Pesanan Kepada Bakal Pengantin
Assalamualaikum ...
Pengantin memang sinonim dengan musim cuti . Tak kiralah sama ada musim cuti perayaan ataupun musim cuti sekolah . Itu dulu . Sekarang pula , hampir setiap minggu ada majlis kahwin . Cuma bila masuk musim cuti sekolah , majlis kahwin makin rancak dan lebih banyak dari sebelumnya .
Pesanan Kepada Bakal Pengantin
Wahai bakal pengantin ( dah macam menyeru gayanya ) , usahakanlah atau jadikanlah perkahwinan kamu itu adalah perkahwinan yang dibina berlandaskan al - Quran dan Sunnah Rasulullah atau dipermudahkan sebutan sebagai Pengantin Al - Quran . Dalam melayari bahtera perkahwinan , senjata paling kuat adalah doa serta solat . Disitulah Allah membantu kita selesaikan masalah .
Saya ada mengikuti program Halaqah di tv9 satu masa dulu ( tak lah lama sangat pun ) , ustaz yang menjadi panel ada berpesan kepada bakal pengantin ;
" bila baru kahwin , isteri masak tak sedap jangan cakap ; ' tak macam mak I masaklah ! ' Sebaliknya , minta si isteri belajar dengan ibunya . Jangan pula si suami baran ya ! Malah suami juga boleh masak sekali sekala . ' "
Perkahwinan paling ideal yang pembaca boleh jadikan contoh adalah perkahwinan Rasulullah dengan Khadijah . Kehidupan baginda sangat mawaddah , kegembiraan penuh kasih sayang .
Ketika Rasulullah berkahwin dengan Khadijah , Khadijah berusia 40 tahun . Tapi dapat melahirkan anak seramai 6 orang ( kalau tak silap saya ) dan Rasulullah bersama Khadijah sehingga Khadijah wafat . Selepas itu barulah baginda menikah lagi .
Pesan ustaz lagi :
1- Sebenarnya , suami perlulah melayan isteri dengan lemah lembut , bergurau senda , geletek sana sini , cakar harimau pun boleh macam ustazah Nor Bahyah cadangkan malah berkejaran seperti Rasulullah lakukan bersama Aisyah juga merupakan nafkah batin !
2- Bukan sukar sebenarnya untuk bahagia , walau bukan kerana cinta , asalkan ada restu dari ibu bapa , juga redha Allah dan ikhlas kerana Allah , insha Allah dipermudahkan urusannya .
8- Jadikan suasana rumah itu , rumahku syurgaku . Syurga bagi isteri dan anak - anak !
Perkahwinan Berlandaskan Al Quran Dan Sunnah
Makanya , pengantin yang mengikut Al - Quran dan Sunnah , melakukan ibadah solat dan puasa bersama , mendidik anak sehingga jadi soleh dan solehah , adalah perkahwinan yang paling ideal .
Ustaz juga mencadangkan supaya pasangan pengantin mendalami maksud surah al - Furqan juga al - Baqarah kerana didalamnya lengkap dengan semua permasalahan serta kasih sayang Allah .
Sesungguhnya , Al - Quran itu wahyu daripada Allah ! Jangan sekali - kali dipandang sepi ...
Rupanya ada sebahagian negeri menjalankan khatam Quran dan ustaz tu ada mention Johor . Saya suka dengan perkembangan terbaru ni ...
Firman Allah yang bermaksud :
" Dan di antara tanda - tanda kekuasaan - Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri - isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan jadikan - Nya di antaramu rasa kasih dan sayang . Sesungguhny pada yang demikian itu benar - benar terdapat tanda - tanda bagi kaum yang berfikir . " ( QS : 30 : 21 )
" Bila selesai saja akad nikah, maka ujian pun bermula . Bermulanya ujian kesabaran , ujian kasih sayang , ujian dengan mertua serta ipar duai , ujian dengan ibu bapa serta adik beradik , ujian dengan duit , ujian dengan sifat pasangan . Berapa ramai yang tak boleh sembahyang , tak tahu mandi junub dan tak boleh baca al Quran . Masa bujang tak ada siapa ambil tahu sebab dia dok dalam bilik . Orang tak ada orang nampak . Lepas kawin ada orang peluk, berapa ramai yang boleh buang pelukan itu waktu subuh . Agak - agak berapa ramai yang boleh buang tangan kat dada tu pergi sembahyang suboh jemaah ? Hah , berapa ramai tak boleh buang tabit tu ? ' Abang nak kemana bang ? ' Sembahyang suboh dah pukul enam dah. Awal lagi bang. Awal apa dah pukul enam . Abang ni tok imam. Kang abang tak pergi, tak sembahyang diorang tau. '' Abang , kan tok bilal ada . Abang sms je cakap sakit perut ke, tau le orang tua tu buat . Abang kena bagi kepercayaan pada bilal bang. Sampai bila abang nak jadi imam. Bilal tu biar dia berlatih buat pulak. Sampai bila nak harapkan abang.' ' Iyer tak ya juge. Hanpon abang mana ?' ... Hah ! itulah ujian pertama tuan-tuan. "
-UKE-
* NOTA :
Bila akad nikah , ada syaitan yang menangis . Selepas itu datang pula syaitan berpangkat Jeneral
! Itulah ujian ...
0 comments:
Post a Comment