loading...

Cara Mudah Buat Biskut Rama-rama


Cara Mudah Buat Biskut Rama- rama | Sembilan hari lagi nak menjelang aidil fitri . Tentu ramai antara anda yang sudah mula memikirkan biskut apa yang mahu anda hidangkan di atas meja ruang tamu rumah anda . Sama ada biskut tradisional atau biskut moden atau mungkin juga kedua - duanya sekali .



Biskut Rama-rama

Cara Mudah Buat Biskut Rama-rama


Chinta nak kongsikan dengan anda biskut rama - rama yang sangat mudah dibuat . Untuk membuat biskut rama - rama ini , campuran untuk hasilkan dohnya sama saja dengan doh nak buat biskut lainnya . Anda cuma perlu bahagikan kepada dua dbahagian dan warnakan salah satu ikut suka anda .

Biskut Rama-rama

Bahan - bahan yang diperlukan ;


2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan gula aising
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan mergerine
1 sudu teh vanilla extract
1-1/2 sudu sebuk koko
1 biji telur 


Biskut Rama-rama

Cara membuatnya ;


1. Panaskan oven 350 darjah F
2. Campurkan semua bahan di atas sehingga menjadi doh .
3. Bahagikan kepada dua doh
4. campurkan sebuk koko pada salah satu doh .
5. rehatkan sebentar di dalam ais box selama 1 1/2 jam .
6. Canai kedua dua doh .
7. Letakkan doh biasa ke atas doh koko .
8. Potong doh kepada dua bahagian 
9. Canai 2 doh tersebut  berasingan .
10 . Letakkan ke dua -dua doh bersebelahan .
11. Potong doh setebal 1/2 inci
11. Tekan bahagian tengah ke dalam untuk membentuk rama - rama  .
12. Letakkan di dalam loyang 
13. Bakar selama 8 minit / sehingga keperangan .



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan