loading...

Resepi Ringkas Buat Kek Red Velvet Langkah Demi Langkah


Resepi Ringkas Buat Kek Red Velvet Langkah Demi Langkah | Kek Red Velvet merupakan kek tradisional masyarakat Eropah . Beza kek Red Velvet dengan kek lain adalah rasa masam pada kek tersebut . Pada zaman dahulu , ketika tiada lagi peti sejuk , orang Eropah memggunakan cuka sebagai bahan pengawet masakan termasuklah dalam pebuatan kek .


rv1

Resepi Ringkas Buat Kek Red Velvet Langkah Demi Langkah


Membuat kek Red Velvet berpandukan langkah demi langkah yang lengkap ,
lebih memudahkan .

Jadi kepada anda yang baru belajar buat kek Red Velvet ,
jangan bimbang kek Red Velvet anda tak menjadi kerana 
panduan membuat kek Red Velvet langkah demi langkah berikut sangat lengkap .


rv

Langkah petama buat buttermilk atau susu masam


200ml susu atau kalau sukat cawan 1 1/4 cawan susu .
( Lebih senang guna susu kotak dutch lady yang rm1.80 tu 1 kotak semua )
1sb cuka masakan 
1sb pewarne merah jenis serbuk kaler cantek

Ok , masukkan semua , jangan kacau .
biarkan selama 10 minit


13055363_1165996353419161_8901357122844165163_n

Sementara tu boleh la masukkan 1 cawan butter atau majerin .
Boleh ambik butter yang dah lembut tu .
Masuk dalam cawan 
Tak apa kurang sikit ke atau lebih sikit tak ada masalah la .

Masuk 1 cawan gula halus .
kalau jenis suka manis , tambah 1/4 cawan lagi .
 mix dua bahan ni sampai kembang .


13051618_1165995253419271_2466119013275781875_n

Sementara tu , pecahkan telur di dalam mangkuk .

Dan boleh ayak tepung .

-2 cawan setengah tepung gandum
-1sk baking powder
-1sb serbuk koko ketepikan dulu


13062164_1165994866752643_7707618773284633953_n

Butter dan gula yang dah kembang macam ni rupa dia .


13000103_1165994936752636_358044354450772339_n

Masukkan telur . 
Putar hingga kembang .


12993322_1165995233419273_1683033488529329677_n

Masukkan tepung .
Putar hingga sebati .


13051490_1165995110085952_1072368903793818762_n

Masukkan buttermilk .


13012780_1165994903419306_7958686371365451825_n

Campurkan 1 sudu kecil soda dengan 1 sudu besar cuka .


13010602_1165995020085961_148990115939419963_n

Masukkan soda yang dah bercampur dengan cuka ke dalam adunan .
Putar supaya sebati .

13062050_1165996320085831_7478411117073799334_n

Masukkan ke dalam acuan / loyang .

13006608_1165994970085966_4073045719691571022_n

Tutup loyang dengan plastik sebelum di kukus untuk elak air jatuh ke atas kek .


13000224_1165996113419185_4761830885643029659_n


Panaskan kukusan dan kukus 15 hingga 20 minit guna api besar .
Pastikan keluarkan dulu loyang baru buka plastik penutup .
Cucuk dulu kalau dah masak ok , 
kalau belum kukus semula . 
Tapi cek jangan didalam pengukus .
Mesti luar pengukus untuk elak permukaan kena wap .
kek jadi liat dipermukaan .

Bakar pun boleh guna suhu 170 darjah dengan masa 20 hngga 25 minit


13043311_1165995160085947_2910891532949203363_n

Setelah siap dikukus selama 15 minit .


red

Topping Cheese


250g cream cheese
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan whipping cream dairy
1/2 cawan susu pekat
Blend semua , tuang atas kek dan parut cheddar cheese

Yang merah-merah di tepi-tepi tu cebisan kek yang dihancurkan dan taburkan buat hiasan .


Facebook : Azlina Ina


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan