Resepi Ringkas Cili Jeruk
Resepi Ringkas Cili Jeruk | Cili jeruk selaluna menjadi bahan perasa tambahan bagi mee goreng , mee sup , sup tulang , sup daging dan sebagainya . Bagi Chinta pula , rugi tak ambil cili jeruk kalau dah ada di depan mata untuk menjadi bahan campuran dalam hidangan .
Resepi Ringkas Cili Jeruk
Nak buat cili jeruk ni , mudah dan ringkas je penyediannya . Bahan-bahannya pun mudah didapati . Siapa yang terliur sangat nak makan cili jeruk , meh la cuba buat sendiri cili jeruk ikut resepi ringkas cili jeruk kat bawah ni ya .
Bahan-bahannya :
12- 15 biji cili hijau
1 cawan gula pasir
1 cawan cuka makan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur makan
Cara membuatnya :
1. Cili hijau dibersihkan & dipotong secara menyerong atau secara membulat anggaran 1/2 inci tebal. Kemudian dimasukkan kedalam tapis plastic yang lubangnya besar, & goyang-goyangkan tapis supaya biji-biji cili akan terkeluar.
2. Rendamkan cili hijau tersebut anggaran 30 minit di dalam air kapur. Lepas itu bersihkan semua cili daripada air kapur .
3. Jiruskan air panas mendidih pada cili hijau tersebut supaya layu sedikit. Ketepikan sebentar supaya airnya tos. Masukkan kedalam botol & ketepikan.
4. Sementara itu masakkan gula, cuka beserta dengan air & garam hingga mendidih. Biarkan dia sejuk dahulu. Setelah itu curahkan kedalam botol yang berisi cili hijau tersebut. Cili mestilah terapung anggaran 1 inci daripada permukaan botol. Sekiranya cili tidak terapung, bolehlah ditambahkan sedikit air panas sehingga cili hijau terapung.
5. Tutup botol dan simpanlah cili jeruk nie anggaran 1 hari, bolehlah dimakan. Cili jeruk nie lebih sedap rasanya jika disimpan lama.
- SELAMAT MENCUBA
Kredit : Syiema Yunos
0 comments:
Post a Comment