Rekaan Bunga Telur Terkini
Rekaan Bunga Telur Terkini | Bunga telur merupakan satu keperluan dalam
majlis perkahwinan Melayu . Tanpa
bunga telur , majlis menjadi cacat kerana
bunga telur adalah pasangan kepada
sireh junjung .
Bunga telur selalunya wajib berada di kiri dan kanan
pelamin .
Material Bunga Telur
Bunga telur atau juga disebut sebagai
bunga pahar merupakan bunga di mana bersamanya digantungkan sebiji telur .
Bunga telur dihasilkan menggunakan pelbagai material . Dari material bahan terbuang sehinggalah material yang mahal dan eksklusif . Segalanya terpulang kepada cita rasa dan kemampuan kewangan anda .
Rekaan Bunga Telur Terkini
Rekaan terkini bunga telur tidaklah tertakluk kepada material tertentu sahaja . Ini kerana penghasilannya adalah berdasarkan kemampuan anda untuk memilikinya . Sekiranya ada ada bajet yang banyak , anda boleh sahaja membeli
rekaan bunga telur yang sudah sedia ada di jual di pasaran atau menempah di butik pengantin menggunakan material yang mereka cadangkan .
Buat Bunga Telur Sendiri
Kalau anda seorang yang teliti tentang
rekaan bunga telur dan boleh serta ada masa untuk menghasilkan
bunga telur sendiri , anda boleh sahaja melihat conoh - contoh
rekaan bunga telur yang sedia ada si pasaran juga di carian google sebagai panduan . Malah jika anda seorang yang kreatif , anda boleh saja menggunakan
idea rekaan bunga telur anda sendiri dan mengolahnya menjadi cantik dan menarik . Malah ianya lebih menjimatkan wang anda .
Berikut adalah
jenis - jenis material bunga telur dan cara membuatnya . Dengan panduan ini , anda sudah pasti dapat menjimatkan belanja dengan menghasilkannya sendiri .
1- Bunga Telur Tisu
2- Bunga Telur Crepe Paper
3- Bunga Telur stokin
4- Bunga Telur Dip
5- Bunga Telur Kristal
6- Bunga Telur Satin
7- Bunga Telur Reben
Bunga Telur Sebagai Cenderahati
Bila kita pergi majlis perkahwinan , kita akan diberi bunga telur sebagai cenderahati . Pada zaman dulu pemberian bunga telur adalah wajib . Berbeza zaman sekarang yang hanya memberi cenderahati dalam bentuk pencuci mulut , mug dan lainnya . Jarang sekali menerima bunga telur . Walau apa pun , bunga telur adalah keseimbangan kepada majlis perkahwinan .
0 comments:
Post a Comment