loading...

Resepi Ringkas Ayam Goreng Bumbu


Resepi Ringkas Ramadhan - Ayam Goreng Bumbu | Ayam goreng merupakan kesukaan ramai orang terutamanya kanak - kanak . Mungkin kerana ayam goreng ni rasa ayam tu lebih sedap dengan perasa dan tepung yang rangup , maka ayam goreng garing dan rangup jadi hidangan yang tak menjemukan .


Resepi Ringkas Ramadhan - Ayam Goreng Bumbu


Resepi Ringkas Ramadhan - Ayam Goreng Bumbu


Bumbu ni bermaksud rempah . Orang jawa dah biasa sebut bumbu . Orang Indonesia pun sama . Kalau dah namanya ayam goreng berempah , maknanya ayam ni mestilah goreng dengan rempah kan . Moh kita tengok apa bumbu yang perlu ada untuk buat ayam goreng bumbu ni .

Bahan - bahannya ;


  • Ayam
  • buah keras
  • bawang putih
  • halia
  • kunyit
  • serai
  • ketumbar
  • kelapa parut
  • telur
  • serbuk pati ayam
  • garam

Cara Membuatnya :


Sudah ada semua bahan di atas , marilah kita mulakan langkah mneyediakannya .

1- Kisar bersama buah keras , bawang putih , halia , kunyit , serai dan ketumbar .

2- Ambil mangkuk , masukkan ayam , bahan kisar , serbuk kunyit , serbuk pati ayam dan garam .

3- Perap selama satu jam .

4- Goreng ayam sehingga masak .

5- Campurkan bahan perapan bersama kelapa parut dan goreng tanpa minyak sehingga garing .

6- Taburkan kelapa goreng bersama ayam goreng semasa menghidang .


Tergodakah anda ? Mudah saja kan untuk membuatnya . Selamat berbuka .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan