loading...

Resepi Ringkas Kek Karamel Super Sedap



Resepi Ringkas Kek Karamel Super Sedap | Dah selalu buat kek yang biasa ? Jom buat kek luar biasa pula . Bukan luar biasa sangat pun cuma kek kali ini kena buat dengan banyak step . Selain buat kek , kena buat gula hangus dan buat karamel juga . Jadi dapatlah belajar buat 3 resepi sekaligus .


308837

Resepi Ringkas Kek Karamel Super Sedap


Untuk menghasilkan kek karamel super sedap ni , 
anda kena bertabah .

Tak percaya  tengok saja langakh- langkah membuat
Resepi Ringkas Kek Karamel Super Sedap
di bawah ini .

320888_223637004352539_1235036_n


STEP 01 GULA HANGUS


1. masukkan 2 sudu besar gula ke dalam loyang/periuk
2. masak tanpa guna air dengan api perlahan sehingga gula cair dan menjadi perang

297034_223637877685785_3589000_n

masak gula hingga menjadi perang sahaja dan menutupi semua bahagian dalam loyang dan ketepikan loyang...gula akan mengeras berbunyi spt kaca pecah apabila nak sejuk .

302128_223638444352395_8073485_n

sediakan 6 biji telur (ikut resepi asal)
basuh telur bersih2 kalau tak kek berbau tahi ayam...tak ada sape nak makan..
pastikan setiap biji telur yg nak digunakan tidak kurang dari 63gram setiap biji
 

320400_223639021019004_3775351_n

asingkan putih telur dari kuning telur pastikan kuning telur tak pecah..setitik kunung telur pun tak nak ada dlm putih telur.

315872_223639314352308_8078863_n

sediakan 3 bekas
bekas1...6 putih telur
bekas2...3 kuning telur
bekas3...3 kuning telur
(ikut resepi asal)

318503_223639974352242_3650015_n


STEP MEMBUAT KARAMEL

3 kunung telur+70g gula kastor+1sdt esen vanilla+ setengah tin susu cair.
kacau perlahan hingga sebati semuanya dan ketepikan
kalau nak karamel tebal....3kuning telur+1 telur+70gm gula kastor+1tin susu cair+esen vanilla

293477_223641617685411_226467_n

kacau perlahan karamel hingga menjadi seperti ini...boleh guna senduk besi atau kayu untuk kacau kemudian ketepikan

305860_223642041018702_6535260_n

STEP MEMBUAT KEK


3 kuning telur+135ML AIR+45 ML MINYAK JAGUNG...mixer semua jika guna mixer..jika pukul ngan tangan pastikan pukul ganas

307354_223643054351934_278532_n

mixer kuning telur, air dan minyak hingga menjadi seperti ini...pekat dan berbuih macam separuh mering gitu

299781_223643697685203_5696165_n

kemudian masukkan 70g gula kastor dan mixer lagi atau pukul ganas lagi hingga menjadi pekat 

301695_223644364351803_3253641_n

setelah campur gula jadi pekat seperti ini 

301332_223647241018182_4441338_n

kemudian campurkan adunan tadi dengan 140gm t/gandum+1sudu b/powder yg telah di ayak 3x kacau manja hingga menjadi seperti ini dan ketepikan
kalau nak kek tinggi sikit..150gm tepung gandum
 

293616_223648397684733_7977011_n

STEP MEMBUAT MERINGUE 


6 putih telur+70gm gula kastor+1hingga2 sudu besar jus lemon.mixer paling laju atau kalau guna tangan pukul maut..(ada orang kata kalau tak ada jus lemon boleh guna jus limau nipis atau jus limau kasturi..saya tak guna COT)
 

317765_223649224351317_2995883_n

mixer atau pukul maut adunan putih telur hingga menjadi begini 
kata orang pukul putih telur hingga jadi bertanduk agaknya jadi macam ni lah
boleh test terbalikkan mangkuk meringue dan dia tak jatuh

316199_223650731017833_5597221_n

tuang meringue kadalam adunan kek dan kacau rata 

315437_223651047684468_136505_n

kacau rata meringue dengan adunan kek hingga menjadi sebati dan ketepikan

301987_223651391017767_7628845_n

MENYEDIAKAN KARAMEL


tuang dan tapis karamel ke dalam loyang gula hangus perlahan2

317712_223651884351051_6368006_n

tapis hingga ke titisan terakhir dan ketepikan

301017_223652277684345_3868834_n

bahagi 2 adunan kek tadi sama banyak..atau ikut suka nak banyak mana bahagian

308201_223652604350979_5791955_n

letak pewarna yg digemari kedalam salah satu bekas kadar setengah sudu kecil atau suka hati lah nak nampak garang letak lah satu sudu

315012_223653137684259_5352293_n

kacau rata sehingga adunan menjadi sebati dengan warna yg digemari 

312384_223653594350880_4681255_n

dengan menggunakan senduk kecil mula2 letak adunan berwarna atas karamel adunan akan terapung timbul

298171_223653954350844_7286590_n

letak adunan bewarna hingga menetupi karamel memenuhi loyang

300635_223654284350811_7822395_n

kemudian gunakan senduk keci letak adunan plain ditengah2 adunan bewarna kadar 4/5 senduk kecil

302439_223654837684089_5820836_n

selang selikan dengan adunan bewarna hingga habis adunan 

315306_224105667639006_4939264_n

letak selang seli adunan hingga habis semuanya

299470_223655541017352_1362739_n

DOUBLE BOIL


letak loyang adunan kedalam loyang besar yg berisi sedikit air panas jangan sampai loyang adunan berenang pulak..
masukkan keduanya kedalam oven yg dah dipanaskan lebih dulu dlm 10 minit

bakar suhu 170..180 selama 50--60 minit.atau sehingga kek masak ikut 'taste' oven masing2

311301_224105814305658_2960852_n

bila kek dah masak tunggu sejuk baru terbalikkan kek 

313980_224118437637729_1881734_n

dan setelah diterbalikkan

299708_223671534349086_8008856_n

setelah kek sejuk terbalik dan keluarkan dari loyang..mesukkan dlm icebox dah sejuk baru potong.

318427_223674081015498_411881_n








0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan