loading...

Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging


Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging | Roti burger adalah antara makanan segera yang disukai ramai . Bermacam jenis roti burger yang ada di pasaran . Yang sinonim dengan anda adalah burger McD dan Burger King . Bagi kalangan orang tempatan , Burger Bakar sudah mula popular . 

Roti Burger Berinti 3 Sekawan

Resepi Ringkas Roti Burger Berinti Keju Dan Daging


Roti burger , jika anda beli dan hasilkan sendiri , anda boleh isi pelbagai jenis inti mengikut cita rasa anda sendiri . Selalunya anda akan meletakkan telur , daging dan daging ayam sebagai inti kerana itu adalah kegemaran utama anak - anak . Apa kata anda cuba meletakkan bahan inti lebih dari itu .

Langkah Menghasilkan Roti Burger Berinti


Untuk menghasilkan roti burger berinti , terlebih dahulu anda perlulah 
  • mengeluarkan isi di bahagian tengah broti burger sebagaimana yang ditunjukkan oleh gambar di bawah .

Roti Burger Berinti 3 Sekawan

  • masukkan daging / daging ayam / ham
  • masukkan telur
  • taburkan cheese
  • taburkan daun parsley 
  • atau apa sahaja bahan yang anda gemari


Roti Burger Berinti 3 Sekawan

  • tutup roti burger dan bunkus dengan kerajang aluminium
  • bakar pada suhu 180C selama 10 hingga 15 minit .

Mudah Dan Ringkas


Roti burger berinti ini jadi mudah kerana anda boleh dapatkan roti itu di pasaraya . Apabila anda boleh meletakkan apa sahaja bahan di dalamnya , maka terhasillah roti burger berinti yang ringkas untuk hidangan seisi keluarga .

2 comments:

  1. Nampak sedap ni. Mau dicoba.
    Terima kasih resipinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama fidah ... silakan dicobain ya .

      Delete

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan