Featured
loading...

Resepi Ringkas Cheese Rolls



Resepi Ringkas Cheese Rolls | Roti adalah sarapan yang paling ringkas dan mudah . Selalunya , roti keping gardenia menjadi pilihan untuk membuat sandwich atau sekadar disapukan jem , kaya atau dicelupkan k dalam telur sepruh masak juga air susu / milo / teh / dan sebagainya . 


Resepi Ringkas Cheese Rolls

Resepi Ringkas Cheese Rolls


Apa kata , kali ini cuba buat kelainan kepada roti keping yang ada di atas meja anda . 
Gunakan roti tersebut untuk membuat cheese rolls .
Bahan - bahan Resepi Ringkas Cheese Rolls yang perlu ada juga mudah seperti 
* roti keping
*kepingan keju
*sos

Berikut adalah langkah-langkah pembuatannya :


Resepi Ringkas Cheese Rolls

1- Dapatkan roti keping , potong bahagian tepinya .

Resepi Ringkas Cheese Rolls

2- letakkan kepingan cheese diatasnya . 
3- Kemudian gulungkan .

Resepi Ringkas Cheese Rolls

4- Goreng di atas pan dengan miyak yang sedikit .

Resepi Ringkas Cheese Rolls

5 - Siap untuk dimakan bersama sos .


Cara Mudah Pikat Hati Suami


Cara Mudah Pikat Hati Suami | Suami adalah satu - satunya tempat seorang wanita bergantung harap . Suami juga adalah seorang lelaki yang dipilih oleh seorang wanita untuk menjadi imam dalam rumahtangga yang dibina bersama . Suami juga adalah tempat seorang isteri untuk berkasih sayang dan menyemai bahagia . 




Cara Mudah Pikat Hati Suami



Cara Mudah Pikat Hati Suami


Rumah tangga yang anda bina bersama suami adakalanya bahagia , adakalanya juga diuji dengan pelbagai cabaran . Pun begitu , sebagai asam garam rumah tangga , anda perlu lalui dengan cekal dan redha . Kesibukan tugas serta tekanan hidup dan melayan kerenah anak - anak menjadikan anda dan suami adakalanya tiada banyak masa untuk bermesra dan bersembang dari hati ke hati . Ada cara yang anda boleh lakukan untuk mengeratkan lagi hubungan dan kemesraan bersama suami seperti :

1.  HATI YANG TULUS DAN IKHLAS



Pertama sekali anda perlu ada hati yang tulus dan ikhlas melayan kehendak suami serta berusaha dengan menyerahkan hidup untuk berbakti pada suami sambil mengharap pahala Allah .

Apabila seorang perempuan menunaikan solat , puasa , memelihara kemaluannya dan berbakti , mentaati suaminya , dia akan masuk syurga . "       
( Riwayat ai - Bazzar )

2. PENAMPILAN MENARIK



Bila keluar rumah , berfesyen dan wajah bersolek indah . Bila di rumah muka pucat itu juga yang suami hadap hari - hari . Jadi , adalah lebih baik anda berpenampilan menarik untuk tatapan suami . Coletlah sikit lipstik dan powder kat muka tu . Berfesyen bila berpakaian di hadapan suami . Dalam rumah nampak aurat dan nak seksi pun tak apa . Lagi baik untuk tatapan suami sebenarnya .

" Sebaik - baik perempuan adalah yang menyenangkanmu apabila kau memandangnya , mentaatimu apabila engkau perintahkan dan menjaga dirinya dan hartamu apabila engkau tidak ada di rumah . "
( Riwayat Tabrani )

3. BERUSAHA SENYUM DAN SABAR 



Seboleh mungkin jangan menyakiti hati suami . Tak kira la masa tu tension dengan keje ke , sakit hati dengan orang ker , suami marah tak tentu pasal ke , anak meragam ker , badan tak sihat ker . Walau sekadar memasamkan muka pada suami sudah dikira nusyuz , begitulah kata ustaz zawawi yusuf . Sedekahkanlah senyuman itu pada suami kerana senyuman itu pengubat duka dan resah .

Seorang perempuan belum dianggap menunaikan hak Tuhannya sehingga ia menunaikan hak suaminya . " 
( Riwayat Ibnu Majah )
Tidaklah seorang perempuan menyakiti hati suaminya di dunia , melainkan bidadari calon isterinya ( di akhirat ) berkata , " Janganlah engkau sakiti dia , Allah membencimu . Sesungguhnya dia di sisimu hanya sementara waktu , dan akan berpisah darimu untuk berkumpul dengan kami . "
( Riwayat Ahmad )

4. BERI TNDAK BALAS POSITIF DI TEMPAT TIDUR 


Di kamar tidur hanya anda dan suami sahaja , janganlah malu untuk melakukan apa saja . Melayan kemahuan suami itu satu ibadah . Isteri mendapat pahala jika menggembirakan suami di tempat tidur apatah lagi jika dapat memberi kepuasan . Maka , berilah tindak balas positif pada suami apabila dia memberi isyarat .

5. TEKNIK BERSAMA SUAMI 



Ini yang paling mahal . Janganlah malu untuk belajar . Kalau anda malu untuk bertanyakan kepada orang yang rapat dengan anda , carilah sahaja di internet . Kalau berjaya lakukannya , insha Allah suami selalu melimpahkan cinta dan sayangnya untuk anda . Teknik bersama suami adalah satu keperluan di zaman ini memandangkan suami sudah menerima banyak pendedahan . Sudah tentu suami ingin juga merasa .

Teman Hidup


Suami adalah teman hidup isteri . Ini bermakna isteri perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi dunia rumahtangga bersama suami dalam segala aspek . Jangan ada rasa malu dan takut . Jadikan suami anda sebagai sahabat , teman , kekasih dan imam dalam kehidupan anda .



Makanan Ibu Hamil Untuk Otak Bayi Jadi Bijak



Makanan Ibu Hamil Untuk Otak Bayi Jadi Bijak | Kajian menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber yang penting dalam merangsang otak bayi. Pemakanan amat mempengaruhi kepintaran bayi sejak dalam kandungan dan juga selepas kelahiran. Oleh itu, untuk mendapatkan anak genius, rangsangan pemakanan harus mula seawal kehamilan. 


Makanan Ibu Hamil Untuk Otak Bayi Jadi Bijak

Makanan Ibu Hamil Untuk Otak Bayi Jadi Bijak


Ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan. Ia bermula dari dalam perut kemudian tercetus si minda. Berikut, jenis-jenis makanan yang boleh merangsang otak bayi yang digalakkan oleh Islam.


1) Madu:


Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam al-Quran dan dikatakan sebagai 'syifa' iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar 'raja ubat' yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Madu mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu. Madu juga mengandungi zat galian seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin dan ia dapat memberi tenaga. Amalkan makan madu dengan minum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis:


Ia dapat membentuk anak genius kerana kismis mengandungi zat besi yang berfungsi umtuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Cara makan kismis yang afdal adalah dengan menghadap kiblat, baca bismillah dan selawat kepada nabi tiga kali serta doa penerang hati. setelah itu, ambil kismis sebanyak tujuh biji sekali dan dimakan sebanyak tiga kali sehari iaitu 21 biji setiap hari.

3) Susu Segar:


Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang berfungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu berkhasiat kerana mempunyai karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan air. sabda Rasulullah, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan susu lembu segar. Amalkan meminum susu sekurang-kurangnya segelas pagi dan malam. Mulai dengan bacaan Bismillah.

4) Telur:


Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mempunyai kandungan protein, mineral, vitamin, laksium, magnesuim, fosforus, kalium, sulfur natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstra aktif. Memakan kuning telur dapat mengatasi masalah lemah tenaga fizikal dan mental. Telur yang terbaik dimakan untuk memberi kepintaran pada anak ialah telur ayam kampung.

5) Halia:


Halia sangat mujarab merawat masalah lupa. Halia dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa dijadikan manis-manisan yang direbus dengan gula. Ia perlu dimakan sedikit sahaja di waktu pagi.


6) Limau/Oren:


Limau dapat memberi kekuatan kepada daya fikiran.

7) Buah Delima:


Buah ini boleh menjadi penerang hati, sesuai dengan sabda Rasulullah, "Barangsiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.


8) Daging Burung Merpati:


Daging burung ini mempunyai protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori yang dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak selain membantu mempercepatkan pertuturan lebih awal dari biasa.

9) Daging Ayam:


Berbanding semua jenis daging, ayam mempunyai kadar zat pemakan paling tinggi dan berkhasiat dalam meningkatkan prestasi otak.


10) Daging Biri-Biri:


Dapat memberi kekuatan ingatan dan mampu memberi daya ingatan menghafal.

11) Kekacang:


Turut memberi kekuatan kepada perkembangan genius sejak dalam kandungan lagi. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak selain mengandungi nilai protein yang tinggi.


12) Buah Badam:


Makan buah badam dapat mempertingkatkan kecerdasan.

13) Labu:


Dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda, "Makanlah labu kerana ia memberi kecerdasan kepada akal serta meningkatkan kemampuan keupayaan akal dan fikiran."


14) Sayur-Sayuran:



Sayur-sayuran dan buah-buahan membantu meningkatkan daya ingatan. 



Rekaan Kek Tunang Terkini


Rekaan Kek Tunang Terkini | Bila masuk musim cuti sekolah , bukan setakat banyak majlis perkahwinan , malah ramai juga yang hendak melangsungkan pertunangan . Maka teringatlah Chinta akan majlis pertunangan my abang satu masa dahulu . Oleh sebab dah lama tak buat majlis masa tu , jadi kami fikir pihak lelaki tak perlu beri kek pertunangan kepada pengantin perempuan . Akibatnya , si pengantin perempuan merajuk sebab tak ada kek .


Rekaan Kek Tunang Terkini

Rekaan Kek Tunang Terkini


Selalunya kalau nak mudah dan cepat , beli saja kek tunang yang sudah sedia ada di kedai . Tetapi sekiranya anda mahukan kek pertunangan anda ada kelainan dan mahu mereka kek tunang sendiri , rekaan kek tunang terkini sebagaimana di bawah mungkin dapat memberi anda inspirasi untuk mencetuskan idea mereka kek tunang yang lebih menarik .


Rekaan Kek Tunang Terkini



Rekaan Kek Tunang Terkini



Rekaan Kek Tunang Terkini



Rekaan Kek Tunang Terkini




Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak



Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak | Selama ini kita tidak pernah ambil tahu jika ada kesan disetiap posisi duduk pada anak-anak kita kerana kita tak pernah nampak kesan yang negatif atau memberi impak buruk kepada mereka . 


Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak

Kesan Duduk Posisi W Pada Kanak-kanak


Duduk dalam posisi W merupakan satu posisi yang anak-anak sering lakukan ketika bermain malah kita juga orang dewasa ada melakukanna . Adakah duduk posisi W ini baik kepada kesihatan anak anda ?


Bila anak anda bermain dan mereka duduk dalam posisi selain duduk-w , ianya dapat membantu dalam melatih anak-anak untuk mengawal pergerakan tubuh badan. Ini secara langsung dapat membantu anak-anak di dalam perkembangan motor halus dan juga kedominanan tangan.


Duduk-W tidak digalakkan kepada anak-anak anda. memang tidak dinafikan anak anda secara natural akan duduk dalam kedudukan w ini, namun perlu diketahui bahawa duduk dalam posisi ini secara berlebihan akan menyebabkan masalah ortopedik kepada anak-anak.

Mengapa anak anda suka duduk dalam posisi ini?


Ketika bermain, anak anda lebih suka duduk dalam keadaan duduk-W kerana mereka rasa lebih stabil di dalam mengawal permainan , mencapai dan memanipulasi mainan. Tanpa mereka risau akan keseimbangan badan mereka.

Secara ringkasnya, duduk dalam posisi W akan menyebabkan beberapa keadaan berikut.

Menyebabkan dislokasi pinggul kepada anak-anak tertamanya yang mempunyai sejarah hip displasiaJika anak-anak mempunyai 'muslce tightness' duduk dalam keadaan w ini akan memburukkan lagi keadaan anak tersebut. Menghadkan perkembangan dalam manipulasi tangan dan dominan tangan

Bagaimana cara nak elakkan anak-anak duduk dalam posisi w?


Salah satu cara efektif untuk elak anak-anak ana duduk dalam posisi W adalah dengan mengelakkan supaya ianya tidak menjadi habit kepada anak anda. Perbetulkan kedudukan anak anda setiap kali mereka melakukannya.





Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha



Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha | Anda pernah tak terfikir nak buat puff sardin guna perata segera dalam paket ? Chinta memang tak pernah buat . Bila terjumpa Resepi Ringas Puff Sardin Guna Paratha dalam facebook baru terfikir . Sebelum ni ada juga jumpa resepi buat puff guna kulit popia .

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha 


Cara nak buat puff sardin guna prata segera ni bukanlah susah sangat . Semudah abc tau . Tak percaya ? Jom tengok langkah -langkah di bawah . 

Bahan-bahannya :

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

1- Mesti ada prata

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

2- Keju parut

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

3- Sardin

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

4- Telur kuning

Cara Membuatnya :


Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

1- potong prata kepada 4 bahagian .
letakkan sardin

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

2- taburkan parutan keju

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

3- sapukan kuning telur , katupkan dan tekan guna jari supaya melekat .

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

4- kelim guna hujung garfu .

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

5- fozenkan dalam peti sejuk ataupun terus goreng .

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

6- sapukan kuning telur sebelum goreng .

Cara kedua 

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

1- potong kepada 8 bahagian . Letakkan inti sardin diatasnya .

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

2- sapu kuning telur dan gulung dari bawah .

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

3- Gulung sampai atas .

Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha

4- Sapukan kuning telur kemudian bakar .





Resepi Ringkas Cili Jeruk


Resepi Ringkas Cili Jeruk | Cili jeruk selaluna menjadi bahan perasa tambahan bagi mee goreng , mee sup , sup tulang , sup daging dan sebagainya . Bagi Chinta pula , rugi tak ambil cili jeruk kalau dah ada di depan mata untuk menjadi bahan campuran dalam hidangan .


Resepi Ringkas Cili Jeruk

Resepi Ringkas Cili Jeruk


Nak buat cili jeruk ni , mudah dan ringkas je penyediannya . Bahan-bahannya pun mudah didapati . Siapa yang terliur sangat nak makan cili jeruk , meh la cuba buat sendiri cili jeruk ikut resepi ringkas cili jeruk kat bawah ni ya .

Resepi Ringkas Cili Jeruk


Bahan-bahannya :



12- 15 biji cili hijau
1 cawan gula pasir
1 cawan cuka makan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur makan


Resepi Ringkas Cili Jeruk



Cara membuatnya :


1. Cili hijau dibersihkan & dipotong secara menyerong atau secara membulat anggaran 1/2 inci tebal. Kemudian dimasukkan kedalam tapis plastic yang lubangnya besar, & goyang-goyangkan tapis supaya biji-biji cili akan terkeluar.
2. Rendamkan cili hijau tersebut anggaran 30 minit di dalam air kapur. Lepas itu bersihkan semua cili daripada air kapur .
3. Jiruskan air panas mendidih pada cili hijau tersebut supaya layu sedikit. Ketepikan sebentar supaya airnya tos. Masukkan kedalam botol & ketepikan.
4. Sementara itu masakkan gula, cuka beserta dengan air & garam hingga mendidih. Biarkan dia sejuk dahulu. Setelah itu curahkan kedalam botol yang berisi cili hijau tersebut. Cili mestilah terapung anggaran 1 inci daripada permukaan botol. Sekiranya cili tidak terapung, bolehlah ditambahkan sedikit air panas sehingga cili hijau terapung. 
5. Tutup botol dan simpanlah cili jeruk nie anggaran 1 hari, bolehlah dimakan. Cili jeruk nie lebih sedap rasanya jika disimpan lama.

- SELAMAT MENCUBA

Kredit : Syiema Yunos


Bermesra Cara Rasulullah


Bermesra Cara Rasulullah | Kemesraan adalah salah satu cara untuk mengukuhkan hubungan malah menjadikan hubungan itu lebih akrab dan lebih baik . Banyak cara boleh anda dan pasangan anda lakukan . Sama ada bergurau senda / usik mengusik , saling membantu melakukan kerja rumah , sama - sama mencipta suasana romantik , memberikan hadiah sebagai penghargaan , pergi bercuti berdua dan macam - macam lagi cara anda boleh lakukan .


Bermesra Cara Rasulullah

Bermesra Cara Rasulullah


Bermesra cara Rasulullah adalah panduan yang paling sesuai diamalkan oleh pasangan untuk mengekalkan malah menambahkan kemesraan dalam perhubungan . Antara kemesraan yang Rasulullah amalkan adalah ;

1- Tidur Dalam Satu Selimut 


Dari Atha' bin Yasar, " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bijana . Ketika baginda sedang berada di dalam satu selimut dengan Aisyah , tiba - tiba Aisyah bangkit . Baginda kemudian bertanya , ' Mengapa engkau bangkit ? ' Jawab Aisyah , ' Kerana saya haid , wahai Rasulullah . ' Sabda Rasulullah , ' Kalau begitu pergilah , lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku . ' Aku pun masuk , lalu berselimut bersama baginda . " 
( Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur ) .

2- Mandi Bersama


Dari Aisyah r.a. beliau berkata ;" Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana . Kami biasa bersama - bersama memasukkan tangan kami ( ke dalam bejana tersebut ). "( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ) .

3- Memakai Wang - wangian .


Aisyah berkata , " Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya , baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. "
( Hadis Riwayat Ibnu Majah ) .

4- Menyikat Rambut


Dari Aisyah r.a. beliau berkata . " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w. ketika saya sedang haid . "
( Hadis Riwayat Ahmad ) . 

5- Meminyaki Badan


Dari Aisyah r.a. belaiu berkata ; " Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya ' Aidil Adha ' setelah belaiu melakukan jumrah aqabah . "
( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir )

6- Minum Dari Cawan Yang Sama


Dari Aisyah r.a. dia berkata ; " Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid . Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut , lalu Baginda minum , kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya , kemudian baginda mengambilnya dari saya , lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya , lalu baginda pun menghirupnya . "
( Hadis Riwayat Adurrazaq dan Said bin Manshur ) .

7- Membelai Isteri 


Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang . Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda , lalu Baginda bermalam ditempatnya . "
( Hadis Riwayat Ahmad )

8- Mencium Isteri


Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya . 
( Hadis Riwayat Abdurrazaq )
Dari Hafshah , puteri Umar r.a. ; " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa . "
( Hadis Riwayat Ahmad ) .

9- Panggilan Mesra


Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Umairah ( pipi merah delima ) .


10- Memujuk Dengan Mesra


Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata ; " Wahai Uwaisy , bacalah doa : " Wahai Tuhanku , Tuhan Muhammad , ampunilah dosa - dosaku , hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan . "
( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )

11- Membersihkan Titisan Darah Haid


Dari Aisyah r.a. dia berkata ; " Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid . Apabila darah ku menitis di atas tikar itu , Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu , kemudian Baginda sembahyang di tempat itu pula , lalu Baginda berbaring kembali disisiku . Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu , Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu , kemudian Baginda pun sembahyang di atas tikar itu ... "
( Hadis Riwayat Nasai ) .

12- Memberikan Hadiah


Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah , ia berkata , " Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah , Baginda bersabda kepadanya , ' Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi , namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan . Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku , aku akan memberikanyya kepadamu . "
Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata ; " Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada baginda , lalu Baginda memberikannya kepada masing - masing isterinya satu botol minyak kasturi , sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah . "
( Hadis Riwayat Ahmad ) 

13- Bila Tergoda Segera Mencari Isteri


Dari Jabir , sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita , lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab , untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya , lalu keluar dan bersabda , " Wanita kalau menghadap , ia menghadap dalam rupa syaitan ... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik , hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri istrinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu . "
( Hadis Riwayat Tirmizi ) 


Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat romantis bila memperlihatkan kemesraan kepada para isterinya . Sifat Baginda ini menggambarkan bahawa agama Islam menyuruh kaum lelaki melayan wanita dengan lemah lembut penuh dengan perasaan kasih , cinta dan sayang . Maka teladanilah sifat Rasulullah ini yang merupakan contoh dan panduan yang terbaik untuk diikuti dalam kehidupan berumahtangga .



Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan