loading...

Resepi Ringkas Roti Hotdog Cheese Yang Mudah Dan Sedap


Resepi Ringkas Roti Hotdog Cheese Yang Mudah Dan Sedap | Roti sangat sesuai untuk menjadi hidangan sarapan , minum petang dan juga ketika berkhemah atau berpiknik . Tetapi roti tidak menyelerakan jika dimakan begitu sahaja . Untuk menambah selera, pelbagaikan resepi roti untuk menarik perhatian anak-anak anda .

12512475_979826682065897_4424366239652771906_n

Resepi Ringkas Roti Hotdog Cheese Yang Mudah Dan Sedap

Roti hotdog selalu saja kita nampak dijual di kedai dan juga di gerai tepi jalan . Selalunya kita beli roti dotdog bersos sahaja dan makan tanpa ambil tahu apa jenis bahan didalamnya . 
Pernah tak anda berfikir mahu mencuba resepi membuat hotdog bercheese sendiri di rumah ? Kalau ya , berikut adalah Resepi Ringkas Roti Hotdog Cheese Yang Mudah Dan Sedap untuk dicuba .

12790995_979824988732733_4460284886872183844_n

bahan-bahan:

1. Roti Hotdog 
2. Sosej
3. Cheesedale
4. Mayones
* kalau suka sos boleh la pakai


12814201_979825825399316_7262311420193273215_n

1. Sosej direbus dulu dan toskan.



12795352_979825908732641_2236744973718599478_n

2- Ambil roti dan belah di bahagian tengah .
Sapukan sedikit mayonis di dalamnya .
Kalau suka sos , boleh sapukan sos juga .


12805651_979826202065945_3307364510872311385_n

3- Letakkan sosej ditengah-tengah .


12717910_979826265399272_6145449407131904599_n

4- Potong kepingan cheese menjadi beberapa bahagian .
Kelebarannya agak-agak sesuai .
Kalau suka banyak cheese , potong dua saja .


12814045_979826335399265_3786727936435422713_n

5- Letakkan kepingan cheese di atas sosej .


12799002_979826555399243_790008211141149243_n

6- Panaskan air di periuk pengkus sampai menggelegak .
Susun roti tadi di dalam periuk . 
* Kalau takut roti melekat pada dasr periuk , letak pinggan sebagai alas .

7- Tutup periuk pengukus dan masak selama 2 minit .


12717928_979826985399200_6446869640093751994_n

8- Selepas dua minit , angkat dan hidangkan .

* kalau suka , boleh picitkan sos cili / tomato / blackpapper diatasnya .


Facebook : Asmawaty N Sofian



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan