Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha
Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha | Anda pernah tak terfikir nak buat puff sardin guna perata segera dalam paket ? Chinta memang tak pernah buat . Bila terjumpa Resepi Ringas Puff Sardin Guna Paratha dalam facebook baru terfikir . Sebelum ni ada juga jumpa resepi buat puff guna kulit popia .
Resepi Ringkas Puff Sardin Guna Paratha
Cara nak buat puff sardin guna prata segera ni bukanlah susah sangat . Semudah abc tau . Tak percaya ? Jom tengok langkah -langkah di bawah .
Bahan-bahannya :
1- Mesti ada prata
2- Keju parut
3- Sardin
4- Telur kuning
Cara Membuatnya :
1- potong prata kepada 4 bahagian .
letakkan sardin
2- taburkan parutan keju
3- sapukan kuning telur , katupkan dan tekan guna jari supaya melekat .
4- kelim guna hujung garfu .
5- fozenkan dalam peti sejuk ataupun terus goreng .
6- sapukan kuning telur sebelum goreng .
Cara kedua
1- potong kepada 8 bahagian . Letakkan inti sardin diatasnya .
2- sapu kuning telur dan gulung dari bawah .
3- Gulung sampai atas .
4- Sapukan kuning telur kemudian bakar .
0 comments:
Post a Comment