suka mendidik = anak cemerlang ... "

Sempurna Itu Subjektif


Kadangkala kita jumpa yang sempurna di mata kita , ada semua ciri - ciri yang kita nak tapi dia tak cinta kita atau dia milik orang lain . Bila seseorang cinta pada kita pula , dia tak sempurna dan banyak pul kelemahannya . Apa yang boleh kita buat ialah beri dia peluang dan ruang untuk dia berubah dan didik dia ikut landas yang betul . Ikut pemerhatian dan pengalaman selama Chinta hidup dibumi Allah ini , Bila si dia cinta gila kat kita , dia akan ikut apa saja kemahuan kita . Inilah masa yang sesuai untuk didik dia . Tapi ingat ! Jangan sesekali ambil kesempatan pula ... sesungguhnya Allah tahu apa yang ada dalam hati kita . Walaupun perbuatan kita itu sekecil hama , kifarahnya tetap ada sama ada baik ataupun buruk !



Inilah tip memilih calon yang diberikan oleh prof. Izzi :



  • terima semua kelemahan sebagai satu kelebihan . Bila ada peluang , didik dia untuk jadi lebih baik
  • cari yang boleh ngam dengan diri kita , sama minat dan hobi 
  • kalau dapat yang versus minat dan hobi , jadikanlah ia sebagai share benda baru / tambah minat baru dalam hidup
  • guna akal fikiran untuk menilai bukan perasaan . Boleh betulkan / repair mana - mana yang kurang atau tak betul .

ALLAH JADIKAN KITA ITU SEBAIK - BAIK KEJADIAN . 


Jadikan kesempurnaan yang Allah beri itu untuk mencari pasngan sempurna dalam hidup . Hidup adalah satu perjalanan . 
Masa muda , baran sebab ikut perasaan , bila dah matang kita cool jer sebab kita berfikir dulu sebelum bertindak

Itu adalah fasa yang perlu kita lakukan / ubah dalam perjalanan hidup kita .

Agama yang sempurna dan keimanan yang tinggi boleh membimbing kita melalui ranjau hidup yang Allah telah tetapkan bersama pasangan kita . Insya Allah kita akan jadi sempurna di mata pasangan kita ... aaamen .




Anak Susuan


Anak Susuan | Anak susuan merupakan anak yang diambil dari orang lain oleh sepasang suami isteri kemudian si isteri atau adik beradik si isteri atau suami menyusukan anak tersebut shingga kenyang .


Anak Susuan


Syarat Untuk Menjadi Anak Susuan


Ulama bersepakat seorang bayi boleh menjadi anak susuan apabila terdapat dua syarat utama iaitu 
  • bayi yang disusukan itu mestilah berumur bawah dua tahun . Jika bayi berkenaan masih belum berjaya disusukan hingga umurnya melebihi dua tahun , maka bayi tersebut tidak akan sama sekali dikira sebagai anak susuan .
  • Bayi tersebut mestilah disusukan sehingga lima kali kenyang dalam tempoh umur bayi tidak melebihi dua tahun .

Anak susuan yang menepati syarat akan menjadi mahram kepada keluarga dan ibu bapa susuannya . Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibnu 'Abbas yang bermaksud :

" Diharamkan daripada penyusuan sepertimana diharamkan ke atas nasab . "
( Riwayat al - Bukhari dan Muslim ) 

Berdasarkan hadis itu , ia jelas menunjukkan antara mereka mempunyai talian kekeluargaan yang sangat kukuh berasaskan penyusuan . Aurat sesama mereka adalah sama sperti anak kandung sendiri .

Hak Pewarisan


Seperti yang diketahui , hukum anak susuan adalah sama seperti anak kandung . Namun , ingin ditegaskan bahawa anak susuan tidak berhak untuk mewarisi harta daripada ibu bapa susuannya kerana hak pewarisan hanya boleh disabitkan menerusi tiga faktor iaitu :

1- penasaban dengan wujudnya hubungan keturunan dan kekeluargaan .

2- perkahwinan yang sah iaitu hubungan antara suami dan isteri 

3- wala' iaitu bermaksud hubungan antara hamba dan bekas tuannya .

Sehubungan itu , anak susuan tidak layak mewarisi harta peninggalan . Bagi menjaga hak anak susuan selepas ketiadaan ibu bapa susuannya , maka disarankan kepada penjaga menghibahkan harta mereka ketika hidup . Hibah dilakukan sebaik - baiknya berdokumen dan bersaksi supaya tidak timbul perbalahan antara adik beradik selepas ketiadaan ibu bapa .



Sumber : BERITA HARIAN 





Cara Mudah Buat Bunga Telur


Cara Mudah Buat Bunga Telur | Satu ketika dahulu , Chinta ada menghadiri majlis perkahwinan sepupu . Ketika dia sedang sibuk menghias barang hantarannya , Chinta tertarik dengan bunga telur yang dihasilkan . Maka Chinta bertanya apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan bunga telur tersebut . Chinta tak berapa ingat tentang cara membuat bunga telur itu dan apa bahannya . Pada ketika itu , bunga telur itu agak popular sebab Chinta pernah jumpa di majalah juga . Pada hari ini , Chinta menemui yang hampir sama cara pembuatannya dan nak kongsi dengan pembaca bagaimana cara mudah bunga telur itu dihasilkan .


 DIY Bunga Telur


Cara Mudah Buat Bunga Telur


DIY bunga telur ini selain menggunakan dawai lembut , pewarna kelopak bunga adalah menggunakan pewarna  kuku . Sekarang banyak warna ada di pasaran . Ini adalah alternatif yang paling sesuai untuk pasangan pengantin yang mahu menjimatkan kos . Maklumlah GST macam dah bermula gitu .


 DIY Bunga Telur


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih | Oleh sebab ada keyword carian tema warna putih untuk majlis kahwin , maka gigihlah Cynta mencari tema warna putih untuk majlis kahwin untuk dipersembahkan kepada anda sebagai rujukan .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Putih


Warna putih adalah lambang kesucian . Sebab itu ramai pasangan pengantin memilih warna putih untuk baju perkahwinan mereka . Ada juga yang menganggap warna putih membosankan kerana ramai pengantin yang memilihnya . Maka mereka memilih warna lain untuk mencari kelainan .

Berikut adalah dekorasi majlis kahwin yang boleh anda ambil sebagai contoh untuk tema warna putih untuk majlis kahwin .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih



Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Pencahayaan


Sekiranya anda suka bermain dengan pencahayaan dan mahukan suasana yang romantis pada majlis kahwin anda , anda boleh sahaja menggunakan warna tertentu pada lampu untuk memberi kesan warna yang menawan pada majlis anda . Berikut adalah cotoh yang anda boleh gunakan .


Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih

Warna Tema Majlis Kahwin - Putih


Lihatlah hasilnya bila anda menggunakan lampu berwarna pada majlis kahwin anda untuk memberi kesan suasana romantik . Cantik bukan !


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox | Air detox merupakan minuman kesihatan yang popular di masa ini . Kalau anda minum di restoran pun , ada restoran yang memberikan minuman detox percuma kepada pelanggannya . Air detox juga mudah disediakan dalam masa yang singkat sahaja .


Jenis Air Detox

Air Detox


Air detox  dikatakan boleh mengeluarkan toxin dalam badan . Malah air detox juga merupakan cara yang paling mudah membakar lemak di dalam badan . Sama ada ianya benar ataupun mitos , anda sendiri tentukan dengan cuba mengamalkannya .


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox


Ada pelbagai jenis air detox . Anda oleh menghasilkan air detox menggunakan pelbagai jenis buah , sayuran dan herba . Semuanya bergantung kepada selera anda . Berikut adalah antara contoh jenis air detox yang anda boleh hasilkan sendiri .


Jenis Air Detox

Bahan Asas


Bahan asas air detox adalah lemon , timun , halia dan daun pudina . Semua yang dinyatakan tadi merupakan bahan yang selalunya ada dalam air detox selain buah - buahan . Bahan asas air detox tersebut dikatakan dapat memecahkan lemak dalam badn selain aktif menyingkirkan toksin .


Jenis Air Detox


Jenis Air Detox


Cara Mudah Mencorak Kek


Cara Mudah Mencorak Kek | Perkara pertama yang jadikan kita sangat tak sabar nak rasa kek adalah corak pada kek tersebut . Bila corak luaran kek cantik , maka sudah tentunya corak di dalam kek juga menarik . 

Cara Mudah Mencorak Kek

Mencorak Kek


Banyak cara boleh kita lakukan untuk mencorak kek . Kerja mencorak kek jadi lebih mudah jika kita dah tentukan tema kek itu untuk majlis apa . Maka idea yang kreatif akan datang dengan mudah . Asalkan segala jenis bahan untuk mencorak kek yang diperlukan sudah tersedia .

Cara Mudah Mencorak Kek


Cantik tak corak kek kuda belang di atas ? Kalau anda berminat nak tahu bagaimana nak hasilkan corak kek kuda belang itu , berikut ada langkah - langkah untuk menghasilkan corak kek kuda belang . 


Cara Mudah Mencorak Kek

Corak Kek Kuda Belang


Sekarang , mari kita lihat bagaimana cara untuk hasilkan luaran kek seperti kuda belang sebagaimana corak kek kuda belang di atas . Untuk hasilkan corak kek kuda belang , anda perlukan coklat masakan . Coklat masakan itu perlulah anda

  • cairkan menggunakan kaedah double boiling bersama sedikit butter supaya kelihatan berkilat
  • tuang coklat cair di atas dulang 
  • ratakan coklat sehingga menjadi nipis 
  • biarkan coklat menjadi beku dan sejuk
  • potong coklat mengikut corak kuda belang 
  • lekatkan di atas kek yang sudah disapukan krim sehingga menjadi corak kuda belang



Cara Mudah Mencorak Kek

Corak Kek Marble


Bukan susah sebenarnya cara nak menghasilkan corak kek marble ni . Anda ikut sahaja panduan menghasilkan corak kek marble di bawah . Langkah - langkah yang perlu anda lakkan adalah 

  • adunan yang sudah siap , bahagikan kepada 3 bahagian
  • bahagian pertama anda tak perlu lakukan apa - apa . Biarkan saja .
  • bahagian kedua , anda masukkan pewarna merah dan gaul sebati
  • bahagian ketiga , anda masukkan coklat / serbuk koko cair . Gaul hingga sebati

Cara Mudah Mencorak Kek


Selepas semua langkah menghasilkan cora kek marbel di atas anda lakukan , anda perlu 
  • ambil loyang pembakar , sapukan butter atau letakkan kertas minyak
  • ambil satu senduk adunan yang tiada warna dan tuangkan di tengah loyang .
  • kemudain , mabil pula satu senduk adunan warna coklat dan tuangkan diatasnya perlahan - lahan .
  • selepas itu , tuangkan pula adunan berwarna merah .

Lakukan langkah di atas berulang sehingga loyang anda penuh . Selepas itu barulah dibakar . Selamat mencuba ya .







Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan