loading...

Hukum Berkahwin Bagi Lelaki


Hukum Berkahwin Bagi Lelaki | Kebahagiaan yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus dikongsi bersama pasangan masing - masing yang hak mengikut lunas - lunas peraturan tertentu . 


Hukum Berkahwin Bagi Lelaki

Berkahwin


Setiap orang Islam yang sudah baligh , berakal , mampu dari segi zahir juga batin , mempunyai kewangan dan fikiran yang stabil sama ada lelaki atau perempuan , maka wajiblah bagi mereka melangsungkan perkahwinan . Jika tiada calon , maka carilah dan jika ada , segerekanlah .

Hukum Berkahwin Bagi Lelaki


Ada lima hukum berkahwin dan ianya dikhaskan kepada lelaki sahaja . Ini kerana  lelaki adalah kaum yang perlu masuk meminang dan melafazkan akad nikah ke atas seorang wanita . Berikut adalah penjelasan tentang hukum berkahwin bagi lelaki .

1- Wajib Berkahwin


Wajib berkahwin sekiranya seseorang lelaki itu berkeupayaan dari segi kewangan untuk membayar " mahar " ( mas kahwin ) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin . Beliau juga tidak berniat untuk menganiayai isterinya selama berumahtangga . Di samping itu , beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat ( zina ) disebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin .

2- Sunat Berkahwin


Seseorang lelaki itu sunat berkahwin bila dia mampu tetapi tidak tergoda unuk melakukan maksiat . Ini adalah hukum asal perkahwinan .

3- Harus Berkahwin


Seseorang lelaki itu harus berkahwin jika dia yakin yang dia tidak akan melakukan zina jika tidak bernikah dan mampu untuk bernikah .

4- Makruh Berkhwin


Hukum makruh berkahwin akan jatuh apabila seseorang lelaki itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya . Di samping itu , dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu . Seorang lelaki itu juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan .

5- Haram Berkahwin


Bagi seseoran lelaki yang tidak dapat menunaikan kewajipan - kewajipan terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiyai isterinya , maka haram bagi lelaki itu berkahwin .


( Indahnya Hidup Bersyariat - m/s 188 )



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN
| Distributed By Belog Kehidupan