Featured
loading...

Resepi Ringkas Kek Congo Bar


Resepi Ringkas Kek Congo Bar  | Assalamualaikum. Ada yang bertanya resepi congo bar. Saya post kat sini ye. Resepi ni saya guna untuk jual. Alhamdulillah dapat positive feedback .

 Resepi Ringkas Kek Congo Bar

Bahan-bahannya :


2 3/4 cwn tepung gandum
2 1/2 sdk baking powder
1/2 sdk garam
2/3 cwn butter
2 1/4 cwn (275g) gula perang
3 biji telur
1 sdk esen vanila
1 cwn choc chip

 Resepi Ringkas Kek Congo Bar

Cara-cara membuatnya :


1- Ayak tepung dan baking powder.

2- Masukkan garam gaul sebati , ketepikan.

3- Butter &dan gula. Gaul sekadar sebati saje. Kejap jer. Langkah ni saya guna mixer.

4- Pastu masukkan telur dan esen, pukul perlahan. Sekadar sebati . Langkah ni saya guna mixer jugak. Cabut mixer.

5- Masukkan tepung, gaul kaup balik dengan spatula. Masukkan coklat chip. Gaul kejap jer.

6- Panaskan oven. Alas loyang dengan baking paper. Letak adunan. Bakar selama 25 minit guna suhu 160 @ sehingga masak (bergantung kepada oven sendiri jugak) .

7- Keluarkan dari oven, potong.

P/s:size 10-14inci 1 adunan. Kalau guna loyang size 6-8inc, bahagi 2. 1 adunan dapat 2 biji .

Tips:


Semua step pukul slow & sekejap jer. Jangan kacau bersungguh. Jangan overbake. Tekstur jadi keras.
Congo bar sedap makan panas-panas .

Cara Mudah Atasi Kembung Perut Bayi



Cara Mudah Atasi Kembung Perut Bayi | Masalah kembung perut bayi merupakan masalah yang biasa berlaku namun boleh diatasi. Jika bayi anda menangis tanpa henti sambil menolak-nolak kakinya, cuba andatepuk atau jentik perlahan perut bayi anda. Jika perut bayi berbunyi seperti kosong semasa ditepuk, itu bermakna bayi sedang mengalami masalah kembung perut.


Cara Mudah Atasi Kembung Perut Bayi

Berikut adalah antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah kembung perut bayi. Jangan lupa ikhtiar dengan cara yang sesuai dengan bayi . Insya Allah berkesan 

1- Jika bayi masih dalam pantang atau berusia 2 bulan , ibu boleh memakaikan barut di perut bayi . Jika boleh , pakaikan barut sehingga bayi berusia 6 bulan .

2- Menggunakan urutan I LOVE U sepeti gambar di bawah .


3- Gerak-gerakkan kaki bayi secara berselang-seli seperti gaya orang sedang mengayuh basikal . Lakukan berulang-ulang kali .

4- Luruskan kedua-dua kaki bayi dahulu dan kemudian tolak kedua-dua kaki rapat ke arah perut . ( Lutut rapat ke arah perut , punggung bayi terangkat ) . Ulang langkah berulang kali .

5- Sapukan krim panas pada perut , tapak kaki , betis dan belakang bayi . Sentiasa sapu krim setiap kali tukar lampin bayi .

6- Sendawakan bayi tidak kira sama ada bayi menyusu badan atau pun susu botol .

7- Jangan biarkan bayi menangis terlalu lama , bimbang jika angin banyak masuk .

8- Ibu-ibu menyusu perlu pastikan makanan yang dimakan oleh bayi tidak terlalu berangin .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah | Apa beza bahulu dengan kek ? Kalau ikut resepi bahulu asal orang zaman dulu-dulu , bahulu menggunakan telur yang banyak dan hanya sedikit sahaja tepung selain gula . Tidak ada marjerin ataupun butter . Sebab itu , bahulu zaman dahulu agak keras strukturnya .

Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah


Kini apabila zaman dah berubah , resepi bahulu juga berubah . 
Tambahan bahan lain seperti ovelette dan baking powder telah menjadikan bahulu kelihatan gebu dan kembang dengan cantik .
Selain itu , esen vanilla dapat mewangikan lagi bahulu tersebut .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Bahan-bahannya:


4 biji telur gred A
1 1/4 cwn gula
1/2 sb ovalette
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 -2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil esen rose
1/2 sudu kecil garam
pewarna merah


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang dan ringan dalam 10-15 minit .
Jadi camni ringan .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Ayak tepung gandum , baking powder dan garam


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Masukkn tepung gandum sikit-sikit dengan low speed .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Sampai jadi gini


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Loyang sapu minyak dan alas dengan baking paper .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Ambik sikit adunan dalam 3 senduk (sy guna senduk nasik) ,
 campur dengan esen rose dan warna merah kacau rata
Adunan warna asal campur dengan esen vanilla, kacau rata perlahan .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Dan selang selikan dalam loyang warna asal / warna merah .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Lorekkan sikit  guna lidi sate .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Oven panaskan dulu .
kek bakar suhu 170 degree 45 minit atau sehingga masak, 
cucuk dengan lidi sate kalau keluar bersih kira masakla kek kita .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

20 minit pertama kek dah naik .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Dalam 35 minit dalam oven .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Alhamdulillah kek dah siap masak .
kita cek dengan lidi sate kalau cucuk tengah keluar bersih kek masak .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Telangkupkan atas redai dawai dalam 2-3 minit .


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Bukak baking paper


Resepi Kek Bahulu Rose Langkah Demi Langkah

Dan telangkupkan balik kedudukan asal dan lapik dengan kek board atau pinggan .



Facebook : Let's Cook & Bake





5 Jenis Makanan Ibu Hamil Perlu Makan Elak Juandis


5 Jenis Makanan Ibu Hamil Perlu Makan Elak Juandis | Juandis atau lebih dikenali dengan demam kuning kerap menyerang bayi dalam kandungan dan yang baru lahir . Bayi yang mengalami neonatal juandis akan kelihatan kekuningan kulitnya juga matanya .

Warna Kuning pada kulit bayi , mata dan bibir itu disebabkan oleh tahap bahan yang dipanggil ‘bilirubin' yang lebih tinggi dari biasa Bilirubin adalah bahan yang terdapat dalam sel darah merah manusia. Bilirubin juga dirembeskan oleh hati yang berperanan dalam sistem pencernaan. Jadi, kandungan bilirubin yang tinggi boleh disebabkan oleh ‘pemecahan’ sel darah merah yang membebaskan bilirubin atau terdapat masalah dalam sistem hati serta salurannya .

Kesan


Walaupun kuning bayi adalah ‘normal’, namun tahap bilirubin yang terlalu tinggi akan mengubah keadaan ini menjadi ‘tidak normal’. Tahap bilirubin daripada sel darah merah (unconjugated bilirubin) yang terlalu tinggi adalah toksik kepada sel otak. Ini adalah sangat merbahaya kerana otak merupakan pusat kawalan seluruh badan. Dalam kes-kes yang serius, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal pada sistem otak.

Oleh itu, bayi yang kelihatan kuning perlu dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Darah selalunya akan diambil untuk menilai jenis dan tahap bilirubin tersebut. Terdapat graf yang dirujuk oleh pengamal perubatan untuk menilai tahap bilirubin. Graf ini penting untuk membantu para doktor membuat keputusan samada rawatan yang spesifik perlu diberikan atau tidak. Sekiranya kandungan bilirubin tidak terlalu tinggi, bayi boleh dijaga seperti biasa dan dan ibu bapa serta penjaga perlu memastikan bayi disusukan dengan secukupnya. Sejumlah besar bayi yang mengalami NNJ tidak memerlukan rawatan spesifik dan keadaan ini akan pulih dengan sendirinya .

5 Jenis Makanan Ibu Hamil Perlu Makan Elak Juandis


5 Jenis Makanan Ibu Hamil Perlu Makan Elak Juandis


Sebagai ibu yang sedang mengandung , anda boleh mengelakkan bayi anda dari terkena Neonatal Juandis dengan mengamalkan pemakanan seperti berikut :

1- Buah Delima


Makan buah delima atau minum pati delima sekrang-kurangnya 500 ml sehari .

2- Kurma


Amalkan makan buah kurma semasa sarapan pagi setiap hari .

3- Madu


Amalkan makan 3 sudu madu tanpa air atau minum air yang dicampur 5 sudu madu setiap hari


4- Susu Kambing


Amalkan minum susu kambing 2 kali sehari selepas sarapan dan sebelum tidur .

5- Air Kelapa


Bila kandungan usia 7 bulan , amalkan minum air kelapa . Di samping membersihkan kulit anak dan elak kulit kepala berkerak , ia bagus untuk elak juandis .


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap | Roti kini sudah menjadi makanan ruji rakyat Malaysia . Hampir semua rumah ada roti untuk sarapan pagi . Roti yang lembut dan mengenyangkan itu sangat mudah dihadam dan boleh dipelbagaikan menunya . Kerana kelebihan itu , roti menjadi pilihan utama ramai orang .

Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat


Biskut jejari roti coklat ini sangat ringkas dan mudah pembuatannya .
Anda hanya perlukan roti dan coklat sebagai bahan utama .
Selain itu , berikut adalah bahan yang diperlukan untuk membuat biskut jejari roti coklat .


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap


Bahan -Bahan


Susu cair (Guna separuh je)
Coklat masakan (Guna 2 Bar sahaja)
Bread Crumbs  (Suku je guna)
Roti Sandwich


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap

Potong-potong roti macam ni. 
Pastu susun rapa-rapat macam dalam loyang tu. 
Jangan campak-campak nanti ade yang tak masak pula .


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap


Coklat bar saya guna 2 bar sahaja. 
Masak secara double boil. 
Sila menggelegak kan dulu air dalam periuk baru letak coklat bar.


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap

Cairkan coklat dan masukkan sekali susu cair tadi dan kacau perlahan-lahan sampai cair. 
Kemudian rasa manis ke tawar ke pekat ke cair ke.


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap

Roti yang dipotong tadi dibakar dengan suhu 150. 
Guna api atas bawah. 
Masa 20 minit. 
Tak payah lama-lama kang hangit plak. 
Saya guna oven cornell je .


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap

Coklat akan cair macam dalam gambar. 
Masukkan dalam 5 roti je pastu salut guna bread crumbs. 
Bread crumbs tak perlu letak banyak dalam pinggan nak salut tu. 
Nanti kena coklat yang menitik nanti comot dah tak boleh lekat dah.


Resepi Biskut Jejari Roti Coklat Mudah Dan Sedap

Susun kemas macam ni. 
Pastu bakar semula dalam oven suhu 150. 
Api atas bawah pastu. 20minit.


Tunggu sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara yer. 
Nanti jangan tanya kenapa makan tak rangup krupp krapp.  
  stock untuk menonton tv. 
Nak buat untuk kueh raya bagi bebudak makan pun boley. 




CARA PENJAGAAN ORKID


Pada bab ini penulis membincangkan  elemen-elemen penting untuk mendapatkan orkid yang hidup subur, sihat dan seterusnya memberikan anda kepuasan melihat bunganya. 4 elemen yang  dibincangkan nanti adalah  daripada pengalaman penulis dan perkongsian maklumat sesama penanam orkid  berdasarkan cuaca iklim tropika di Malaysia. Pengalaman penulis, penjagaan seperti penyiraman  dilakukan secara automatik pada hari bekerja. Pada hari cuti hujung minggu, penulis lakukan siraman secara manual, pemeriksaan penyakit,  pembajaan dan pembiakan jika perlu.

CARA PENJAGAAN ORKID

‘ROOT GOOD, GROWTH GOOD, FLOWER GOOD’

Kata-kata di atas adalah satu  lagi petua  yang amat bagus untuk anda ingat di dalam penjagaan orkid. Setiap pokok baru di tanam atau pemindahan pasu , penulis akan memberi perhatian lebih di dalam usaha untuk memberi pertumbuhan akar baru dengan baik dan sihat.

1.   Penyiraman


Jika anda ragu ragu untuk menyiram, JANGAN SIRAM !
Di atas adalah satu  petua yang popular  dan dijadikan panduan oleh penanam orkid. Ini kerana dibimbangi anda telah melakukan penyiraman yang  melampau terhadap koleksi orkid anda. Kesan buruk tabiat ini ialah  anda ‘menjemput’ penyakit  kepada kloeksi orkid anda.  Ini kerana orkid mampu menyimpan air  di dalam bebawangnya  seperti yang telah diterangkan sebelum ini. Orkid juga mempunyai akar udara yang mampu menyerap wap air di persekitaran hidupnya. Walaupun begitu kadar penyiraman orkid bergantung kepada beberapa faktor seperti:

a. Cuaca semasa

Kadar kekerapan penyiraman di musim panas sudah tentunya lebih berbanding di musim hujan.

b. Media tanaman digunakan

Jika anda menggunakan media yang dapat menyimpan air lebih lama, maka kadar penyiraman hendaklah  kurang daripada media yang cepat kering.

c. Iklim mikro

Bermaksud adalah  iklim kawasan penanaman anda. Ini kerana iklim mikro adalah berbeza beza di antara anda dengan penanam orkid yang lain.
Penyiraman hendaklah dilakukan sebaik baiknya pada waktu pagi atau petang.  Penyiraman di waktu tengahari  akan  menyebabkan  air yang bertakung di celah daun   akan menyebabkan penyakit reput pucuk dan daun melecur dek proses pemanasan air oleh matahari.
Teknik penyiraman boleh digunakan  secara manual atau memasang satu sistem penyiraman automatik yang mudah seperti penulis gunakan.

2 .   Pengudaraan


Orkid memerlukan pengudaraan yang baik supaya tidak mudah di serang penyakit terutamanya penyakit yang disebabkan bawaan kulat. Pengudaraan yang baik boleh diberi dengan susun atur  orkid  yang tidak terlalu padat atau membekal  pengudaraan buatan seperti memasang kipas. Penulis hanya menggunakan teknik susun atur orkid sahaja bagi menjimatkan kos selengaraan.

3.  Pembajaan


Pembajaan adala sesuatu  yang mesti diberi  kepada tanaman  termasuk orkid untuk mendapatkan kualiti hidup  orkid yang lebih baik. Bagaiman teknik membaja orkid?

‘WEAKLY,  WEEKLY‘

Di atas adalah satu lagi  petua yang  bagus di jadikan panduan untuk anda membaja orkid. Ia membawa maksud anda menggunakan sukatan kepekatan  baja yang rendah  untuk setiap minggu semburan. Orkid hanya menyerap nutrien yang diperlukan sahaja pada sesuatu ketika. Jangan  menggunakan kepekatan  tinggi dan disembur sebulan sekali. Ini adalah teknik yang salah  dan merugikan anda.

a)  Panduan memilih baja


Penerangan unsur unsur di dalam baja bagi keperluan tanaman adalah kompleks. Penulis  cuba ringkaskan bahawa pemilihan baja bergantung kepada kehendak anda. Dipasaran terdapat pelbagai jenis baja yang dijual  untuk pilihan pengguna.  Jika inginkan tumbesaran pokok anda perlukan baja yang mengandungi kadar nitrogen (N) yang lebih tinggi. Jika untuk pembungaan, anda perlukan baja yang kandungan fosforus(P) dan kalium(K) yang lebih tinggi.

Biasanya pada  label baja akan tertera semua kandungan ketiga-tiga unsur tersebut.
Contoh: Baja A : N P K  +TE  :  13 27 27   1%

Untuk Baja A tersebut, ia sesuai untuk pembungaan orkid anda kerana  mengandungi  unsur nitrogen 13 % dan unsur fosforus dan kalium sebanyak 27%. +TE di sini bermaksud  baja ini mempunyai  ‘trace element’ atau unsur surih  sebanyak 1%. Unsur surih bermaksud  nutrien tambahan yang diperlukan oleh tanaman tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Ia boleh diumpamakan seperti anda makan nasi dengan aneka lauk pauk. Nasi adalah keperluan  utama anda, lauk pauk ada keperluan sampingan sahaja.

Penulis menggunakan baja organik ‘B’GREEN  seaweed’  untuk  memberi pertumbuhan yang sihat dan ‘B’GREEN bloom & fruit’ untuk  membekal nutrien yang diperlukan untuk orkid berbunga.

B’GREEN seaweed   adalah baja organik campuran yang diperkaya dengan seaweed yang mana  ia telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai baja kerana mengandungi  beberapa hormon semulajadi yang amat  diperlukan oleh tumbuhan, mengandungi 60 unsur surih(TE) dan mengandungi  elemen sebagai  anti  beberapa penyakit  bawaan kulat dan serangga penghisap cecair tumbuhan.

B’GREEN bloom & fruit  adalah campuran  baja bukan organik  N P K  +TE : 5 35 15 2% dengan satu bahan organik bertujuan  untuk mempermudahkan dan mempercepatkan kadar penyerapan  nutrien oleh  tumbuhan.

Kawalan penyakit dan perosak orkid


Kawalan perosak merupakan satu perkara amat penting untuk anda ambil perhatian. Ini kerana ia mempengaruhi kualiti  hidup  orkid  dan mungkin yang lebih  penting anda mungkin kehilangan  orkid anda selamanya.
Penyakit orkid boleh dikelaskan kepada  bawaan 4 elemen, iaitu virus, bakteria, serangga dan kulat.  Kemahiran mengenal penyakit  memerlukan pengetahuan dan pengalaman kerana kadang kala  sesuatu penyakit itu mempunyai  tanda yang sama  untuk bawaan  virus atau bakteria atau kulat. Di sini penulis berkongsi pengalaman untuk rawatan penyakit bawaan  serangga, kulat dan bakteria sahaja.

1. Virus


Penyakit bawaan virus agak sukar untuk kita kenal pasti secara teliti kerana memerlukan ujian makmal. Bagaimanapun serangan virus hanya melemahkan pokok orkid anda, tidak menyebabkan  kehilangan poko k orkid kesayangan anda. Untuk mengelakkan jangkitan  virus  anda perlu  menjaga kebersihan kawasan penanaman. Untuk rawatan , anda perlu memusnahkan pokok yang dijangkiti. Ya , sudah pasti ia satu keputusan yang sukar untuk anda!

2. Bakteria


Biasanya tanda penyakit  orkid disebabkan  bakteria  meyamai  dengan penyakit bawaan kulat. Apa yang penulis perhatikan,  penyakit  bawaan bakteria adalah lebih cepat merebak  berbanding bawaan kulat. Tanda biasa penyakit bawaan bakteria ialah  reput pada mana-mana bahagian pokok dan berbau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan  pengudaraan yang  kurang baik adalah antara faktor jangkitan.
Antara penyakit  bawaan bateria adalah:
Reput bakteria (Bacterial rot) – satu bintik coklat berair pada daun, cepat merebak. Biasa menyerang orkid famili Phalaenopsis.
Reput daun ( Brown Rot) – bintik berair pada daun, daun kuning dan gugur.


3. Kulat (fungus)


Tanda seperti  disebabkan  oleh bakteria tetapi  kadar merebak lebih lambat  dan tidak mengeluarkan bau busuk. Keadaan tempat penanaman yang terlalu lembap dan pengudaraan yang kurang baik adalah punca utama jangkitan. Antara penyakit bawaan kulat yang biasa menyerang orkid ialah:

Antraknose
Black leaf spot
Cercospora leaf spot
Reput hitam ( Black rot)
Reput pangkal ( Basal rot)
Reput pucuk ( Crown rot)

Oleh sebab itu  ada  pengeluar  yang mengeluarkan racun 2 dalam 1  iaitu untuk merawat  penyakit kulat dan bakteria serentak. Ada racun yang dijual boleh merawat beberapa jenis penyakit dan ada yang tertumpu kepada satu jenis penyakit sahaja untuk pilihan pembeli.

a)  Rawatan terhadap bakteria dan kulat


Potong dan buang bahagian jangkitan. Jika orkid simpodial, penulis membuang  rumpun kecil yang dijangkiti. Jika orkid monopodial, ia biasa berlaku pada daun, penulis hanya memotong daun yang dijangkiti sahaja.
Sapukan atau semburkan racun kulat yang bersesuaian dengan penyakit kepada rumpun atau pokok yang telah sihat untuk langkah berjaga mengelakkan jangkitan.
Perhatikan perkembangan rumpun atau pokok yang telah dirawat, jika masih terdapat sebarang  jangkitan, ulangi proses di atas.

4. Serangga


Serangan serangga terhadap orkid adalah sesuatu yang  biasa. Antara serangga yang popular menyerang orkid adalah :
a. Semut
e. White flies
b. Aphid
f. Mites
c. Lipas
g. Scale insects
d. Kumbang
h.  Siput

Aphid, Mealy bug, Mites, Scale insects dan Thrips adalah serangga penghisap cecair tumbuhan.  Mereka biasa  terdapat di bawah daun  orkid  dan mudah di lihat dengan mata kasar. Ia akan menyebabkan pertumbuhan pokok terencat. Kehadiran mereka boleh di kesan seperti berikut:

Aphid- terdapat warna kehitaman pada pokok , biasanya di bawah daun dan celahan daunan dan batang orkid.

White flies –  seperti lalat kecil warna putih berdebu berkelompok di belakang daun.

Mites  – warna kemerahan di belakang daun,  belakang daun akan menjadi kuning dan hitam jika jangkitan teruk serta cepat merebak. Ia suka keadaan yang kering.

Scale insect – warna kuning keputihan  di atas daun dan batang pokok orkid.

Thrips – warna agak coklat di atas daun  orkid.

Koleksi penulis  biasa diserang oleh mites dan  white flies sahaja. Ia menyerang orkid yang mempunyai daun yang lembut seperti famili Sphatoglottis, Catasetum dan Coelogyne.

Kumbang, lebah dan semut akan merosakkan bunga yang telah kembang dengan memakan kudup bunga dan juga  pendebugaan yang tidak kita kehendaki. Koleksi penulis biasa di serang kumbang berwarna kuning yang selalu meninggalkan larva pada tangkai bunga yang akan  memakan keseluruhan bunga. Lebah dan semut tidak menjadi masalah utama kepada koleksi penulis.

Siput dan lipas akan memberi masalah dengan cara ia memakan akar  dan pucuk muda pokok orkid anda. Ini akan merencatkan pertumbuhan pokok. Koleksi penulis hanya berhadapan dengan masalah siput sahaja.

Panduan membeli racun serangga dan kulat


Beli  racun yang boleh merawat penyakit  yang anda kehendaki. Biasanya pengeluar akan memberi  informasi ini pada  bungkusan racun. Ini kerana kadangkala terdapat penjual yang kurang pengetahuan mengenai penyakit orkid dan racun yang sesuai untuk rawatan.


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara



Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS | Bila ada ayam , selalunya yang terbayang adalah menu ayam goreng , ayam masak gulai , ayam masak kari , ayam masak kurma , ayam masak sos , ayam masak merah dan sebagainya . Menu itu semua dah biasa .


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS


Apa kata kali ini , sempena menjelangnya cuti sekolah dan ramadhan yang bakal tiba , kita cuba pula resepi crispy chicken fingers . Buatnya pun senang , ringkas dan cepat disediakan .


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Guna isi ayam , bread crumbs dan mayonis.



Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Hiris nipis dan memanjang isi ayam.


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Cara 1 :


Masuk mayonis dan breadcrumbs ke dalam mangkuk .


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Celup isi ayam dalam mayonis .


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Salut pulak dengan breadcrumbs.
kalau ada plastik zip lock masukkan breadcrumbs pastu terjunkan ajer isi ayam yang dah salut mayonis dalamnya....
goncang-goncang biar bersalut .


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Atur dulu dalam pinggan pastu simpan sejam dalam peti ais bahagian bwh...
biar semua bahan kenal mesra dulu .



Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara 

Kalau tak ada breadcrumbs bolhe ganti cornflakes...
ramas-ramas bagi hancur sikit


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Ni dah celup mayonis dan salut cornflakes...
simpan peti ais jugak .


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Cara 2 :


Option lain kalau tak ade mayonis...
boleh guna tepung ni .


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Tabur tepung bestari tu dan letak air skit...
gaul bagi rata .


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

lepas dah gaul dengan tepung


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Salut dengan breadcrumbs / cornflakes ikut suka....
simpan peti ais bahagin bawah (bahagin tak beku)


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara

Dah sejam tu, panaskan minyak...
guna api sedang-sedang jer...
minyak jangan panas sangat nanti luar dah garing dalam tak masak...
masuk isi ayam dan goreng sampai perang


Resepi Ringkas CRISPY CHICKEN FINGERS Dengan Dua Cara



Facebook : Nor Izan Mustapa




Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan