loading...

Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin



Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin | Jamu merupakan satu kaedah rawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi untuk ibu yang lepas bersalin juga ibu yang mahu kelihatan sentiasa langsing . Para ibu zaman dahulu mengekalkan kejelitaan dan kelangsingan tubuh hanya dengan meminum jamu .


jamu


Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin


Selepas bersalin , badan seorang wanita menjadi lemah .
Otot-otot jadi kendur sebab meneran ketika melahirkan .
Bahagian rahim pula luka dan perlukan rawatan .
Selain itu bahagian v juga perlu dicuci dari bau yang tidak menyenangkan ,
diketatkan laluan yang sudah kendur .
Perut pula perlu ditegangkan seperti asal supaya perut kelihatan kempis .
Justeru itu , para iu selepas bersalin perlu minum jamu selain memakai bengkung .

Berikut adalah bahan-bahan dan Cara Mudah Buat Jamu Langsing Selepas Bersalin .


10169275_772027956143538_4000647043803690097_n

Bahan - bahan :


Manjakani
Asam Jawa
Kunyit
Halia
Gula Melaka


Cara-cara MembuatnyaJamu Langsing :


1607084_772028116143522_6353214311172488453_n

Letakkan periuk di atas gas ,
masukkan halia , kunyit dan manjakani .



10154277_772028159476851_2466455456766970027_n

Masukkan 2 cawan air .
Rebus semua bahan sehingga masak .



10171067_772028199476847_5739428909213526837_n

Apabila bahan sudah masak ,
kisar semua bahan termasuk airnya .



10175963_772028269476840_9108057554648812612_n

Tapis bahan yang dikisar tadi .
Ambil airnya .


10154049_772028326143501_6583087492001664890_n

Masukkan air yang ditapis tadi ke dalam periuk .
Masak bersama gula melaka dan air asam jawa .
Masak menggunakan api perlahan .
Bila sudah mendidih dan gula melaka sudah cair , 
bolehlah tutup api .


Tips :


Boleh gantikan asam jawa dengan lemon .
Boleh masukkan serai jika suka .
Boleh gantikan gula melaka dengan madu .
Boleh masukkan jadam jika ada .


* madu dan lemon masukkan bila hendak minum .







0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015-2016 SUATU KEHIDUPAN | Distributed By Belog Kehidupan