Featured
loading...

Cara Mudah Buat Piza


Cara Mudah Buat Piza | Zaman ini adalah zaman mengejar masa . Ibu sama ada bekerja mahupun suri rumah , memilih untuk memasak hidangan cepat disiapkan . Lagi cepat siap , lagi banyak benda dapat dilakukan termasuk mengurus anak - anak .


Cara Mudah Buat Piza


Buat Piza Kun


Ramai orang tahu , cara nak hasilkan piza ni banyak langkah - langkah yang perlu dilakukan . Selain nak menyediakan doh , bahan - bahan untuk ditaburkan di atas doh piza juga perlu disediakan . Sebenarnya , ada cara mudah buat piza ni . 


Cara Mudah Buat Piza

Cara Mudah Buat Piza 


Anda tak perlu habiskan tenaga anda menguli doh bila buat piza kun ini . Anda cuma perlukan 

  • roti sandwich
  • cetak kun / aluminium foil
  • keju
  • bahan untuk ditaburkan 
Bila bahan piza kun di atas sudah disediakan , anda cuma perlu lakukan

1- Ambil sekeping roti , masukka kedalam kun mengikut bentuknya .

2- Masukkan segala bahan yang anda suka .

3- Taburkan keju diatasnya .

4- Bakar sehingga keju cair .



Cara Mudah Buat Piza


Cara Mudah Buat Piza


Cara Mudah Buat Piza

Cepat dan mudah


Kalau anda ikut semua langkah - langkah cara mudah buat piza di atas , anda hanya perlukan 30 minit sahaja untuk menyiapkannya . Piza kun ini sangat sesuai dijadikan sarapan dan hidangan minum petang di hari cuti . Bukan sekadar mengenyangkan , malah anak - anak anda juga akan sukakan piza kun ini .


Cara Mudah Buat Piza


Hukum Berkahwin Bagi Lelaki


Hukum Berkahwin Bagi Lelaki | Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing - masing yang hak mengikut lunas - lunas peraturan tertentu . 


Hukum Berkahwin Bagi Lelaki

Berkahwin


Setiap orang Islam yang sudah baligh , berakal , mampu dari segi zahir juga batin , mempunyai kewangan dan fikiran yang stabil sama ada lelaki atau perempuan , maka wajiblah bagi mereka melangsungkan perkahwinan . Jika tiada calon , maka carilah dan jika ada , segerekanlah .

Hukum Berkahwin Bagi Lelaki


Ada lima hukum berkahwin dan ianya dikhaskan kepada lelaki sahaja . Ini kerana  lelaki adalah kaum yang perlu masuk meminang dan melafazkan akad nikah ke atas seorang wanita . Berikut adalah penjelasan tentang hukum berkahwin bagi lelaki .

1- Wajib Berkahwin


Wajib berkahwin sekiranya seseorang lelaki itu berkeupayaan dari segi kewangan untuk membayar " mahar " ( mas kahwin ) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin . Beliau juga tidak berniat untuk menganiayai isterinya selama berumahtangga . Di samping itu , beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat ( zina ) disebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin .

2- Sunat Berkahwin


Seseorang lelaki itu sunat berkahwin bila dia mampu tetapi tidak tergoda unuk melakukan maksiat . Ini adalah hukum asal perkahwinan .

3- Harus Berkahwin


Seseorang lelaki itu harus berkahwin jika dia yakin yang dia tidak akan melakukan zina jika tidak bernikah dan mampu untuk bernikah .

4- Makruh Berkhwin


Hukum makruh berkahwin akan jatuh apabila seseorang lelaki itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya . Di samping itu , dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu . Seorang lelaki itu juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan .

5- Haram Berkahwin


Bagi seseoran lelaki yang tidak dapat menunaikan kewajipan - kewajipan terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiyai isterinya , maka haram bagi lelaki itu berkahwin .


( Indahnya Hidup Bersyariat - m/s 188 )



Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur


Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur | Bila terjumpa imej - imej effect bintang di syiling bilik tidur , Chinta sangat teruja untuk berkongsi dengan kalian di sini . Tetapi terhenti sebentar bila hendak meletakkan tajuk , Chinta jadi blurr . Apakah tajuk yang sesuai agaknya . Chinta sebenarnya pernah berangan - angan untuk memiliki bilik yang bumbungnya boleh melihat bintang selepas melihat sebuah rumah di Mexico yang bumbungnya boleh dibuka untuk melihat bintang dalam channel TLC 708 Astro satu ketika dahulu .


Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur

Effect Bintang Di Syiling Bilik 


Chinta suka melihat langit yang dipenuhi bintang . Rasa sangat tenang dijiwa dan minda . Pernah terfikir untuk baring dihalaman semata - mata mahu melihat bintang . Untuk merealisasikan idea bumbung dibuka supaya dapat melihat bintang bukanlah murah belanjanya . Justeru itu Chinta ingin membawa elemen lampu untuk beri effect bintang di syiling bilik tidur seperti imej - imej di bawah kepada anda sekalian .


Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur




Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur

Cahaya Terang Tidak Sesuai Untuk Bilik Tidur


Bagaimana , teruja tak ? Effect lampu ini juga sangat sesuai dipasang di bilik tidur pengantin . Chinta kurang gemar sebenarnya dengan penggunaan lampu kalimantang atau apa sahaja lampu yang memberikan effect cahaya yang terang di dalam bilik tidur . Ia seolah - olah mengganggu minda Chinta yang inginkan bilikku menjadi syurgaku dalam mencari ketenangan dan kedamaian jiwa .


Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur


Jenis Lampu Di Pasaran


Banyak jenis lampu dipasaran yang ada effect cahaya ala romantik . Paling mudah , anda boleh guna lampu mentol saiz kecil seperti cili padi yang berlip lap yang sering dipasang ketika nak sambut raya . Di mana ianya hendak diletakkan dan bagaimana caranya , ianya terpulang kepada kreativiti dan imaginasi anda . 


Nota ;

Semoga idea ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan effect bintang di syiling bilik tidur anda untuk mendapatkan effect yang romantika d'amor .


Rekaan Bunga Telur Terkini


Rekaan Bunga Telur Terkini | Bunga telur merupakan satu keperluan dalam majlis perkahwinan Melayu . Tanpa bunga telur , majlis menjadi cacat kerana bunga telur adalah pasangan kepada sireh junjung . Bunga telur selalunya wajib berada di kiri dan kanan pelamin .


Rekaan Bunga Telur Terkini

Material Bunga Telur 


Bunga telur atau juga disebut sebagai bunga pahar merupakan bunga di mana bersamanya digantungkan sebiji telur . Bunga telur dihasilkan menggunakan pelbagai material . Dari material bahan terbuang sehinggalah material yang mahal dan eksklusif . Segalanya terpulang kepada cita rasa dan kemampuan kewangan anda .


Rekaan Bunga Telur Terkini

Rekaan Bunga Telur Terkini 


Rekaan terkini bunga telur tidaklah tertakluk kepada material tertentu sahaja . Ini kerana penghasilannya adalah berdasarkan kemampuan anda untuk memilikinya . Sekiranya ada ada bajet yang banyak , anda boleh sahaja membeli rekaan bunga telur yang sudah sedia ada di jual di pasaran atau menempah di butik pengantin menggunakan material yang mereka cadangkan .


Rekaan Bunga Telur Terkini

Buat Bunga Telur Sendiri


Kalau anda seorang yang teliti tentang rekaan bunga telur dan boleh serta ada masa untuk menghasilkan bunga telur  sendiri , anda boleh sahaja melihat conoh - contoh rekaan bunga telur yang sedia ada si pasaran juga di carian google sebagai panduan . Malah jika anda seorang yang kreatif , anda boleh saja menggunakan idea rekaan bunga telur anda sendiri dan mengolahnya menjadi cantik dan menarik . Malah ianya lebih menjimatkan wang anda .

Berikut adalah jenis - jenis material bunga telur dan cara membuatnya . Dengan panduan ini , anda sudah pasti dapat menjimatkan belanja dengan menghasilkannya sendiri .

1- Bunga Telur  Tisu

Rekaan Bunga Telur Terkini
Cara membuatnya di SINI

2- Bunga Telur Crepe Paper


Rekaan Bunga Telur Terkini
Cara membuatnya di SINI

3- Bunga Telur stokin


Rekaan Bunga Telur Terkini
Cara membuatnya di SINI

4- Bunga Telur Dip


Rekaan Bunga Telur Terkini
Cara membuatnya di SINI

5- Bunga Telur Kristal


Rekaan Bunga Telur Terkini


6- Bunga Telur Satin


Rekaan Bunga Telur Terkini


7- Bunga Telur Reben


Rekaan Bunga Telur Terkini


Bunga Telur Sebagai Cenderahati


Bila kita pergi majlis perkahwinan , kita akan diberi bunga telur sebagai cenderahati . Pada zaman dulu pemberian bunga telur adalah wajib . Berbeza zaman sekarang yang hanya memberi cenderahati dalam bentuk pencuci mulut , mug dan lainnya . Jarang sekali menerima bunga telur . Walau apa pun , bunga telur adalah keseimbangan kepada majlis perkahwinan .



Cara Mudah Buat Ais krim Buah - buahan


Cara Mudah Buat  Ringkas Ais krim Buah - buahan | Bismillah . Hari ni hari cuti . Dok rumah je kalau tak ada aktiviti memang membosankan . Selalunya kita akan terfikir pasal makan . Nak makan apa . Nak masak apa . Pergi dapur buka peti sejuk , buka kabinet tengok apa yang boleh di makan dan dimasak . Apa kata anda cuba je DIY ais krim mudah ni .


Cara Mudah Buat Ais krim Buah - buahan

Ais krim Buah - buahan


Nak buat ais krim buah - buahan ni mudah je . Dah namanya ais krim buah - buahan , haruslah ada buah - buahan kan . Guna je buah apa yang ada kat dalam peti sejuk tu . Pastu  ikut je langkah - langkah macam yang ditunjukkan kat bawah ni . Simpan dalam peti sejuk sampai beku .


Cara Mudah Buat Ais krim Buah - buahan


Cara Mudah Buat Ais krim Buah - buahan


Bila rasa nak makan , ambil je ais krim tu makan sambil layan astro . Anak - anak pun suka ni . Mereka pun pandai buat sendiri . Yang penting segala bahan yang nak diguna itu ada . Kalau tak ada , keluar lah sekejap beli , apa salahnya kan .


Ais krim Buah - buahan


Ais krim Buah - buahan



Ais krim Buah - buahan


Jom kita cuba !

Cara Mudah Buat Biskut Rama-rama


Cara Mudah Buat Biskut Rama- rama | Sembilan hari lagi nak menjelang aidil fitri . Tentu ramai antara anda yang sudah mula memikirkan biskut apa yang mahu anda hidangkan di atas meja ruang tamu rumah anda . Sama ada biskut tradisional atau biskut moden atau mungkin juga kedua - duanya sekali .



Biskut Rama-rama

Cara Mudah Buat Biskut Rama-rama


Chinta nak kongsikan dengan anda biskut rama - rama yang sangat mudah dibuat . Untuk membuat biskut rama - rama ini , campuran untuk hasilkan dohnya sama saja dengan doh nak buat biskut lainnya . Anda cuma perlu bahagikan kepada dua dbahagian dan warnakan salah satu ikut suka anda .

Biskut Rama-rama

Bahan - bahan yang diperlukan ;


2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan mergerine
1 sudu teh vanilla extract
1-1/2 sudu sebuk koko
1 biji telur 


Biskut Rama-rama

Cara membuatnya ;


1. Panaskan oven 350 darjah F
2. Campurkan semua bahan di atas sehingga menjadi doh .
3. Bahagikan kepada dua doh
4. campurkan sebuk koko pada salah satu doh .
5. rehatkan sebentar di dalam ais box selama 1 1/2 jam .
6. Canai kedua dua doh .
7. Letakkan doh biasa ke atas doh koko .
8. Potong doh kepada dua bahagian 
9. Canai 2 doh tersebut  berasingan .
10 . Letakkan ke dua -dua doh bersebelahan .
11. Potong doh setebal 1/2 inci
11. Tekan bahagian tengah ke dalam untuk membentuk rama - rama  .
12. Letakkan di dalam loyang 
13. Bakar selama 8 minit / sehingga keperangan .



Cara Terapkan Nilai Sabar Dan Kasih Sayang Pada Anak


Cara Terapkan Nilai Sabar Dan Kasih Sayang Pada Anak | Bila cuti sekolah ni , dok menghadap anak semata . Dengan pelbagai perangai dan kerenah . Bergaduh sesama mereka dah jadi lumrah . Maka ketika inilah masa yang sesuai untuk mengajar mereka erti bersabar .





Cara Terapkan Nilai Sabar Dan Kasih Sayang Pada Anak


Bukan mudah hendak menerapkan nilai sabar pada anak . Anak selalunya bertindak ikut perasaan . Mereka belum tahu untuk berfikir sama ada tindakan mereka betul atau salah . Jadi , sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memberi tunjuk ajar dan panduan kepada mereka .

Tip Serapkan Nilai Sabar 


Sekiranya anak anda diejek oleh kawan - kawannya di sekolah , anda boleh jadikan kaedah Rasulullah ini sebagai panduan untuk menerapkan perasaan sabar di dalam diri anak - anak anda .

" Amir  , bersabarlah sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabar . "


" Rasulullah s.a.w. dahulu pernah diejek dan dibaling batu oleh satu kaum ketika diajak beriman kepada Allah s.w.t. , hinggakan Baginda terluka dan darah mengalir . Jika nabi hendakkan kehancuran bagi mereka , malaikat sudah sedia menunggu arahan . Tetapi Baginda tidak mahu . Sebaliknya Baginda mendoakan mereka " Ya Allah , ampunilah kaumku . Sesungguhnya mereka tidak tahu ".

" Jadi Amir, kamu doakanlah kebaikan untuk kawan kamu , semoga Allah mengampuni kita . "


Tip serapkan Nilai Kasih Sayang


Selepas menerapkan perasaan sabar , ajar pula cara menerapkan nilai kasih sayang di dalam diri anak supaya mereka tahu bahawa sebagai manusia kita perlu menyanyangi sesama manusia juga sayang kepada haiwan .

" Salmah , Nabi s.a.w. pernah menasihatkan , sesiapa yang tidak menyanyangi orang lain , dia tidak akan disayangi . Allah suka pada orang yang penyayang .  
Jika kawanmu besalah , maafkan dia . Jika kamu yang bersalah , cepat - cepat minta maaf dengan wajah yang manis . Mungkin satu hari nanti kita juga akan  membuat silap dan ingin agar orang memaafkan kita , bukan ? "

Contoh Terbaik


Ibu bapa adalah contoh terbaik bagi nilai sabar dan kasih sayang . Oleh itu , berperilaku baiklah di depan anak - anak anda yang sedang membesar . Mereka ini sangat mudah merakam seterusnya meniru apa saja yang mereka lihat dan dengar . 




Felixia Yeap Sah Bergelar Isteri


Felixia Yeap yang merupakan seorang model playboy satu masa dulu telah menggeggarkan media sosial di Malaysia bila tiba - tiba berjubah muslimah . Gambar Felixia Yeap yang mengenakan pakai muslimah itu telah menjadi viral dan menjadi topik hangat untuk beberapa ketika . Niat murni Felixia Yeap untuk beralih ke Islam telah dicurigai dan disalah ertikan oleh ramai pihak . Pun begitu beliau tetap tenang dan meneruskan perjalanan kerjaya modelnya seperti biasa .


Felixia Yeap Sah Bergelar Isteri


Sah Memeluk Islam


Felixia Yeap telah mula berjinak - jinak mengenakan hijab sejak Disember 2013 . Ketika itu beliau mula belajar dan mengenali Nabi Muhammad s.a.w. , mengenal kaabah dalam usaha mengenal Islam secara lebih mendalam . Setelah melalui pelbagai dugaan seperti banthan , sindiran , penyisihan , makian , fitnah dan tekanan akhirnya pada 3 Julai 2014 , telah sah felexia Teap memeluk Islam dan menambah namanya kepada Raisyyah Rania Yeap . Anda boleh baca lebih lanjut tentang pengIslamannya di SINI .


Felixia Yeap Sah Bergelar Isteri


Felixia Yeap Sah Bergelar Isteri


Pada Sabtu 6 Jun 2015 jam 10.30 pagi , Felixia Yeap telah sah menjadi seorang isteri kepada Dr. Rezal Khairi Ahmad yg merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif Nano Malaysia Berhad ( sebuah agensi di bawah MOSTI ) 


Felixia Yeap Sah Bergelar Isteri

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan