loading...

Anak Ramai Kurang Risiko Kanser Ovari


Anak Ramai Kurang Risiko Kanser Ovari | Orang zaman dulu kebanyakannya ramai anak . Ini disebabkan tiada mengamalkan perancangan keluarga , tiada aktiviti lain di waktu malam selain bekerja sendiri menyebabkan mereka banyak waktu senggang / berehat .

Pun begitu , mereka jarang merungut susah untuk membesarkan anak kerana di zaman itu , anak - anak patuh pada ibu bapa dan sudah terbiasa hidup dalam kesederhanaan sama ada dari segi makanan , pakaian dan tempat tinggal .


Anak Ramai Kurang Risiko Kanser Ovari


Baru - bari ini , ahli akademik di Universiti Oxford mendapati bahawa ibu yang melahirkan ramai anak mempunyai kurang risiko menghidapi kanser ovari . Apabila seseorang ibu itu melahirkan anak kedua dan seterusnya , kadar risiko kanser ovari menurun kepada 8 % bagi setiap kelahiran .

Ahli akademik berpendapat ianya ada kaitan dengan hormon estrogen yang dikeluarkan oleh ibu tersebut . Hormon estrogen boleh menyebabkan ketumbuhan . Bila seseorang ibu itu mengandung beberapa orang anak , hormon estrogen ini makin berkurangan .

Kajian terhadap beberapa wanita yang berusia 50 tahun dan ke atas , pakar mendapati apabila seorang wanita memiliki seorang anak , akan mengurangkan risiko kanser ovari kepada 20 %  . Namun begitu , risiko kanser ovari berkurangan menjadi 40 % untuk dua jenis penyakit utama iaitu ketumbuhan endometriosis dan sel nyata .

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan memberi susu ibu serta mengambil pil pencegah kehmilan , mengurangkan risiko mendapat kanser ovari kerana kedua - duanya menyekat penghasilan estrogen .

Pembunuh Senyap


Kanser ovari dianggap sebagai pembunuh senyap kerana sering dapat dikesan pada peringat akhir ataupun tahap 3 . Ini disebabkan kekeliruan pesakit yang merasakan sakit tersebut disebabkan oleh sindrom usus semasa kedatangan haid ataupun menopaus .




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan