loading...

Resepi Mudah Kek Ais Krim


Resepi Mudah Kek Ais Krim | Bismillah . Ketika bercuti bersama keluarga , tentu anda mahu menghasilkan sesuatu yang mudah untuk santapan bersama . Apatah lagi jika ketika itu ada yang menyambut hari kelahirannya . Sudah tentu jika boleh anda mahu hasilkan sendiri kek tersebut ala DIY dan kek itu biarlah mudah untuk disediakan . 


Kek Ais Krim



Resepi MudahKek Ais Krim


Ais krim adalah kegemaran ramai orang . Malah ais krim juga menjadi pencuci mulut kegilaan sesetengah orang terutama kanak - kanak . Apa kata anda hasilkan kek menggunakan ais krim . Ianya sangat mudah dan cepat . Berikut adalah langkah - langkah  resepi mudah kek ais krim yang anda boleh ikuti .

Bahan - bahan ;

  • Kit Kat bar
  • Ais Krim 2 perasa berbeza 
  • Biskut Oreo berkrim
  • Coklat m&m



Kek Ais Krim


Langkah Mudah Kek Ais Krim ;


1- Anda kisarkan biskut oreo berkrim .

2- Sediakan loyang kek .

3- Letakkan kit kat bar di sekeliling loyang .

4- Masukkan biskut oreo yang anda telah kisar . Ratakan biskt oreo kisar di dasar loyang .

5- Masukkan ais krim perasa pertama , ratakan . Kemudian masukkan pula ais krim perasa kedua , ratakan . 

6- Taburkan biskut oreo yang dihancurkan kasar dan taburkan coklat m&m di atasnya .

7- Simpan sebentar di dalam peti sejuk sebelum dipotong .


Mudah sahaja bukan . Anda boleh menghasilkannya dalam beberapa minit sahaja . Selepas itu , kek ais krim ini sudah boleh anda potong dan makan bersama keluarga di petang hari . Anak - anak anda pasti sukakannya .


Selamat bercuti semua ...

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan