loading...

Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur


Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur | Bila terjumpa imej - imej effect bintang di syiling bilik tidur , Chinta sangat teruja untuk berkongsi dengan kalian di sini . Tetapi terhenti sebentar bila hendak meletakkan tajuk , Chinta jadi blurr . Apakah tajuk yang sesuai agaknya . Chinta sebenarnya pernah berangan - angan untuk memiliki bilik yang bumbungnya boleh melihat bintang selepas melihat sebuah rumah di Mexico yang bumbungnya boleh dibuka untuk melihat bintang dalam channel TLC 708 Astro satu ketika dahulu .


Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur

Effect Bintang Di Syiling Bilik 


Chinta suka melihat langit yang dipenuhi bintang . Rasa sangat tenang dijiwa dan minda . Pernah terfikir untuk baring dihalaman semata - mata mahu melihat bintang . Untuk merealisasikan idea bumbung dibuka supaya dapat melihat bintang bukanlah murah belanjanya . Justeru itu Chinta ingin membawa elemen lampu untuk beri effect bintang di syiling bilik tidur seperti imej - imej di bawah kepada anda sekalian .


Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur




Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur

Cahaya Terang Tidak Sesuai Untuk Bilik Tidur


Bagaimana , teruja tak ? Effect lampu ini juga sangat sesuai dipasang di bilik tidur pengantin . Chinta kurang gemar sebenarnya dengan penggunaan lampu kalimantang atau apa sahaja lampu yang memberikan effect cahaya yang terang di dalam bilik tidur . Ia seolah - olah mengganggu minda Chinta yang inginkan bilikku menjadi syurgaku dalam mencari ketenangan dan kedamaian jiwa .


Effect Bintang Di Syiling Bilik Tidur


Jenis Lampu Di Pasaran


Banyak jenis lampu dipasaran yang ada effect cahaya ala romantik . Paling mudah , anda boleh guna lampu mentol saiz kecil seperti cili padi yang berlip lap yang sering dipasang ketika nak sambut raya . Di mana ianya hendak diletakkan dan bagaimana caranya , ianya terpulang kepada kreativiti dan imaginasi anda . 


Nota ;

Semoga idea ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menghasilkan effect bintang di syiling bilik tidur anda untuk mendapatkan effect yang romantika d'amor .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan