loading...

Resepi Ringkas Puding Susu Sumi Jeli Super Sedap


Resepi Ringkas Puding Susu Sumi Jeli Super Sedap | Sekarang ini Malaysia sedang dilanda cuaca el nino yang sangat panas membahang . Bila cuaca panas begini , sudah tentu makanan sejuk menjadi pilihan . Selain air sejuk , berais , ABC , cendol , anda boleh juga makan dadih dan puding .


12800293_1060607500667829_3755640347642347283_n


Resepi Ringkas Puding Susu Sumi Jeli Super Sedap


Dihujung minggu ini , duduk dirumah tanpa membuat apa-apa hidangan untuk keluarga memang tak sah . Apa kata , sediakan puding susu sumi jeli di petang hari untuk santapan sekeluarga sambil sejukkan tekak di kala cuaca yang sedang panas .

Berikut adalah Resepi Ringkas Puding Susu Sumi Jeli Super Sedap yang anda boleh cuba sendiri dirumah .

12794329_1060607544001158_5261783112475981322_n

Bahan-bahannya

  • agar-agar 1 pack ( 20g )
  • gula 1 cawan 
  • susu cair 1 tin 
  • susu pekat 1 senduk ( tambah jika mahu lebih manis ), 
  • 1 st esen vanila
  • Sumi jely 2 pek kecik 
  • air 1000ml

12790921_1060607570667822_6395037071753503880_n

Masak agar dengan air 1000ml sampai betul-betul hancur pastu baru masukkan gula, susu cair, susu pekat & esen vanila tu.


1935281_1060607597334486_9199783029991050529_n
Dalam bekas lain , susun sumi yang dibelah dua , susun saja ikut kreativiti masing - masing . Susun dan letak dalam tempat sejuk beku sekejap untuk bagi jeli sumi keras sedikit.

12799230_1060607617334484_3190922847115443337_n

Pastu tuangkan adunan agar-agar tadi sikit-sikit sampai menutupi sumi . Jangan tuangkan adunan agar-agar sekaligus untuk elak dari jeli sumi berubah kedudukan .

1459891_1060607644001148_7291381043798737345_n

Baki agar-agar tadi , masukkan pewarna yang anda suka . Kalau nak letak milo pun boleh . Biarkan mereneh atas api yang perlahan . Sementara nak tunggu yang tadi beku , letak saja dalam peti sejuk beku sekejap bila dah suam-suam .

1418_1060607657334480_7776822444895450814_n

Bila dah beku, ambik garfu atau lidi , lorek-lorek seperti di atas supaya nanti bila letak lapisan pink dia melekat elok. kalau tak nanti lapisan tu tak melekat sesama sendiri.

1918035_1060607690667810_7889893810422681117_n

Lepas lorek tu senduklah bahagian pink pula sikit-sikit sampai habis. Pastu letaklah sumi kat adunan pink pula . Siap. Simpanlah dalam peti sejuk .

12801153_1060607734001139_2719363730146584012_n

Facebook : 

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan