Bermesra Cara Rasulullah
Bermesra Cara Rasulullah | Kemesraan adalah salah satu cara untuk mengukuhkan hubungan malah menjadikan hubungan itu lebih akrab dan lebih baik . Banyak cara boleh anda dan pasangan anda lakukan . Sama ada bergurau senda / usik mengusik , saling membantu melakukan kerja rumah , sama - sama mencipta suasana romantik , memberikan hadiah sebagai penghargaan , pergi bercuti berdua dan macam - macam lagi cara anda boleh lakukan .
Bermesra Cara Rasulullah
Bermesra cara Rasulullah adalah panduan yang paling sesuai diamalkan oleh pasangan untuk mengekalkan malah menambahkan kemesraan dalam perhubungan . Antara kemesraan yang Rasulullah amalkan adalah ;
1- Tidur Dalam Satu Selimut
Dari Atha' bin Yasar, " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a. biasa mandi bersama dalam satu bijana . Ketika baginda sedang berada di dalam satu selimut dengan Aisyah , tiba - tiba Aisyah bangkit . Baginda kemudian bertanya , ' Mengapa engkau bangkit ? ' Jawab Aisyah , ' Kerana saya haid , wahai Rasulullah . ' Sabda Rasulullah , ' Kalau begitu pergilah , lalu berkainlah dan dekatlah kembali padaku . ' Aku pun masuk , lalu berselimut bersama baginda . "( Hadis Riwayat Sa'id bin Manshur ) .
2- Mandi Bersama
Dari Aisyah r.a. beliau berkata ;" Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana . Kami biasa bersama - bersama memasukkan tangan kami ( ke dalam bejana tersebut ). "( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ) .
3- Memakai Wang - wangian .
Aisyah berkata , " Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya , baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) dan isteri baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. "( Hadis Riwayat Ibnu Majah ) .
4- Menyikat Rambut
Dari Aisyah r.a. beliau berkata . " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w. ketika saya sedang haid . "( Hadis Riwayat Ahmad ) .
5- Meminyaki Badan
Dari Aisyah r.a. belaiu berkata ; " Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w. pada hari Raya ' Aidil Adha ' setelah belaiu melakukan jumrah aqabah . "( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir )
6- Minum Dari Cawan Yang Sama
Dari Aisyah r.a. dia berkata ; " Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid . Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut , lalu Baginda minum , kemudian saya mengambil cawan tersebut dan lalu menghirup isinya , kemudian baginda mengambilnya dari saya , lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya , lalu baginda pun menghirupnya . "( Hadis Riwayat Adurrazaq dan Said bin Manshur ) .
7- Membelai Isteri
" Adalah Rasulullah s.a.w. tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang . Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda , lalu Baginda bermalam ditempatnya . "( Hadis Riwayat Ahmad )
8- Mencium Isteri
Dari Aisyah r.a. bahawa Nabi s.a.w. biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk kemudian Baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya .( Hadis Riwayat Abdurrazaq )Dari Hafshah , puteri Umar r.a. ; " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa . "( Hadis Riwayat Ahmad ) .
9- Panggilan Mesra
Rasulullah s.a.w. biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy dan Umairah ( pipi merah delima ) .
10- Memujuk Dengan Mesra
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan Baginda berkata ; " Wahai Uwaisy , bacalah doa : " Wahai Tuhanku , Tuhan Muhammad , ampunilah dosa - dosaku , hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan . "( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )
11- Membersihkan Titisan Darah Haid
Dari Aisyah r.a. dia berkata ; " Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w. di atas satu tikar ketika aku sedang haid . Apabila darah ku menitis di atas tikar itu , Baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dan baginda tidak berpindah dari tempat itu , kemudian Baginda sembahyang di tempat itu pula , lalu Baginda berbaring kembali disisiku . Apabila darahku menitis lagi di atas tikar itu , Baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu , kemudian Baginda pun sembahyang di atas tikar itu ... "( Hadis Riwayat Nasai ) .
12- Memberikan Hadiah
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamah , ia berkata , " Ketika Nabi s.a.w. menikah dengan Ummu Salamah , Baginda bersabda kepadanya , ' Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi , namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu akan dikembalikan . Jika hadiah itu memang dikembalikan kepadaku , aku akan memberikanyya kepadamu . "Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata ; " Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dan hadiah tersebut dikembalikan kepada baginda , lalu Baginda memberikannya kepada masing - masing isterinya satu botol minyak kasturi , sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut Baginda berikan kepada Ummu Salamah . "( Hadis Riwayat Ahmad )
13- Bila Tergoda Segera Mencari Isteri
Dari Jabir , sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita , lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab , untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya , lalu keluar dan bersabda , " Wanita kalau menghadap , ia menghadap dalam rupa syaitan ... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik , hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri istrinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu . "( Hadis Riwayat Tirmizi )
Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat romantis bila memperlihatkan kemesraan kepada para isterinya . Sifat Baginda ini menggambarkan bahawa agama Islam menyuruh kaum lelaki melayan wanita dengan lemah lembut penuh dengan perasaan kasih , cinta dan sayang . Maka teladanilah sifat Rasulullah ini yang merupakan contoh dan panduan yang terbaik untuk diikuti dalam kehidupan berumahtangga .
0 comments:
Post a Comment