Resepi Ringkas Ayam Sos Lemon Yang Sangat Mudah
Resepi Ringkas Ayam Sos Lemon Yang Sangat Mudah | Ayam merupakan makanan kegemaran . Ayam juga boleh dimasak dengan pelbagai resepi . Yang menjadi penyedap kepada masakan ayam adalah bahan perasa dan sosnya . Kalau korang tak percaya , boleh je cuba Resepi Ringkas Ayam Sos Lemon Yang Sangat Mudah di bawah ni .
Resepi Ringkas Ayam Sos Lemon Yang Sangat Mudah
Sebelum ini , dah banyak resepi ayam lemon yang saya cuba .
Tapi kebanyakannya tak berapa sedap .
Jadinya , saya ubah mengikut citarasa saya sendiri .
Hasilnya , memang dijamin sedap !
Bahan-bahannya ( untuk 3 orang makan ) :
Ayam :
- 2 keping peha ayam
- breadcrumb / apa apa tepung salut
- 2 biji telor
- secubit garam
- minyak untuk goreng
Sos :
- setengah biji lemon (biji buang terus)
- 1 cawan air
- 1 senduk gula
- setengah sudu tepung jagung (untuk pekat sos)
- chicken stock / perasa ayam / pasti sedap etc
- pewarna kuning ( warna kuning telur )
* boleh guna mana mana bahagian ayam. Yang saya guna peha ayam tanpa tulang yang orang buat untuk chicken chop, bahagian tu paling best hehe
* pewarna boleh juga guna serbuk kunyit. Untuk bagi sos kaler kuning je punnn.....
* breadcrumb boleh tukar ke tepung sadur lain. Gandum, jagung etc. kaedah sama je..
Pecahkan telur, kacau dan masuk secubit garam dalam telur tu.
Celup ayam dalam telur.
Kaedah :
celup telur dulu pastu salut dengan breadcrumb.
Lepastu ulang lagi sekali, celup telur salut breadcrumb.
*telur-breadcrumb-telur-br eadcrumb
*telur-breadcrumb-telur-br
Inilah hasilnya .
Panaskan minyak .
Bila minyak panas terus masuk ayam tadi .
Kaedah deep fried yerr seeloknyaa..
Tips :
api sederhana masa panaskan minyak.
Kalau api kuat, masuk ayam terus gelap kaler dia.
Masa masuk ayam pastikan bahagian kulit kat bawah.
Isi di bahagian kulit lambat masak dari isi tanpa kulit.
Sambil tunggu ayam masak , buat sos dulu...
Masuk air dalam periuk, api sederhana, perah jus lemon skit dan terus masuk lemon dalam tu sekali. Mudahh !!!!!!
Biji lemon buang terus ye jangan masak sekali.
Masuk air dalam periuk, api sederhana, perah jus lemon skit dan terus masuk lemon dalam tu sekali. Mudahh !!!!!!
Biji lemon buang terus ye jangan masak sekali.
Biji tu yang kasi rasa pahit sos kita.
Dah mendidih tu terus slowkan sikit api, masuk gula, chicken stock, pewarna.
Rasa..... Nanti suka ati awak la nak tambah lemon lagi ke, gula lagi ke...
Ikut cita rasa masing masing yaa .
Terus masuk bancuhan tepung jagung dengan sedikit air yer.
Kalau pekat sangat, masuk air sikit lagi.
Kepekatan suka hati korang laaaaaaa ...
Masak ayam biar 5 minit depan 5 minit belakang yer .
Kaler semua dah cun, angkat !
Nak potong ke tak nak , ikut suke hati.
Tapi potong cenggini best haha ...
Tuangkan sos lemon diatasnya .
Facebook : Jaty Ariffin
0 comments:
Post a Comment