loading...

Resepi Ringkas Tacos Sandwich


Resepi Ringkas Tacos Sandwich | Hidangan ringkas hujung minggu kali ini menghidangkan DIY tacos sandwich . Kulit tacos ni boleh anda dapatkan di pasaraya . Kalau tak ada tacos , anda boleh sahaja gunakan kulit doh lain yang bersesuaian yang ada di pasaran . Anda juga boleh membuat kulit tacos sendiri di rumah . Cara membuat kulit tacos anda boleh rujuk di SINI .

Resepi Ringkas Tacos Sandwich


Cara buat DIY tacos sandwich ni mudah sahaja . Berikut adalah langkah - langkah yang anda perlu lakukan . 

1- Letakkan tacos di atas rak pemanggang dengan kedudukan seperti menyidai . Anda rujuk je gambar di bawah . Masak di dalam oven sekitar 10 minit atau sehingga garing . 


Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich


2- Letakkan sebarang inti mengikut citarasa anda . Sama ada anda nak meletakkan inti yang mudah , inti ala melayu juga barat , itu terpulang kepada anda sendiri sebab anda yang nak makan .


Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich


3- Taburkan cheese di atas inti yang anda sudah masukkan ke dalam tacos . Bakar semula dalam oven sehingga cheese itu cair . 


Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich


4- Tacos sandwich di atas sudah siap untuk dimakan .


Berikut  adalah imej tacos lain yang anda boleh cuba di rumah . Mudah , ringkas dan semestinya lazat untuk anda sekeuarga makan . Malah tacos adalah hidangan yang sesuai untuk anda yang berdiet . 


Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Resepi Ringkas Ramadhan - Tacos Sandwich



Selamat mencuba dan selamat bercuti kepada para pembaca semua .


1 comment:

  1. Tak pernah makan benda ni....nampak macam rangup kulitnya

    ReplyDelete

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan